Tahun 2014 disambut dengan keluhan rakyat mengenaipeningkatan kos sara hidup. Biarpun laporan beberapa agensipenarafan kredit antarabangsa menunjukkan penilaian stabil,positif dan memberangsangkan, namun keluhan rakyat masihbelum reda, malah semakin kuat.
Laporan The Edge pada 24 Disember 2013 menyatakan bahawaMalaysia ditangga pertama dalam senarai Bank Dunia dari segikemudahan kredit bagi syarikat kecil dan sederhana. BankDunia juga yakin yang Malaysia amat berpotensi untukmenangani risiko secara efektif.
Laporan The Edge ini yang positif ini dilihat konsisten denganrekod laporan Bank Negara yang turut menunjukkan angka yangmemberangsangkan. Pada 31 Disember 2013, rizabantarabangsa Bank Negara Malaysia berjumlah RM441.7 bilion(bersamaan dengan USD134.9 bilion) yang mana memadaiuntuk membiayai 9.6 bulan import tertangguh dan 3.7 kalihutang luar negeri jangka pendek.
Jumlah tersebut merupakan peningkatan sebanyak RM14.5bilion berbanding tahun 2012 yang hanya merekodkan jumlahRM427.2 bilion.
Kedudukan rizab yang lebih tinggi mencerminkan lebihan akaunsemasa yang berterusan dan kemasukan pelaburan langsungasing, dana portfolio bukan pemastautin dan dana perbankanyang memberangsangkan.
Berdasarkan Bajet 2014 yang dibentangkan pada Oktober lepas,pertumbuhan yang dipacu oleh pelaburan swasta dijangkameningkat sebanyak 12.7% dan permintaan eksport pulameningkat pada kadar 2.5%. Oleh itu, kerajaan menjangkakanekonomi negara akan berkembang lebih kukuh pada kadar 5%hingga 5.5% tahun ini. Selain itu, sektor pembinaan dianggarmeningkat pada kadar 9.6 peratus dan sektor perkhidmatan pulasebanyak 5.7 peratus.
Kerajaan juga menjangkakan kadar pengangguran pada 3.1%dengan kadar inflasi pada 2%-3% 2014.
Bagaimanapun, pada hujung Disember 2013 kadar inflasi telahmula meningkat melebihi 3%. Januari ini, inflasi Malaysiaberada pada kadar 3.2%. Standard Chartered Bank (StanChart) South East Asia Global Research melaporkan bahawa kadarinflasi dijangka mencapai 3.4% selama 9 bulan pertama tahunini.
Di masa yang sama, ekonomi dijangka tumbuh sehingga 3.5%pada tahun ini berbanding 2.7% tahun lepas dan GDP jugadijangka tumbuh pada kadar 5.3% berbanding jangkaan awal4.7%.
Malangnya, laporan dan angka positif nampaknya tidak dapatmenenangkan hati rakyat apabila harga barangan penggunameningkat daripada 2.9% pada November lalu kepada 3.2%tahun ini.
Satu kajiselidik oleh Reuters menjangkakan harga baranganakan terus meningkat lagi. Peningkatan ini adalah kesanlangsung dari langkah pengurangan subsidi oleh kerajaan.
Selain itu, sejak Disember lepas, Ringgit Malaysia terus jatuhberbanding British Pound, US Dollar dan Chinese Renminbiyang mana menjadikan nilai import dari negara-negara tadimenjadi lebih tinggi.
Keadaan menjadi lebih buruk apabila terdapat peniaga yangbertindak meningkatkan harga barangan sewenang-wenangnyasebagai mengambil kesempatan dari isu pengurangansubsidi. Pihak pembangkang pula menangguk di air keruhdengan menjadi dalang bagi menambahkan lagi keresahanrakyat.
Namun, di sebalik angka-angka dan keluhan serta rungutan yangdidengari, seorang rakyat Malaysia pastinya berbohong jikamenyatakan yang beliau perlu melakukan perubahan drastikbagi mengimbangi kos kenaikan sara hidup pada hari ini.
Dari apa yang dilihat, walaupun saban hari merungut mengenaiharga barang di laman-laman sosial, hampir tiada seorang pundari mereka yang perlu melakukan apa-apa perubahan demimeneruskan kelangsungan hidup. Dalam kata lain, merekamasih meneruskan rutin seperti biasa, berborak di kedai mamakberjam-jam walaupun mulut mengomel yang harga teh tariksemakin mahal. Sekali gus, membuktikan yang mereka mampumenangani kenaikan itu.
Justeru, walaupun tiada kajian terperinci mengenai berapa ramairakyat Malaysia yang terpaksa menukar cara hidup bermulaawal tahun ini akibat kenaikan kos sara hidup, tetapi kita tahubahawa keadaan sebenarnya tidaklah seburuk seperti yangdirungutkan.
Hakikatnya, kerajaan tidak mungkin akan terlepas pandangsekiranya rakyat benar-benar tertekan kerana ia pasti akanmemberi kesan buruk kepada kedudukan ekonomi negara secarakeseluruhan. Sedangkan, kedudukan ekonomi negara amatlahmemberangsangkan.
Keadaan rakyat yang tertekan akan diterjemahkan melaluikedudukan institusi kewangan yang akan turut tertekan di manajumlah pinjaman tidak berbayar akan meningkat dan dayabelipengguna akan menurun sehingga peniaga kerugian. Aktivitiekonomi seperti pembangunan dan perniagaan akan semakinperlahan dan mungkin terhenti terus. Pengangguran pastinyameningkat sekali gus, menggandakan kesan rangkaian tadi.
Kesan seperti ini telah dilihat berlaku ketika krisis ekonomi1997/98.
Namun, kesan seperti ini tidak berlaku pada hari ini. Sepertiyang dikatakan tadi, harga barangan yang meningkat masihtidak memaksa rakyat untuk mengubah cara hidup. Inibermakna kenaikan yang berlaku berada di kadar yangbersesuaian dan tepat.
Rakyat perlu memahami dan mengakui hakikat ini sebelum
menghalakan kemarahan kepada kerajaan. Seharusnya rakyatmembantu kerajaan untuk memburu peniaga yang sengajamengambil kesempatan dengan menaikkan harga secara tidakmasuk akal dan bukannya turut membantu merekamemburukkan kerajaan.
Kesimpulannya, peningkatan kos sara hidup adalah realiti,bukan fantasi. Namun, peningkatan tersebut adalah pada kadaryang sesuai dan mampu ditanggung oleh rakyat Malaysia. Olehitu adalah salah untuk kita menyalahkan kerajaan kerana apayang dilakukan oleh kerajaan adalah tepat iaitu meningkatkanpertumbuhan ekonomi negara tanpa menjejaskan rutin hiduprakyat.
AMRAYY
No comments:
Post a Comment