Saturday 4 January 2014

[VIDEO] SIDANG MEDIA PENUH BANTAH MENGUNAKAN KALIMAH ALLAH OLEH FATHER LAWRENCE ANDREW - UMNO BHG CHERAS @khairykj @najibrazak @JakimOfficial @AgendaDaily


UMNO BHG CHERAS MENENTANG SEKERAS-KERASNYA PENGGUNAAN KALIMAH ALLAH OLEH PADERI LAWREANCE
Kenyataan Father Lawrence Andrew
VIDEO

Lapuran Polis

  • Paderi Lawren Andrew telah menghina, mengingkari serta melanggar Perintah Mahkamah yang telah diputuskan
  • Mengingkari dan menderhaka kepada perintah Yang Maha Mulia Sultan Selangor
  • Mempersendakan hal ehwal agama islam yang bakal mencetuskan perpecahan keharmonian agama di negara ini
  • Meminta Peguam Negara meneliti kembali kenyataan paderi tersebut sama ada ia bertentangan dengan prosiding mahkamah berhubung isu ini
  • Memohon KDN supaya mengambil tindakan segera kerana isu ini akan mengelirukan generasi muda yang akan datang tentang "Kalimah Allah" dan penggunaan umat islam
  • Melanggar keputusan Majlis Fatwa umat islam yang telah diputuskan.



KUALA LUMPUR 3 Jan. - Setiusaha UMNO Bahagian Cheras, Datuk Syed Mehdhar Syed Abdullah mempersoalkan niat sebenar di sebalik tindakan Pengarang The Herald, Paderi Lawrence Andrew menggesa gereja-gereja katolik di Selangor untuk terus menggunakan kalimah Allah dalam perhimpunan mingguan mereka.

Beliau mempersoalkan niat sebenar Lawrence kerana isu penggunaan kalimah Allah telah diputuskan oleh Mahkamah Tinggi yang ia tidak boleh digunakan oleh penganut agama lain, selain daripada umat Islam pada Oktober lepas.

Tindakan Lawrence itu, menurut beliau, seolah-olah ingin mencabar pihak berkuasa, keputusan mahkamah serta mempermainkan emosi umat Islam dan jika dibiarkan akan mengganggu keharmonian kaum di negara ini.

"Oleh itu, UMNO Bahagian Cheras memutuskan untuk membuat laporan polis dan mengadakan satu perhimpunan bantahan terhadap tindakan Lawrence.

"Kami berbuat begini untuk menggesa agar pihak berkuasa, khususnya Kementerian Dalam Negeri bertindak tegas terhadap beliau bagi menjaga keharmonian negara," jelas Syed Mehdhar ketika ditemui selepas perhimpunan bantahan yang diadakan di Pejabat UMNO Bahagian Cheras di sini hari ini.

Sumber - UTUSAN
AMRAYY

No comments:

Artikel,Video Dan Foto Mungkin Membantu Anda Dalam Pencarian Maklumat..!!!