Thursday, 9 January 2014

HRC PUTRAJAYA KENA BELAJAR BUAT MAKANAN BERCIRIKAN ISLAM DENGAN AMRO KEBAB SHAWARMAR DAN NASI ARAB


Baru-baru ni aku singgah ke sebuah gerai yang menyediakan menu Islamik di Jalan Haji Husein Satu belakang Adamson Hotel berhadapan dengan Bangunan Susilawati...Kalau korang perasan, memang serba serbi Islamik termasuklah lokasi gerai...hahahhahahaa

Gerai ini di usahakan oleh Bonda Ummu Hanna dan suaminya Babah Amro Ameer...Bonda Hanna berasal dari Pahang manakala suaminya berasal dari Tanta, Egypt. Bonda Hanna membuka gerai menjual Kebab dan Nasi Arab yang dinamakan Amro Kebab Shawarma & Nasi Arab... Bonda Hanna juga merupakan seorang blogger dan seorang yang pakar dalam bidang sexology & psikologi ...klik jer

Inilah baru dikatakan gerai berkonsepkan Islamik.!!! Nama, lokasi dan menu semuanya bercirikan Islamik..Memanglah (HRC)HARD ROCK CAFE  mahu dibuka di lokasi yang bercirikan Islamik dan dikelilingi dengan bangunan-bangunan Pentadbiran Kerajaan tetapi nama HRC(HARD ROCK CAFE) pun tak mencirikan Islamik. Minuman dan makanan yang dijual juga mungkin serba-serbi tidak mencirikan Islamik..Kitapun tak pastikan.??? Takkanlah nama yang gah seperti HRC nak jual teh tarik dan roti telur yang macam selalu aku makan kat kedai mamak di tepi sungai Jalan Masjid India..???Wakakakakkaak...
Jawabnya HRC akan ditukar nama la dari HARD ROCK CAFE (HRC) ke HAMID ROTI CANAI, HRC juga tu....wakakakakakka. Setahu aku, nama tokey mamak tepi sungai tu HAMID gak tapi mamak tu dah meninggal 2 atau 3 tahun lepas kalau tak salah aku la dan sekarang ni diuruskan oleh isteri dan anak-anaknya... 
Silap-silap bini mamak tu yang beli HRC tu..hehehheheh.!!!Memang lawak lah...wakakkkakakakak....
Urat KENTUT aku dah nak putus sebab terlebih gelak....Wakakakakakkaka..!!!!
Nak cerita pasal gerai yang berkonsepkan Islamik dan kemelayuan, lain plak isu yang masuk hahahhhaaha...

Cerita tentang nasi arab dan kebab....!!!!!
Dah banyak restoran Arab yang aku dah cuba sekitar K.Lumpur, memang sama rasa keenakkannya dengan nasi arab yang aku cuba di gerai ini...korang boleh cuba dulu... Kalau korang nak buat tempahan meja dulu pun boleh..Sila hubungi no ini jika korang nak buat tempahan 0136673006 @ 01133116313 (BONDA HANNA)

Walaupun hanya makan disebuah gerai tetapi keenakkan makanannya sama seperti makan di dalam restoran yang berekon.!!

TRY DULU BRO.!!

 Menu yang disediakan
 
 Senarai Harga Makanan mengikut nombor.
 Bonda Hanna
 Babah Amro Ameer
 
 Bonda Dan Babah
 Rempah-rempah yang digunakan berasal dari Arab
 Santai Bersama Bonda dan Babah
Persekitaran gerai Amro Kebab Shawarma & Nasi Arab di jalan Haji Husein Satu
Kampung Baru..

 Ruang makan yang selesa untuk pengunjung


Parking kereta untuk pengunjung juga tersedia

AMRAYY

No comments:

Artikel,Video Dan Foto Mungkin Membantu Anda Dalam Pencarian Maklumat..!!!