Tuesday 19 February 2013

MAKHLUK SEBELUM NABI ADAM A.S


Artikal ini aku baca dalam Facebook dan aku suka untuk berkonsi bersama pembaca blog aku

Gambar hiasan
Al-Hin - Makhluk Sebelum Nabi Adam A.S

Dua minggu yang lalu, saya didatangi sepasang suami isteri dan seorang anak lelaki di RIDAM. Pesakitnya adalah anak lelaki mereka.

Dari perbualan sebelum rawatan, si bapa menceritakan bahawa sudah banyak tempat sudah di kunjungi. Boleh dikatakan hampir setiap perawat yang muncul dalam Expose Mistik dan Rancangan Alam Ghaib sudah di bawa. Semuanya belum ditemui penawarnya.

Luahan tersebut membuatkan saya tersenyum. Lantas, saya katakan pada mereka sekeluarga bahawa mungkin masih belum ada rasi ubat . Kalau dah jodoh ubat dengan penyakitnya, insyaallah, sembuh lah penyakitnya..

Simptom gangguan pada pesakit hanya berlaku pada malam hari iaitu ketika waktu bulan mengambang sahaja. Pada waktu tersebut, pesakit akan merenung bulan kemudian menangis. Begitulah yang berlaku setiap bulan..

Maka, saya ambil pendekatan segera dengan teknik scan dan hampa kerana tidak dapat mengesan sebarang jenis gangguan pada lelaki tersebut.. Aiii...hairan sungguh.. lelaki tu nampak normal jer..

Lama saya dok termenung ketika berdepan dengan situasi tersebut, saya teringat pada Allahyarham Tok Ngah ketika berhadapan dengan kes yang hampir sama. Kata beliau, mungkin badan tengah kotor. Akibatnya, konsentrasi tiada.. Kan sunat kalau bersih. Apatah lagi kalau harum semerbak...

Lalu, saya minta izin pada pesakit untuk berehat sebentar. Sebenarnya, saya ingin mandi kerana baru teringat, saya baru saja selesai mengelap kipas syiling sebaik sahaja keluarga pesakit tiba di RIDAM. Selepas mandi, saya pakai wangian agar diri harum semerbak..

Setelah itu saya ke ruang rawatan untuk menyambung tugas rawatan. Ketika duduk berhadapan pesakit, tiba-tiba...

Pesakit: Ermm..wanginya... lama dah tak bau macam ni.. Kamu pakai minyak wangi apa ni..?

Kelihatan suara pesakit berlainan. Maka saya yakin, ketika itu, pesakit sedang kerasukan.

Saya: Minyak atar 1001 Malam. Tak pernah bau ker?

Pesakit: Pernah.. Tapi dah lama tak bau macam ni.. Masa kat Andalusia pernah la.. Harum betul baunya. Boleh bagi aku sikit?

Saya: Boleh.. Tapi kena kerjasama la.. Setakat minyak wangi, apalah sangat..

Seraya itu dia tersenyum dengan kata-kata saya..

Pesakit: Boleh..tapi aku tak suka orang belagak.. Kalau kamu boleh cakap dengan aku elok-elok, tanya lah apa kamu nak. Dengan nama Allah, aku tak akan tipu.

Saya: Ish...tak baik kamu main sumpah-sumpah macam tu.. Nanti makan sumpah baru tahu..Kamu ni Jin Islam ker?

Pesakit: Kenapa aku nak takut. Aku cakap jujur la ni.. Memang aku sembah Allah, tapi aku bukan Islam....

Saya: Hah...sembah Allah tapi bukan Islam..? Agama apa kamu ni?

Pesakit: Agama Monoteisme

Saya: Agama apa tu..?

Pesakit: Agama yang satu la.. Tuhan hanya satu yakni Allah...Tak sekolah ker?

*Terkena jugak RIDAM..

Saya: Kamu jangan main-main pasal agama ni...!..Kang....

*Masa tu tangan kanan dah diangkat..rasa nak lempang jer...

Pesakit: Aku tak tipu lah...Aku bukan Jin, Syaitan atau Malaikat..Aku Poppy..Nama aku Mizari

*Tangan saya tak jadi di angkat. Terasa hendak tahu pula apa cerita berikutnya..

Saya: Poppy..? Makhluk apa tu..?

Pesakit: Wahai hamba Allah...banyak lagi rahsia Allah yang kamu belum tahu.. Bukan semua rahsia boleh dicapai dengan akal manusia..

Saya: Ceritakan...aku nak tahu..

Pesakit: Aku wujud sebelum kaum jin diciptakan lagi... Sebelum banyak puak kami di binasakan Allah kerana kesalahan kami sendiri..

Kemudian dia menangis teresak-esak..

Pesakit: Puak kami dah kurang dari 1000.. Mungkin kerana kesalahan yang kami lakukan, kami tidak diizinkan Allah untuk melahirkan zuriat kami....

Terduduk saya mendengar cerita si Mizari... Baru saya teringat akan sebuah buku yang dibaca karangan Isa Dawud.. Cerita yang diberitahu menepati penerangan yang diberitahu dalam buku tersebut..

Saya: Kalau begitu, betul kah nama golongan kamu ini adalah Al-Hin?

Seraya itu dia mengangguk..

Pesakit: Al-Hin adalah nama makhluk.. Kami hidup berpuak-puak.. Aku dari puak Poppy..Ada lagi musuh puak aku iaitu Neondertal. Nama puak lain banyak, tapi aku dah lupa....

Saya: Apa yang puak kamu buat sampai Allah murka?

Dia terdiam sejenak..

Pesakit: Apa yang kamu tengok kemaksiatan dan kerosakan manusia hari ini, itulah yang kami buat dulu.. Tapi hari ini aku tengok, kerosakan manusia lagi hebat dari apa yang kami lakukan dulu...

Saya: Wahai makhluk Allah, aku tiada kuasa untuk lakukan apa pun pada kamu kecuali dengan izin Allah.. Tapi boleh aku tanya, kenapa aku tak dapat Scan kau tadi? Mana kau menyorok?

Pesakit: Aku tak pergi mana-mana. Memang dari tadi aku dalam badan ni. Jangan kau kecil hati pulak.. Setakat ini, dengan izin Allah, puak aku belum dapat di scan mana-mana perawat pun ketika mereka berubat. Mungkin kerana ada sebab yang kau dan aku sendiri belum tahu kecuali Allah...

Saya: Dah tu, sekarang ni kamu boleh bercakap dengan aku..macam mana pulak tu?

Pesakit: Itu kerana aku sendiri yang nak bercakap dengan kamu.. Bukan semua tau aku suka manusia...Aku nak duduk dengan kamu boleh? Kalau kamu izin kan la..

Saya: Tak payah la...aku selesa dengan sesama manusia.. kamu tak marah kan..?

Pesakit: Tak la..buat apa aku nak marah.. Kamu ada hak atas diri kamu..

Saya: Erm..boleh kamu bagi sebab..kenapa kamu duduk dengan budak ni?

Pesakit: Sebab dia kasi aku duduk dengan dia...

Dari badan pesakit tersebut, Mizari menceritakan penemuannya dengan budak tersebut ketika dia berjumpa di sebuah pusat rekreasi di Selatan tanahair. Katanya lagi, budak tu tak takut dengan dia..

Cerita tersebut disahkan bapanya. Memang anaknya ada mengikuti kursus kadet di tempat tersebut..

Saya: Wahai makhluk Allah, aku bukanlah dikalangan orang alim untuk mendakwah kamu. Tapi sudi tak kalau kau masuk Islam?

Pesakit: Maaf ya..Aku masih yakin dengan agama ku. La ikra hafiddin kan...?

Saya: Memang lah..tapi agama akhir zaman kan Islam..Kalau kamu menyembah Allah, kenapa tidak kamu ikuti agama akhir zaman ni..?Agama yang disuruh dan dijamin Allah...

Pesakit: ku tahu...tapi aku bukan dari Jin dan Manusia.. Tiada satu pun nama kaum aku dalam Al-Quran...

Lalu di bacakan ayat surah Adz-Dzariyaat:56

Maksudnya:
Dan aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka mengabdi kepada-Ku.

Pesakit: Jadi, aku yakin dengan pegangan aku sekarang.. Aku tidak pernah menduakan Allah..

*Tidak ada apa yang mampu saya katakan padanya. Kelu saya bila mendengar hujahnya..

Saya: Kalau begitulah kata kamu, tiada apa yang mampu aku katakan lagi.. Tapi, dengan nama Allah, boleh tak kamu keluar dari badan anak ini? Kesian aku tengok mak bapak budak ni.. Kamu tak rasa kesian ker..?

Pesakit: Kesian jugak.. Banyak jugak la duit diorang habis pergi berubat.. Demi Allah, aku memang nak keluar, tapi, belum masanya lagi...

Saya: Dah tu, bila agak-agak kamu masa tu sampai..?

Pesakit: Sekarang..tapi dengan syarat..



Saya: Apa syaratnya? Kalau boleh mensyirikkan, aku tak nak la..

Pesakit: Aku nak salam kedua mak bapak budak ni..Aku nak mintak maaf sebab susahkan diorang. Lepas tu, aku nak kau doakan agar Allah pendekkan nyawa aku...boleh?

Saya: Syarat yang pertama tu insyaallah, boleh (kedua ibu bapa pesakit mengangguk sama).. Tapi, pelik la dengan syarat kedua tu..Kenapa?

Pesakit: Ada tak bapak budak ni cerita perangai pelik anak nya ni masa sakit tadi?

Saya: Yang mana? Yang suka tengok bulan mengambang tu ker?

Pesakit: Yelah...kamu tak nak tahu kenapa aku suka tengok bulan?

Saya: Aah...kenapa?

Pesakit: Aku tengah kira umur aku la tu...Kiraan masa aku sama macam kalendar Islam.. Puak kami mana pakai Kalendar masihi...

Saya: Oooo..tapi kau tak jawab lagi soalan kedua tu..

Pesakit: Sabar lah..maksud aku, aku kira umur untuk tahu hayat aku.. Dah lama sangat aku hidup.. Sunyi betul hidup aku...Aku nak kamu doakan agar Allah pendekkan hidup aku sebab aku dah hidup lama sangat...

Saya: Ooo...macam tu..Berapa dah umur kamu?

Pesakit: Sikit jer...baru 4 juta 130 ribu tahun..

Saya: Mak aiiii...lama nya kau hidup..

Pesakit: Betul..sebab tu aku nak kau doakan aku..

Saya: Insyaallah, kalau itu yang kau nak...Tapi, aku nak tanya soalan terakhir ni..Boleh?

Pesakit: Tadi kata suruh aku keluar...? Ni makin banyak tanya pulak ni..Hah..apa dia?

Saya: Boleh tak aku tengok kamu...Rasa nak tengok jer diri kamu tu...

Pesakit: Boleh dengan izin Allah...kau baca Surah Al-Kautsar 1000 kali sebelum tidur...Mintak pada Allah nak tengok aku.. Bukan aku yang izin..Allah yang izin.. Sekarang, boleh aku keluar..?

Saya: Dipersilakan wahai hamba Allah..Moga kamu tergolong dalam orang-orang yang beriman..

Sebelum dia keluar, dia mencium tangan kedua ibu bapa pesakit dan meminta maaf pada mereka.. Sekitar 5 minit selepas itu, pesakit tersedar.. Kelihatan penat dan lelah yang dialami akibat tenaga tubuh yang diguna oleh makhkluk lain..

Hanya sebagai syarat asas rawatan, saya bekalkan air dan limau rukyah untuk dibuat mandi dan minuman di rumah.. Pesakit pulang selepas itu..

3 hari kemudian, bapa pesakit menelefon saya dan mengatakan anaknya sihat sepenuhnya.. Dia mengajak saya ke jamuan doa selamat di rumahnya sebagai tanda kesyukuran dan nazar yang diniatkan..

Saya juga telah mengamalkan apa yang dikatakan oleh Mizari.. Alhamdulillah, saya dapat melihat parasnya..
Gambar hiasan

Badannya berbulu putih, berwajah manusia yang tampan dan bersayap... Wallahualam.. Mungkin itu mainan mimpi....

Sekian..

- Fakul innamal ghaibulillah.
Sesungguhnya yang Ghaib itu kepunyaan Allah
(petikan sebahagian ayat dalam surah Yunus:20)

- sKy -

Crdt:http://www.mazeermohamad.com/




Sunday 17 February 2013

PROGRAM SANTAI BERSAMA BLOGGER SIRI KE 2



DIJEMPUT SEMUA PENGAMAL MEDIA SOSIAL UNTUK MENYERTAI PROGRAM SANTAI INI 

PADA : 9hb & 10hb MARCH 2013

TEMPAT : WADI HUSSEIN JANDA BAIK

TIDAK PERLU BAYAR APA-APA, MAKANAN DAN TEMPAT TINGGAL DISEDIAKAN.

Aturcara - 9-3-2013

12.30 tengahari - Kita belasah dulu makanan yang telah dihidangkan. Lepas kenyang, siapa nak mandi dan solat dulu korang pikirlah sendiri. 

2.30 petang - Maka bersedialah merelakan telinga untuk mendengar Abah dan penceramah membebel.

4. 30 petang - Korang terpaksa berhenti sekejap untuk sejukkan telinga dengan minum petang untuk cari idea untuk meluahkan perasaan pula pada Abah dan penceremah.Tak kan Listen Listen Listen jer. Jangan lupa untuk bergosip.

5,00 petang - Luahan perasaan

6.00 petang - Menunggang kuda dan peraduan memancing ikan tengas. Lima hamper disediakan pada mereka yang terbanyak dapat ikan.

8.30 malam - BBQ kambing bakar dengan nasi beriani bersama anak yatim.

9.30 malam - Kita melalak sampai pagi. Dont worry sebab ada tiga mikrofon untuk tunjuk bakat jadi penyanyai macam video dibawah. Terima kasih pada Captain Zaini (yang main gitar) kerana sudi menaja kelengkapan muzik.

11.30 malam - Kalau ada mood kita main bola api dan satu lagi permainan paranomal yang baru bertajuk 'SAYANG PM'. hu hu.

1.00 pagi - Makan ringan untuk isi perut tengah malam (Apple Pie atau sandwich? ermmph?). Jagung disediakan untuk korang bakar sendiri kat unggun api.




ANTARA HIBURAN MALAM YANG DISEDIAKAN



Progam ini khusus bagi para blogger dan facebooker yang mindanya luas terbuka:


Aturcara - 10-3-2013


9 pagi - 
Siapa yang bangun pagi korang belasahlah dulu. Yang bangun lambat tu jawabnya makan tengahari jerlah but dont worry kami masak lebih untuk sarapan.


9.30 pagi -
Beberapa penceramah jemputan akan membebel.


11.00 pagi - 
Rehat jap pekena kopi


11.30 pagi - 
Giliran korang plak untuk bantai balik penceramah yang membebel tadi.


1.00 tengahari - 
Makan bersama kanak-kanak tahfiz. 


2.00 petang - 
Abah dan penceramah akan melegakan fikiran anda.


4.30 petang - 
Minum dan bermaafan. Pastu korang boleh balik sebab giliran kami nak berkemas plak. 







Video Siri Pertama



Melayu itu bukan rupa, bukan kulit, bukan bahasa dan bukan orang,
Melayu Itu Alam, Dunia Pemikiran Ketuhanan.
Melayu Itu Budaya Yang Memerintah

Kemanakah arah tuju melayu kalau tidak kepada anak cucunya.kita orang melayu bangsa yang tidak mementingkan diri sendiri tetapi menilik jauh akan nasib keturunan kita.

Jangan kita lari dari teras ini kerana ianya satu perjuangan kesinambungan bangsa melayu dan erti kata melayu itu sendiri “TIDAK MELAYU HILANG DIDUNIA.” Jangan ada melayu yang beralih kepada fahaman bangsa asing yang tak sama pendiriannya.

Melayu sudah lama mendominasi dunia dengan ketamadunannya walaupun segelintir yang akur akan fakta ini.Beribu tahun dahulu kita orang melayu adalah pencetus tamadun dan peradaban Kemanusiaan.

VIDEO BY : AMRAYY




AUTOSHOW DATARAN MERDEKA @HARIAN METRO





Venue : DATARAN MERDEKA, Kuala Lumpur


Event : AUTOSHOW HARIAN METRO


Date : 16/2/2013 @ 10.30 Am

















































FOTO BY : AMRAYY



Thursday 14 February 2013

THAILAND AKU DATANG PART 2


Hari ke-2 aku singgah makan di restoran terapung Bangmud Seafood,Phuket. Semua makanan disana di hidangkan dengan makanan laut yang segar.. Bila ada tempahan makanan, barulah mereka tangkap sama ada ikan @ udang galah yang ditempatkan dalam kolam sangkar yang khas..



Ini adalah pemandu pelancong yang bersama kami.. Beliau adalah warganegara Thailand tapi pandai berbahasa melayu dengan fasih...









Ikan Kerapu

Sebelum makan,posing la dulu.. eee



Menu di restoran makanan laut Bangmud Seafood...

Kelihatan tempat peternakan ikan dalam sangkar yang berhampiran dengan restoran yang aku makan..

Pondok ini adalah tempat pelanggan menjamu selera..


Ini adalah ikan buntal yang akan mengeluarkan duri yang beracun apabila ia rasa teracam.. 

Pekerja di restoran ini sedang melakukan demo apa yang akan terjadi pada ikan buntal ini bila ia rasa terancam dengan menepuk perut ikan buntal itu..

Inilah rupa ikan buntal yang mengeluarkan duri yang baracun.. Gemuk nya... wakakakaakaka



Pelancong asing yang terpegun dengan rupa paras ikan buntal yang sedang mengeluarkan duri beracun.. Memang unik.. Aku pun terpegun.. eeee

Ramainya peminat ikan buntal ni.. eeee




Inilah sampan yang membawa kami makan di restoran makanan laut ini..

Selepas menikmati jamuan makan tengahari, bot kami balik semula ke jeti



Keadaan di jeti sangat sesak kerana semua bot-bot sedang pulang dan pergi untuk membawa penumpang.


Selesai makan di restoran,kami menuju ke tempat pembiakkan gajah.. Kami di fahamkan jumlah gajah di sini sebanyak 50 ekor.. Kami juga di hiburkan dengan persembahan gajah yang di latih di sini..





Anak gajah yang berusia 4tahun ini sedang menari sambil memusingkan gelung mengikut irama lagu "OPPA GANGNAM STYLE".. Terbaik la.. 







Aku sebenarnya teringin nak pegang gajah ni tapi seram neyh ... wakakakaka


Akhirnya.. Dapat jugak aku pegang gajah ni tapi hujung belalai je la.. eeeee


Ini adalah pelantar menunggang gajah.. 





Ini adalah tempat anak-anak gajah di latih untuk membuat persembahan..

Ini adalah gambar gajah-gajah yang pernah berada di sini.. Aku di fahamkan dahulu gajah-gajah di sini berjumlah melebihi 100 ekor.. Tapi sekarang cuma tinggal kurang daripada 50 ekor di sebabkan kepupusan..



Masih banyak lagi gambar-gambar menarik ketika berada disini yang ada dalam simpanan aku tetapi tak dapat aku paparkan atas sebab-sebab tertentu.. Perjalanan aku masih jauh lagi.. Besok aku akan ke PULAU KRABI..


****TUNGGU****


FOTO BY : AMRAYY