Tuesday 18 December 2012

PENDUDUK BANTAH MEROBOH SURAU AN-NUR, PENJARA PUDU



DIMANAKAH LETAKNYA PERJUANGAN UNTUK ISLAM??

Selepas ingin merobohkan pusat perniagaan bumiputra di Pusat Peniagaan di Bangsar Utama, kini UDA dalam proses merobohkan Surau An-Nur Penjara Pudu.Surau ini dikenali dengan panggilan surau jumaat, kerana penduduk disekitar akan tertumpu ke surau ini bila melakukan ibadah...


Selepas 49 tahun berdiri sebagai rumah ibadat di tapak bangunan bersejarah Penjara Pudu, Surau An-Nur Penjara Pudu (Surau Jumaat) kini turut menerima nasib sama apabila bakal dirobohkan bagi tujuan pembangunan komersil.


Mengikut surat yang diwartakan pemaju, UDA Holdings Property Development (UDA) bakal melakukan kerja-kerja pembersihan di kawasan tersebut pada 10 Januari depan.


Difahamkan, tapak itu akan dibangunkan sebagai tapak pusat beli-belah terkemuka serta kawasan perumahan mewah


Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Mempertahankan Surau An Nur Penjara Pudu Zakaria Omar berkata, pihaknya kecewa kerana pemaju tidak pernah mengadakan rundingan dengan kariah surau.


Malah, tiada sebarang tapak atau surau alternatif ditawarkan UDA bagi menggantikan surau lama itu.


“Kami mahu surau ini dikekalkan sebagai rumah ibadat…sepatutnya surau ini diperbesarkan menjadi 2 tingkat kerana pertambahan penduduk semakin pesat di kawasan sekitar,” katanya ~ Free Malaysia Today










Apa cerita ni?? di negara bukan Islam, Surau dibina untuk orang Islam menunaikan ibadat.. tapi di negara Islam ini pula Surau yang digunakan untuk beribadat dirobohkan pula...


Puak mana agaknya yang menguasai UDA itu?? Wakakakakakakak



FOTO BY : AMRAYY




No comments: