Thursday, 21 February 2013

BR1M: KISAH SEDIH YANG KITA TERLEPAS PANDANG

Aku terpanggil untuk memaparkan kisah ini, yang aku jumpa dalam blog biaqpila.blogspot.com..So layan dulu dan fikir-fikirkan..


Rabu, Februari 20, 2013

BR1M: KISAH SEDIH YANG MENYENTAP

Gambar Hiasan

Admin saya ada cerita sedih sangat pasal pengambilan wang BRIM 2.0 Tu tadi kalau boleh sembunyikan identiti saya...

Tadi saya pergi ambil wang rm 500 tu atas nama bapa saya.... setelah bapa saya dapat mesej daripada ketua cawangan umno kawasan umah saya ni semalam supaya datang didewan serbaguna hari ni pukul 3 petang untuk ambil duit rm 500 tu.. dan hari ini saya pun pergi ke dewan tersebut tepat pukul 3 petang saya sudah sampai ke dewan tu... mewakili bapa saya yang lumpuh dan sakit dirumah...

Apabila sampai saya trus ambil baucer tu dan saya ada tanya kakak kat kaunter diluar dewan tu boleh ke saya ini nak ambil brim tu atas nama bapak saya kakak tu kata boleh tak ada masalah... dan saya pun trus beratur hampir sejam setengah baru tiba giliran saya.. bila sampai ke kaunter didalam dewan untuk menerima wang itu tetiba kakak yang jaga kaunter dipercayai puteri umno kerana mereka pakai tudung warna pink memberitahu saya tidak boleh ambil wang itu dia kena umpunya dri jugak datang baru boleh ambil wang itu.. Saya kata bapa saya lumpuh tak sihat tak boleh datang tadi kakak kat luar dewan kata boleh ambil kalau ada wakil yang merupakan anak2nya... Dia berkeras jugak... lepas tu pegawai bank yang duduk sebelah kkak tu pun menyampuk dan trus tinggi kan suara tak boleh dik dah tu peraturan yang ditetapkan nak buat macam mana.. kalau bapak kamu lumpuh sekali pun tak boleh jugak.. kena datang ke dewan ni tak kira la apa cara sekali pun.. saya kata la umah saya tak ada kereta ada motor je macam mana nak datang dengan keadaan bapa saya begitu.. Pegawai bank tu kata pandai2 kamu la pinjam kereta jiran ke...Dah nak duit orang kena la ikut peraturan yang orang tetapkan...

Saya mengucap panjang apabila kiri kanan orang mula tengok saya dan saya terasa amat malu sangat dengan layanan begitu rupa... Dan saya pun trus keluar dari dewan tu...
Saya anak tunggal Umur 23 tahun ibu dengan ayah saya dah tua tak berapa sihat... Saya bekerja di sebuah pasaraya gaji cukup2 je sebulan.. Sanggup saya ambil cuti tadi samata2 nak ambil brim untuk bapa saya tu... tetapi sedih sangat dengan duit brim semua tak dapat.. kerja pun tak pergi... saya sebenarnya tak berparti pun dua2 page saya ada like pro pr dengan pro bn... saya tak tau la ada orang lain kena macam saya ke tak...

Perasaan malu tadi hanya ALLAH Sahaja yang tau dah la beratur sejam lebih bukan ke duit brim tu duit hasil cukai ke jugak... Inshaallah setelah kejadian tadi saya dah tekad kami satu keluarga tidak akan sesekali undi kerajaan yang melayan rakyat sebegitu rupa... Maaf kalau susunan ayat tak betul saya belajar sampai SPM Je...
kisah ini berlaku di kawasan parlimen batu dewan serba guna taman melewar pukul 3 petang tadi.. maaf saya tak ingat nama kakak dan pegawai bank itu tak sempat pulak nak tengok name tag tadi sebab orang terlalu ramai dan malu teramat sangat.. saya bawa bukan setakat ic fotostet ic ori yang bapa saya pun ada saya bawa sekali.. tetapi tak dapat juga.. dia nak kena umpunya diri sign katanya..saya tak terfikir pun nak ambil gambar atau video saya pergi dengan niat nak ambil duit bukan nak buat provokasi.. saya belajar sampai SPM pun sebab ada kekangan masalah kewangan dan terpaksa jaga ayah dan ibu yang sudah uzur.. bukan saya malas inshaallah kalau ada kesempatan dan peluang saya akan sambung belajar lagi.. tak apa la duit itu mungkin bukan rezeki bapa saya..

Sumber: http://biaqpila.blogspot.com klik je


P/S:Pada pandangan aku tidak sepatutnya perkara seperti ini berlaku, memang ia adalah kes kecil.Mana perginya NGO-NGO yang dok melaung sana, melaung sini..Pergi buat kerja la..Pada aku ini memang Memalukan UMNO dan isu yang sedih..





5 comments:

Penang Mali said...

memang memalukan...tapi cuba pikir bila tang buruk saja nampak umno, yg baiknya semua tak nampak sbb tu mmg tanggungjawab kerajaan....

x boleh salahkan mamat tu la kalau dia bertekad tak mau undi kerajaan sbb pada dia kerajaan memalukan dia...kadang2 aku sendiri pon tak paham apa maksud kerajaan...bila bengang kat penjawat awam (JPJ/Polis) adakah dia tu maksud kerajaan, adakah kerajaan maksudnya org yg kat parlimen saja...adakah kesalahan ahli parti pembangkang yg berkhidmad sebagai penjawat awam dikira salah kerajaan jugak...

kalau tgk FB najib banyak org dok bagi feedback yg burok pasal BRIM dalam nada nasihat utk penambahbaikan..

cuba ko postkan kes mamat tu dalam FB najib utk penambahbaikan BRIM thn depan inshaAllah

Buatbest said...

salam saudara..pautan blog saudara sudah di link kan di ~
http://buatbest.blogspot.com/

salam..

Unknown said...

kena tengok juga pasal apa kes ni terjadi. saya rasa, peraturan penerima wajib datang sendiri tu untuk mengelakkan kes-kes penipuan. macamana nak tahu yang pengadu itu betul-betul anak penerima? adakah beliau membawa surat beranak mengesahkan beliau confirm anak penerima tu? atau adakah beliau ada membawa surat pengesahan doktor mengesahkan bapanya lumpuh. dengan membawa ic original bapanya, tak mencukupi. bukan mustahil jika ic tersebut dicuri kan?

petugas kaunter pun satu hal. sepatutnya mereka lebih bersopan/berhemah dalam menerangkan sebab/permasalahan mereka dan memberi langkah-langkah seterusnya yang dapat diambil pengadu. memang orang tengah ramai dan mereka sibuk tapi kenapa tiada meja/kaunter khas untuk permasalahan sebegini?

sudah pasti juga kepala2 operasi ini (termasuk PM sendiri) perlu memikul tanggunjawab kerana tidak menyediakan latihan mencukupi untuk petugas dan kakitangan serta gagal membuat persedian untuk kejadian luar jangka (tidak antisipasi permasalahan yang mungkin timbul). bukan nak letak kesalahan pada DS Najib, tapi sebagai pemimpin yang berkaliber beliau perlu ambil berat tentang semua ini. Niat yang baik, pelaksanaannya hampeh - siapa yang kena kutuk?

Anonymous said...

Kakitangan kerajaan memang takde adab....kat tv bukan main lagi....sory aku tak sokong bn...aku tak sokong PR....

Anonymous said...

xbleh salahkn org yg btugas tu.. mesti ada sebab dorg buat mcm tu kn.. misalnya anak yg pegi tunai brim kononnya wakil mak bapak dia yg xsihat tp xlama pastu ada plak mak bapak dia tuntut brim yg sama.. peristiwa mcm yg aku ckp td mesti penah jadi kn.. tula sbb org bertugas jga brim tu kna tegas.. sbb anak2 skang ni xmcm anak2 dlu.. saman mak bapak sendiri pun bleh ada zaman skang ni..

Artikel,Video Dan Foto Mungkin Membantu Anda Dalam Pencarian Maklumat..!!!