Showing posts with label #Polis. Show all posts
Showing posts with label #Polis. Show all posts

Thursday 23 January 2014

#POLIS SEMAKIN GARANG.!! #amrayy

TIADA KOMPROMI TERHADAP PESALAH TRAFIK - DATUK MOHD BAKRI ZININ

Nilai, 23 Jan - Polis akan bertindak tegas tanpa kompromi
terhadap pesalah trafik bagi mengurangkan kemalangan jalan raya di negara ini, kata Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Mohd Bakri Mohd Zinin.

Beliau berkata pendekatan berteraskan penguatkuasaan menyeluruh digunakan memandangkan konsep advokasi dan kesedaran kurang memberi kesan kepada pengguna jalan raya.

"Kita akan menguatkuasakannya secara menyeluruh. Kita mengharapkan dengan penglibatan pelbagai agensi akan meningkatkan keberkesanan kempen untuk mengurangkan kemalangan jalan raya dan kerugian harta benda.

"Sebelum ini kita menggunakan pendekatan berhemah tetapi nampaknya tidak begitu berkesan. Kebanyakan kemalangan jalan raya di negara ini didapati berpunca daripada kecuaian dan oleh sebab itulah kita membuat penguatkuasaan menyeluruh," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Ops Selamat sempena
perayaan Tahun Baharu Cina di kawasan Rehat dan Rawat Seremban dekat sini, hari ini.

Ops Selamat berlangsung mulai hari ini sehingga 7 Februari.

Turut hadir pada majlis itu ialah Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan Datuk Seri Ismail Ahmad, Ketua Pengarah Jabatan Keselamatan Jalan Raya Malaysia Datuk Dr Tam Weng Wah, Pengarah Urusan PLUS Malaysia Berhad Datuk Noorizah Abdul Hamid serta Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Datuk Seri Salleh Mat Rasid.

Mohd Bakri berkata tindakan penguatkuasaan perlu diambil ke atas pesalah lalu lintas supaya mereka sedar pentingnya mengikut peraturan jalan raya demi keselamatan semua pihak.

"Banyak sudah kita berlembut dan sudah cukuplah di mana selepas ini kita mengambil tindakan tegas terhadap pesalah trafik. Sebagai contoh, had laju di satu-satu kawasan itu telah ditetapkan dan pengguna perlu mematuhi had laju berkenaan.

"Kita tidak akan kompromi dengan pengguna yang melakukan kesalahan seperti (melanggar peraturan) had laju, lampu isyarat dan garisan berkembar yang (boleh) menjurus kepada kemalangan jalan raya," katanya.

Katanya setakat ini 61 kawasan di jalan Persekutuan dan lebuh raya di kenal pasti sebagai kawasan kemalangan.

Sementara itu, beliau berkata fasa kedua Unit Rondaan Bermotosikal (URB) akan membabitkan 800 motosikal yang akan diagihkan ke seluruh negara untuk mewujudkan URB di setiap negeri. Dalam fasa pertama, 1,000 motosikal diagihkan.

Melalui URB, anggota unit ini bukan sahaja melakukan rondaan, malah mereka akan berinteraksi dengan penduduk setempat selain bertukar-tukar maklumat bagi mencegah kegiatan jenayah terutamanya jenayah pecah rumah. - BERNAMA
AMRAYY

Saturday 4 January 2014

Ketahui Hak Anda Ketika Di Tahan Oleh Pihak Polis Untuk Kebaikan Kedua-dua Pihak

Hak yang anda ada ketika ditahan polis. Baca dan fahaminya.

1. APABILA DIBERHENTIKAN POLIS
1.1 Tidak Berpakaian Seragam, Minta Pengenalan DiriJika beliau tidak berpakaian seragam, minta beliau tunjukkan pengenalan diri. Katakan; “Sila tunjukkan Kad Kuasa Polis anda.”
1.2 Kad Kuasa Polis

Merah : Pegawai Polis yang digantung tugas. Beliau tiada kuasa untuk melakukan apa-apa terhadap anda. Anda boleh berlalu dari situ.
Lain-lain Warna :

Biru : Berpangkat Inspektor dan ke atas.
Kuning : Berpangkat lebih rendah daripada Inspektor.
Putih : Polis Simpanan
Ambil perhatian nama dan nombor Kad Kuasanya.

1.3 Berpakaian seragam - Ambil perhatian nama dan nombor ID pada pakaian seragamnya.
1.4 Kenderaan Peronda Polis - Ambil perhatian nombor pendaftaran kereta atau motosikal peronda berkenaan.

2. POLIS MENYOAL SIASAT ANDA SEMASA DIBERHENTIKAN
2.1 PengenaIan DiriHanya berikan nama, nombor kad pengenalan dan alamat anda.
2.2 Polis bertanyakan soalan-soalan lainTanya dengan sopan, “Adakah saya sedang ditangkap?”
2.3 Adakah anda sedang ditangkapAnda sedang ditangkap jika Polis:menjawab “ya”; tidak membenarkan anda berlalu/mahu membawa anda ke Balai Polis; ataumenggari anda.Jika anda tidak ditangkap, anda boleh berlalu/menolak untuk mengikutnya ke Balai Polis atau ke mana sahaja, jika diminta.
2.4 Bilakah anda tidak boleh ditangkapPolis tidak boleh menangkap anda semata-mata kerana anda berpotensi sebagai saksi dan mereka mahu mengambil pernyataan daripada anda (Pernyataan 112/Saksi).

3. SOAL SIASAT OLEH PIHAK POLIS TANPA TANGKAPAN
3.1 Pernyataan 112: Semasa pihak Polis sedang menjalankan siasatan berhubung sesuatu kes dan berpendapat anda mempunyai maklumat/pengetahuan tentang kes tersebut, pihak Polis boleh menyoal siasat anda dan mencatat semua jawapan anda (Pernyataan 112).
3.2 Permintaan Rasmi / Tidak Rasmi Kebiasaannya, Polis membuat permintaan tidak rasmi supaya anda memberikan Pernyataan 112. Jika tempat dan masa sesuai bagi anda,anda boleh bekerjasama. Jika tidak, beritahu Polis anda akan bekerjasama di tempat dan pada masa yang sesuai. Jika anda menolak untuk bekerjasama, Polis boleh mengeluarkan arahan rasmi secara bertulis, ditandatangani oleh seorang Pegawai Penyiasat (Pegawai Polis)mengkehendaki anda untuk bekerjasama. Jika anda tidak mematuhi Arahan Polis tersebut, anda tidak boleh ditangkap. Walau bagaimanapun, ia adalah satu kesalahan dan pihak Polis boleh memohon kepada Mahkamah untuk mengeluarkan satu waran terhada anda mendesak anda supaya bekerjasama.

3.3 Membuat Pernyataan 112 - Semasa membuat Pernyataan 112, anda boleh menolak untuk menjawab mana-mana soalan/berdiam diri jika jawapannya mungkin mendedahkan anda kepada kesalahan jenayah. Bawa bersama anda buku catatan atau kertas tulis (Nota Peribadi). Catatkan dalam Nota Peribadi anda semua soalan yang ditanyakan. Pastikan bahawa anda faham setiap soalan yang ditanyakan. Ambil masa anda dan fikir dengan teliti sebelum menulis jawapan didalam Nota Peribadi anda. Bacakan jawapan anda kepada Pegawai Polis yang menyoal anda. Simpan Nota Peribadi anda sebagai rujukan di masa hadapan.

3.4 Menandatangani Pernyataan 112 anda - Sebelum menandatangani Pernyataan anda, baca dengan teliti semua soalan dan jawapan anda yang ditulis oleh Pegawai Polis yang berkenaan. Bandingkan Pernyataan yang anda akan tandatangani dengan Nota Peribadi anda. Anda berhak membuat pembetulan/pindaan ke atas Pernyataan tersebut sebelum ditandatangani. Turunkan tandatangan betul-betul di bawah ayat terakhir pernyataan anda.

4. POLIS MENANGKAP ANDA
4.1 Tanya: “Mengapa saya ditangkap?” Sesuatu tangkapan menjadi tidak sah jika anda tidak diberitahu alasan tangkapan.
4.2 Jangan melawan semasa ditangkap. Polis mempunyai hak untuk menggunakan kekerasan yang munasabah semasa menangkap anda jika anda melawan.
4.3 Tanya: “Balai Polis manakah saya akan dibawa?” Pegawai Polis yang menjalankan tangkapan mestilah dengan segera membawa anda ke Balai Polis yang berdekatan dan bukan sebaliknya.
4.4 Apa yang perlu anda lakukan apabila ditangkap. Anda mempunyai hak untuk membuat satu panggilan telefon kepada: Keluarga atau rakan; dan/atauSeorang peguam. Anda juga bolah menghubungi Pusat Bantuan Guaman (LAC). Maklumkan kepada mereka:yang anda telah ditangkap; masa, tempat dan alasan ditangkap; Balai Polis di mana anda dibawa.
4.5 Apa yang akan berlaku selepas ditangkapAnda boleh ditahan sehingga 24 jam. Di Balai Polis, atau Di dalam lokap untuk “membantu” penyiasatan Polis.

5. HAK ANDA SELEPAS DITANGKAP DAN SEMASA DALAM TAHANAN
5.1 Hak untuk berunding dengan seorang peguamSebaik sahaja anda meminta kehadiran seorang peguam, anda mempunyai hak untuk berunding dengan peguam berkenaan di Balai Polis. Pihak Polis mestilah memberikan kemudahan-kemudahan yang munasabah dan masa yang munasabah untuk anda berjumpa dan berbincang dengan peguam berkenaan. Pihak Polis bagaimanapun boleh menafikan hak ini, jika kelengahan dalam menyoalsiasat anda boleh menyebabkan berlakunya jenayah lain atau menyebabkan bahaya kepada pihak lain.
5.2 Pakaian Anda dibenarkan mempunyai satu set pakaian bersama anda semasa di dalam lokap.
5.3 Barangan peribadiPihak Polis mestilah merekodkan semua barangan peribadi anda dan meletakkannya dalam simpanan selamat. Barangan peribadi anda mesti dipulangkan kepada anda sebaik sahaja dibebaskan.

5.4 Kebajikan Anda - dibenarkan mandi dua kali sehari. Jika anda jatuh sakit, anda berhak mendapat rawatan perubatan dengan serta-merta. Anda sepatutnya diberikan makanan dan minuman yang wajar dan secukupnya semasa dalam tahanan.

5.5 Berapa lamakah pihak Polis boleh menahan anda? Pihak Polis hanya boleh menahan anda sehingga 24 jam untuk siasatan. Tugas Polis adalah untuk menyelesaikan penyiasatan dalam masa 24 jam dan melepaskan anda dengan segera. Jika pihak Polis tidak dapat menyelesaikan penyiasatan dalam tempoh 24 jam, Polis mesti membawa anda ke hadapan seorang Majistret untuk mendapatkan perintah reman untuk memanjangkan tempoh penahanan anda melebihi 24 jam (Perintah Reman).

6. PERINTAH REMAN OLEH MAJISTRET SELEPAS 24 JAM
6.1 Siapakah Majistret? Majistret ialah seorang pegawai kehakiman yang mempunyai kuasa untuk membuat Perintah Reman bagi menahan anda lebih daripada 24 jam.
6.2 Tujuan Perintah Reman - Untuk memberi lebih masa kepada Polis untuk melengkapkan penyiasatan dan memutuskan sama ada terdapat bukti untuk mendakwa anda atas satu-satu kesalahan. Pihak Polis tidak boleh memohon Perintah Reman hanya untuk mengambil Pernyataan daripada anda.
6.3 Berapa lamakah Perintah Reman? - Apabila pihak Polis membawa anda ke hadapan seorang Majistret untuk memohon Perintah Reman, pihak Polis perlu memberikan alasan kepada Majistret mengapa anda perlu ditahan melebihi 24 jam. Tugas Majistret adalah untuk menimbangkan secara berhati-hati alasan-alasan yang diberikan oleh pihak Polis. Majistret berkenaan mempunyai budi bicara: untuk tidak membenarkan Perintah Reman dan seterusnya melepaskan anda; atau membenarkan Perintah Reman untuk satu tempoh yang lebih pendek daripada yang dipohon oleh pihak Polis. Seorang Majistret mempunyai kuasa untuk membenarkan Perintah Reman tidak melebihi 4 hari atau 7 hari bergantung kepada jenis kesalahan yang sedang disiasat. Pihak Polis boleh memohon Perintah Reman kedua selepas tamatnya Perintah Reman pertama. Majistret boleh membenarkan Perintah Reman kedua untuk tempoh tidak melebihi 3 hari atau 7 hari bergantung kepada jenis kesalahan yang sedang disiasat.
6.4 Apa yang perlu anda katakan ketika anda dibawa di hadapan seorang Majistret untuk proses reman? - Maklumkan kepada Majistret: anda mahu diwakili oleh seorang peguam dan anda mahu menghubungi peguam, pusat bantuan guaman dan keluarga anda; jika anda mahukan rawatan perubatan kerana anda sakit atau telah dipukul; jika pihak Polis telah mengugut atau memukul anda semasa dalam tahanan; jika anda telah tidak diberikan makanan/minuman/pakaian atau perubatan yang wajar dan mencukupi semasa dalam tahanan; sama ada pernah ditahan sebaik sebelum penahanan terkini anda; sama ada pihak Polis telah menjalankan apa-apa penyiasatan semasa anda dalam tahanan
6.5 Mohon supaya Majistret memberikan Perintah Reman yang singkat - Sebelum Majistret berkenaan membuat Perintah Reman, mohon tempoh reman yang lebih singkat daripada yang dipohon oleh pihak Polis. Beri alasan (sebagai contohnya: “saya akan bekerjasama dengan polis dalam siasatan mereka”, “saya boleh dihubungi bila-bila masa dan tidak akan melarikan diri” dll).

7. PEMERIKSAAN BADAN TANPA TANGKAPAN
7.1 Bilakah ianya boleh dilakukanJika anda berada di satu-satu tempat (contohnya: disko/karaoke/pusat-pusat hiburan) di mana Polis menjalankan serbuan untuk mencari sesuatu (contohnya: dadah), pihak Polis boleh menahan dan memeriksa anda jika mereka berpendapat anda mempunyai atau sedang menyembunyikan barang yang sedang dicari itu. Ini hanya boleh dilakukan dengan kehadiran seorang Pegawai Polis berpangkat Inspektor dan ke atas.
7.2 Apa yang perlu dilakukan? - Jangan benarkan Pegawai Polis berkenaan memasukkan tangannya ke dalam pakaian anda atau kocek/saku anda. Jika anda diminta untuk mengeluarkan barangan peribadi anda satu persatu, setiap kali sebut “dompet”, “kunci”, “Kad Pengenalan” dll. Apabila kocek/saku/beg anda telah dikosongkan, terbalikkan kocek/saku/beg anda.
7.3 Hak-hak anda - Semua pemeriksaan badan mestilah dijalankan secara profesional dan sopan. Seorang wanita hanya boleh diperiksa badannya oleh seorang Pegawai Polis wanita. Jika anda dipaksa/diugut untuk berbogel: Bantah; Ingat nama Pegawai Polis tersebut; dan Buat laporan Polis selepas insiden tersebut.

8. PEMERIKSAAN BADAN SELEPAS TANGKAPAN BERLAKU
8.1 Bila Polis boleh berbuat demikian - Polis secara munasabah mengesyaki bahawa anda mempunyai bukti/keterangan berhubung kesalahan yang disyaki. Anda ditangkap. Pemeriksaan badan mestilah dijalankan di tempat tertutup. Anda mempunyai hak untuk diperiksa badan di tempat tertutup.
8.2 Jenis-jenis Pemeriksaan Badan - Undang-undang membenarkan Polis melakukan 4 jenis pemeriksaan badan:-

1. Pemeriksaan secara menepuk badan dari atas ke bawah -pemeriksaan pakaian luaran.

2. Pemeriksaan tanpa pakaian – untuk mencari bukti, objek, barang terlarang atau senjata. Hanya boleh dijalankan dengan kebenaran seorang pegawai berpangkat Inspektor dan ke atas.

3. Pemeriksaan sulit – selain daripada mencari di dalam mulut, hidung dan telinga. Hanya boleh dijalankan dengan kebenaran pegawai berpangkat Penolong Penguasa (ASP) dan ke atas.

4. Pemeriksaan dalaman – untuk menentukan kewujudan objek-objek dll. di dalam badan.

Hanya boleh dijalankan dengan kebenaran Ketua Polis Daerah (OCPD). Hendaklah dijalankan oleh seorang Pegawai Perubatan atau Pegawai Perubatan Kerajaan.

8.3 Hak anda - Semua pemeriksaan badan mesti dijalankan secara profesional dan sopan.Anda dinasihatkan supaya meminta ditemani oleh peguam anda semasa pemeriksaan dilakukan. Seorang wanita hanya boleh diperiksa badannya oleh seorang Pegawai Polis wanita

9. SOAL-SIASAT OLEH POLIS SELEPAS DITANGKAP
9.1 Kenal pasti Pegawai Polis yang menyoal siasat anda - Ambil perhatian nama/pangkat Pegawai Polis yang menyoal siasat anda.
9.2 Hak anda untuk berdiam diri - Polis lazimnya akan beramah mesra terlebih dahulu (contohnya: bertanyakan tentang keluarga dan rakan-rakan anda dll.) Anda hanya perlu memberikan nama penuh, umur, alamat dan pekerjaan anda (Maklumat-Maklumat Peribadi). Selain Maklumat-Maklumat Peribadi, anda berhak memilih untuk berdiam diri. Anda harus bersopan. Anda tidak perlu takut untuk berdiam diri. Ini adalah hak anda. Jika anda memilih untuk berdiam diri, katakan,“Saya ingin menggunakan hak saya untuk berdiam diri.”
9.3 Pernyataan 112 anda semasa dalam penyiasatan - Pihak Polis akan bertanyakan soalan-soalan kepada anda dan kemudian mencatatkan semua jawapan anda. Polis tidak boleh mengugut atau memaksa anda untuk memberi Pernyataan. Jika anda diugut, dipukul atau dipaksa, buat satu laporan Polis terhadap Pegawai Polis berkenaan dengan segera. Ini adalah hak anda.
9.4 Pernyataan 112 tidak boleh digunakan sebagai keterangan/bukti - Secara amnya, apa jua Pernyataan yang anda buat kepada Polis semasa soal-siasat tidak boleh digunakan sebagai keterangan/bukti kecuali jika anda dituduh atas kesalahan-kesalahan di bawah, sebagai contoh, Akta Dadah Berbahaya, Akta Culik dan Akta Keselamatan Dalam Negeri. Walau bagaimanapun anda boleh menggunakan Pernyataan anda untuk menyokong pembelaan anda semasa perbicaraan.
Sumber: copy
AMRAYY

Thursday 26 December 2013

TERKINI.!!! 3 PEROGOL BERSIRI DIKEHENDAKI POLIS




Berikut ialah tiga orang perogol yang masih belum dapat dikesan oleh pihak polis sehingga sekarang. Sesiapa yang mengenali atau mempunyai pengetahuan mengenai mereka ini jangan ambil sebarang tindakan konfrontasi atau bertanya. Hubungi Pusat Kawalan Malaysia at 03-22663333 atau balai polis berhampiran.



AMRAYY




Saturday 14 December 2013

Polis memberi amaran kepada warga asing di negara ini.!!!



Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar turut mengingatkan bahawa mereka berdepan tindakan undang-undang jika terlibat dalam sebarang rusuhan.

"Jangan cuba-cuba nak memperlekeh (kita) dengan melakukan perkara itu. Seandainya berdegil, mereka perlu berdepan setiap tindakan undang-undang," katanya kepada pemberita selepas majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Lions Clubs International 2013 di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman Jumaat.

Beliau berkata demikian ketika ditanya berkaitan rusuhan di Singapura, yang pertama dalam sejarah negara jiran itu, membabitkan 27 warga Asia Selatan.

Sumber: Melayu Berwawasan
AMRAYY

Wednesday 31 July 2013

PENGUATKUASAAN PEMILIKAN SENJATA API PENYEBAB PENGGUNA SENJATA HARAM MENINGKAT.





BANDAR SUNWAY: Penguatkuasaan bersepadu terhadap pemilikan senjata api di negara ini termasuk rampasan-rampasan senjata api yang begitu berleluasa dilihat punca kepada peningkatan penggunaan senjata api haram yang membawa kepada kejadian tembak mati pada akhir ini.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar menjelaskan bahawa ketirisan keluar masuk di sempadan membolehkan senjata-senjata api ini diseludup masuk secara haram ke negara ini.

"105km panjangnya sempadan Sungai Golok dan ribuan kilometer panjangnya sempadan lautan negara ini dilihat membuka peluang kepada penyeludup untuk membawa masuk senjata api secara haram," kata Khalid.

"Rangkaian sindiket jenayah juga memudahkan mereka memperoleh senjata-senjata api secara haram ini.

"Satu pasukan siasatan khas juga telah ditubuhkan oleh PDRM diketuai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Datuk Hadi Ho Abdullah untuk menyiasat dan mengumpul maklumat mengenai situasi ini.

"Sehingga kini telah banyak kejayaan dirakamkan oleh pasukan siasatan khas ini dalam membanteras kejadian tembak-menembak dan penyeludupan senjata api. "

"Masyarakat juga diharapkan dapat bertenang dan tidak membuat sebarang spekulasi dan andaian dan tidak mudah menuding jari dalam mencari kesilapan pihak berkuasa yang kononnya dilihat gagal menangani masalah jenayah melibatkan senjata api ini.

"Kita sama-sama bertanggungjawab terhadap apa yang berlaku," katanya lagi.

Sementara itu, mantan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Tan Sri Mohd Zaman Khan ketika dihubungi Astro Awani berkata, penyiasatan lebih mendalam amatlah diperlukan dalam mengesan penjenayah yang terlibat dalam beberapa kejadian tembak mati kebelakangan ini.

"Memang tidak dinafikan, kejadian yang berlaku ini sedikit sebanyak menimbulkan kebimbangan kepada masyarakat kerana kejadian ini juga merupakan sebuah 'trend' atau fenomena yang baru," kata Mohd Zaman.

Beliau menambah, kejadian yang berlaku ini juga menimbulkan kerisauan kepada mereka yang mempunyai perniagaan yang besar.

"Mungkin adanya saingan ataupun salah faham yang berlaku ketika urusniaga perniagaan maka dengan sebab inilah khidmat pembunuh upahan sering digunakan," katanya lagi.

Namun, saya percaya polis mampu menyelesaikan kes ini dengan segera dan sesiapa juga yang terlibat akan diberkas.

                                                                                                   AMRAYY