Saturday 26 September 2020

Keputusan terkini PRN Sabah

 

LIVE – KEPUTUSAN TIDAK RASMI PRN SABAH

Tidak Rasmi:

Warisan : 10 

GRS (BN/PN/PBS): 12

17.00 : Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah telah menamatkan pengundian sebentar tadi jam 5 petang. Kiraan undi dijangka akan dibuat mulai jam 5.30 petang di pusat pengundian daerah sebelum keputusan dihantar kepada pusat perjumlahan undi.

Beberapa peti undi yang ditutup seawal jam 3 telah pun memulakan kiraan awal. Keputusan-keputusan awal tidak rasmi dijangka akan mula diketahui sekitar jam 6.30 petang. Kami akan cuba membawa keputusan-keputusan tidak rasmi dari semasa ke semasa.

PRN kali ini menyaksikan 73 kerusi dipertandingkan. Parti yang mahu membentuk kerajaan memerlukan sekurang-kurangnya sokongan 37 Ahli Dewan Undangan Negeri.

19.40 : DAP dilaporkan mengekalkan kerusi DUN Luyang, Kapayan, Elopura, Sri Tanjong

19.43 : Gabungan Rakyat Sabah (GRS) terdiri dari BN, PN dan PBS menang di N39 Tambunan, N12 Sulaman dan N32 Klias

19.44 : Kerusi DUN Sukau dan Tanjung Batu dimenangi calon GRS (BN)

19.47 : Calon Warisan dilaporkan mendahului pengiraan undi di DUN Tanjung Keramat

19.48 : Calon GRS (PN) dilaporkan menang di kerusi DUN Paginatan

19.50 : Timbalan Presiden Warisan Darrel Ignatius Leiking mendahului kiraan tidak rasmi DUN Moyog, diikuti PN (Star) dan calon PBS.

19.54 : Calon GRS (BN) dilaporkan merampas kerusi DUN Pantai Manis yang sebelum ini dikuasai Warisan pada PRU14 lalu.

20:01 : Presiden UPKO (Warisan Plus) dilaporkan tewas kepada PBS di kerusi DUN Kiulu

20:06 : GRS (PN) menang kerusi DUN Bandau

20:09 : Setakat ini dilaporkan GRS terdiri dari BN, PN dan PBS dilaporkan menang di 12 kerusi DUN seperti berikut; – Lamag, Sukau, Sg Manila, Sugut, Pantai Manis, Darau, Karambunai, Pantai Dalit, Tg Batu, Usukan, Sulaman dan Bandau.

Friday 2 August 2019

270519 #TheKodoxs Buskers - Persembahan Padu


Assalamualaikum semua..

Saya dah lama tak blogging, rasanya dah 4 tahun. Buat pengetahuan semua blog Amrayy Lensa Assault akan menyiarkan, rakaman santai buskers di sekitar Bukit Bintang.

 Sudah lebih setahun UMNO tidak lagi menjadi kerajaan dan ramai rakan-rakan blogger yang tersadai seperti saya, kini meneruskan kehidupan di dalam kepayahan. Namun saya percaya, blogger tegar UMNO seperti rakan-rakan yang lain tidak pernah berundur walau selangkah kebelakang untuk terus menyokong parti keramat UMNO. 

Dalam dunia yang mencabar minda, kepintaran dan keberanian, ramai blogger seperti saya mencari altenatif baru untuk meneruskan hidup.Bak kata orang tua-tua, hidup perlu diteruskan jangan mengalah pada keadaan..huhuhu

Video di atas dari Balada Pemuzik Channel. Jika anda rasa video saya menarik jangan lupa Like, Subscribe dan tekan loceng untuk notifikasi video terbaru. Video di dalam channel ini hasil kerja saya waktu santai di masa terluang dan cuti hujung minggu.. Jangan lupa tonton ya.!!!



Sunday 13 July 2014

[PHOTO] PROGRAM KAMI PRIHATIN @NajibRazak @azwanbro @Khairykj @selawatperdana


Anjuran: @brigedkesatriamuda ,Pemuda Wilayah/ Selangor, @SAM1MSIA ( Suara Anak Muda 1Malaysia), Riders United, Yayasan Pertanian 1Msia, Selawat Perdana, PVTM, MJMM , Biro Ta'lim Al-aly Dan Rakan2 Bloggers Serta Media


Wednesday 2 July 2014

TEROWONG BAWAH TANAH RUNTUH LAGI BRO...


KUALA LUMPUR: Sebuah terowong bawah tanah yang sedang dalam pembinaan di persimpangan lampu isyarat Jalan Imbi berhampiran Jalan Pudu di sini, runtuh jam 10.38 pagi tadi, menyebabkan laluan di situ jerlus sepanjang hampir 19 meter.

Wednesday 25 June 2014

MUG DARI TULANG BABI.!! AWAS.!!

Cube check gelas atau mug yang digunakan dalam seharian kita. Check bahagian bawah gelas atau mug... pastikan bukan jenama "Fine Yiyun Bone China".. Kalau gelas yang anda guna sekarag ni.. berjenama Fine Yiyun Bone China.. Sila Istirgfar banyak-banyak dan buang dengan segera gelas tu.. sebab gelas tu diperbuat daripada tulang babi.. Astargfirullahhalazimm.. Ramai yang tak perasan perkara ni, diharap semue masyarakat islam lebih berhati-hati selepas ni..

 Rujuk logo pada belakang gelas atau mug

Monday 23 June 2014

MUKTAMAD-Mahkamah Persekutuan tolak permohonan gereja Katolik

MUKTAMAD-Mahkamah Persekutuan tolak permohonan gereja Katolik merayu keputusan Mahkamah Rayuan tolak guna perkataan Allah dalam The Herald. KEPUTUSAN Mahkamah Persekutuan tadi bermakna keputusan KDN larang The Herald guna perkataan Allah KEKAL.Gereja Katolik TAK BOLEH merayu lagi.

Seorang Peguam/hakim islam sokong gereja guna Kalimah Allah

Kira-kira 300 ahli pelbagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islamberhimpun di luar Istana Kehakiman

PUTRAJAYA: Kira-kira 300 ahli pelbagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam berhimpun di luar Istana Kehakiman sebagai tanda sokongan hak kalimah Allah bagi umat Islam.
Kumpulan yang diketuai Pengerusi Perkasa, Datuk Ibrahim Ali, dilihat berselawat beramai-ramai sementara menunggu keputusan.
Sementara itu, pekarangan Istana Kehakiman mula dipenuhi ahli NGO dan orang ramai bagi mengikuti keputusan Mahkamah Persekutuan mengenai kes penggunaan kalimah ALLAH, hari ini.
AMRAYY

Saturday 21 June 2014

SIAPA BANGSA MELAYU??


INFO PANAS !!!: KAJIAN MITOCHONDRIA DNA MEMBUKTIKAN BANGSA CHINA DAN INDIA BERASAL DARI BANGSA MELAYU


1. Satu strategi yang digunakan penjajah untuk menghalalkan tindakan menjajah sesebuah negara ialah dengan mereka-reka teori asal usul kewujudan bangsa yang mendiami negara tersebut.

Friday 13 June 2014

SPOT PEEL Derma Ceutic didapati beracun.!! Hentikan pembelian produk ini.!!

Orang ramai yang telah membeli produk ini sila hentikan...
Bahaya utk kesihatan ...
Barangan Kesihatan ini didapati berbahaya untuk kesihatan, kalau nak mati cepat boleh teruskan.
Bila larangan dah keluar cuba ikut, jangan main-main bro..Pendek umur nanti.!!

Thursday 12 June 2014

[PHOTO] PPIM VS YUSERI YUSOFF DI BERNAMA RADIO 24

Isu Cadbury bagi aku dah selesai. Namun bagi aku PPIM perlu memainkan peranan yang lebih berani terhadap isu-isu berkaitan tentang hak-hak pengguna Islam lebih serius. Dari padangan aku PPIM tidak boleh duduk diam sehinggakan terpaksa menanti isu-isu penting dibangkitkan oleh pihak tertentu dan baru nak bertindak..Bagi aku juga perlaksanaan terhadap penguatkuasan harus ditekankan bagi melindungi hak-hak pengguna Islam terbela..

Apapun layan dulu gambar yang sempat aku rakamkan sewaktu aku berada di Bernama radio24 di jalan Tun Razak. Nantikan video yang aku rakamkan secara LIVE di Bernama Radio24 dan nilaikan sendiri.!!!
Layan bro.!!