Friday, 25 October 2013

GAMBAR PENJENANYAH YANG SEDANG DIBURU POLIS.!!!


Gambar suspek, Ardi Hamza, pengawal keselamtan yang dikehendaki polis berkaitan kes rompak dan bunuh di sebuah bank di USJ, Rabu lalu. FOTO Osman Adnan
KUALA LUMPUR - Pengawal keselamatan yang menembak mati pegawai wanita dalam kejadian rompakan di Ambank cawangan Subang Jaya Rabu lepas, melarikan wang tunai berjumlah RM450,000.

Timbalan Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Superitendan Tan Ah Chua ketika dihubungi Bernama hari ini berkata, maklumat itu disalurkan oleh pihak bank kepada polis.

Mengenai identiti sebenar suspek yang menggunakan nama Ardi Hamza itu, beliau berkata perkara berkenaan masih dalam siasatan.

"Polis sedang menunggu pengesahan daripada Jabatan Pendaftaran Negara," katanya.

Dalam kejadian 6.18 petang itu, Norazita Abu Talib, 37, maut ditembak oleh suspek ketika beliau membuka peti besi di dalam bilik kebal bank berkenaan, bersama-sama seorang lagi pegawai wanita.

Mangsa yang sudah berkerja selama 16 tahun di bank itu meninggal dunia di tempat kejadian susulan kecederaan parah pada bahagian kepala akibat ditembak dengan 'pump gun' oleh suspek. - Bernama
AMRAYY

1 comment:

zopinion said...

Jawapan Securiforce pada fitnah yg dilemparkan mengenai rompakan di Ambank http://wubra.blogspot.com/2013/10/securiforce-difitnah-motif-politik.html

Artikel,Video Dan Foto Mungkin Membantu Anda Dalam Pencarian Maklumat..!!!