Sunday, 17 February 2013

PROGRAM SANTAI BERSAMA BLOGGER SIRI KE 2



DIJEMPUT SEMUA PENGAMAL MEDIA SOSIAL UNTUK MENYERTAI PROGRAM SANTAI INI 

PADA : 9hb & 10hb MARCH 2013

TEMPAT : WADI HUSSEIN JANDA BAIK

TIDAK PERLU BAYAR APA-APA, MAKANAN DAN TEMPAT TINGGAL DISEDIAKAN.

Aturcara - 9-3-2013

12.30 tengahari - Kita belasah dulu makanan yang telah dihidangkan. Lepas kenyang, siapa nak mandi dan solat dulu korang pikirlah sendiri. 

2.30 petang - Maka bersedialah merelakan telinga untuk mendengar Abah dan penceramah membebel.

4. 30 petang - Korang terpaksa berhenti sekejap untuk sejukkan telinga dengan minum petang untuk cari idea untuk meluahkan perasaan pula pada Abah dan penceremah.Tak kan Listen Listen Listen jer. Jangan lupa untuk bergosip.

5,00 petang - Luahan perasaan

6.00 petang - Menunggang kuda dan peraduan memancing ikan tengas. Lima hamper disediakan pada mereka yang terbanyak dapat ikan.

8.30 malam - BBQ kambing bakar dengan nasi beriani bersama anak yatim.

9.30 malam - Kita melalak sampai pagi. Dont worry sebab ada tiga mikrofon untuk tunjuk bakat jadi penyanyai macam video dibawah. Terima kasih pada Captain Zaini (yang main gitar) kerana sudi menaja kelengkapan muzik.

11.30 malam - Kalau ada mood kita main bola api dan satu lagi permainan paranomal yang baru bertajuk 'SAYANG PM'. hu hu.

1.00 pagi - Makan ringan untuk isi perut tengah malam (Apple Pie atau sandwich? ermmph?). Jagung disediakan untuk korang bakar sendiri kat unggun api.




ANTARA HIBURAN MALAM YANG DISEDIAKAN



Progam ini khusus bagi para blogger dan facebooker yang mindanya luas terbuka:


Aturcara - 10-3-2013


9 pagi - 
Siapa yang bangun pagi korang belasahlah dulu. Yang bangun lambat tu jawabnya makan tengahari jerlah but dont worry kami masak lebih untuk sarapan.


9.30 pagi -
Beberapa penceramah jemputan akan membebel.


11.00 pagi - 
Rehat jap pekena kopi


11.30 pagi - 
Giliran korang plak untuk bantai balik penceramah yang membebel tadi.


1.00 tengahari - 
Makan bersama kanak-kanak tahfiz. 


2.00 petang - 
Abah dan penceramah akan melegakan fikiran anda.


4.30 petang - 
Minum dan bermaafan. Pastu korang boleh balik sebab giliran kami nak berkemas plak. 







Video Siri Pertama



Melayu itu bukan rupa, bukan kulit, bukan bahasa dan bukan orang,
Melayu Itu Alam, Dunia Pemikiran Ketuhanan.
Melayu Itu Budaya Yang Memerintah

Kemanakah arah tuju melayu kalau tidak kepada anak cucunya.kita orang melayu bangsa yang tidak mementingkan diri sendiri tetapi menilik jauh akan nasib keturunan kita.

Jangan kita lari dari teras ini kerana ianya satu perjuangan kesinambungan bangsa melayu dan erti kata melayu itu sendiri “TIDAK MELAYU HILANG DIDUNIA.” Jangan ada melayu yang beralih kepada fahaman bangsa asing yang tak sama pendiriannya.

Melayu sudah lama mendominasi dunia dengan ketamadunannya walaupun segelintir yang akur akan fakta ini.Beribu tahun dahulu kita orang melayu adalah pencetus tamadun dan peradaban Kemanusiaan.

VIDEO BY : AMRAYY




No comments:

Artikel,Video Dan Foto Mungkin Membantu Anda Dalam Pencarian Maklumat..!!!