Saturday, 25 January 2014

Kos Sara Hidup Tinggi: Realiti atau Fantasi?




Tahun 2014 disambut dengan keluhan rakyat mengenaipeningkatan kos sara hidup.   Biarpun laporan beberapa agensipenarafan kredit antarabangsa menunjukkan penilaian stabil,positif dan memberangsangkannamun keluhan rakyat masihbelum redamalah semakin kuat. 

Laporan The Edge pada 24 Disember 2013 menyatakan bahawaMalaysia ditangga pertama dalam senarai Bank Dunia dari segikemudahan kredit bagi syarikat kecil dan sederhana.   BankDunia juga yakin yang Malaysia amat berpotensi untukmenangani risiko secara efektif. 

Laporan The Edge ini yang positif ini dilihat konsisten denganrekod laporan Bank Negara yang turut menunjukkan angka yangmemberangsangkan.   Pada 31 Disember 2013, rizabantarabangsa Bank Negara Malaysia berjumlah RM441.7 bilion(bersamaan dengan USD134.9 bilion)  yang mana memadaiuntuk membiayai 9.6 bulan import tertangguh dan 3.7 kalihutang luar negeri jangka pendek.   

Jumlah tersebut merupakan peningkatan sebanyak RM14.5bilion berbanding  tahun 2012 yang hanya merekodkan jumlahRM427.2 bilion.



Kedudukan rizab yang lebih tinggi mencerminkan lebihan akaunsemasa yang berterusan dan kemasukan pelaburan langsungasingdana portfolio bukan pemastautin dan dana perbankanyang memberangsangkan.   
Berdasarkan Bajet 2014 yang dibentangkan pada Oktober lepas,pertumbuhan yang dipacu oleh pelaburan swasta dijangkameningkat sebanyak 12.7% dan permintaan eksport pulameningkat pada kadar 2.5%.  Oleh itukerajaan menjangkakanekonomi negara akan berkembang lebih kukuh pada kadar 5%hingga 5.5% tahun ini.  Selain itusektor pembinaan dianggarmeningkat pada kadar 9.6 peratus dan sektor perkhidmatan pulasebanyak 5.7 peratus
Kerajaan juga menjangkakan kadar pengangguran pada 3.1%dengan kadar inflasi pada 2%-3%  2014
Bagaimanapunpada hujung Disember 2013 kadar inflasi telahmula meningkat melebihi 3%.   Januari iniinflasi Malaysiaberada pada kadar 3.2%.  Standard Chartered Bank (StanChart) South East Asia Global Research melaporkan bahawa kadarinflasi dijangka mencapai 3.4% selama 9 bulan pertama tahunini
Di masa yang samaekonomi dijangka tumbuh sehingga 3.5%pada tahun ini berbanding 2.7% tahun lepas dan GDP jugadijangka tumbuh pada kadar 5.3% berbanding jangkaan awal4.7%.     
Malangnyalaporan dan angka positif nampaknya tidak dapatmenenangkan hati rakyat apabila harga barangan penggunameningkat daripada 2.9% pada November lalu kepada 3.2%tahun ini. 

Satu kajiselidik oleh Reuters menjangkakan harga baranganakan terus meningkat lagi.  Peningkatan ini adalah kesanlangsung dari langkah pengurangan subsidi oleh kerajaan. 
Selain itusejak Disember lepas, Ringgit Malaysia terus jatuhberbanding British Pound, US Dollar dan Chinese Renminbiyang mana menjadikan nilai import dari negara-negara tadimenjadi lebih tinggi.   

Keadaan menjadi lebih buruk apabila terdapat peniaga yangbertindak meningkatkan harga barangan sewenang-wenangnyasebagai mengambil kesempatan dari isu pengurangansubsidi.  Pihak pembangkang pula menangguk di air keruhdengan menjadi dalang bagi menambahkan lagi keresahanrakyat. 

Namun, di sebalik angka-angka dan keluhan serta rungutan yangdidengariseorang rakyat Malaysia pastinya berbohong jikamenyatakan yang beliau perlu melakukan perubahan drastikbagi mengimbangi kos kenaikan sara hidup pada hari ini

Dari apa yang dilihatwalaupun saban hari merungut mengenaiharga barang di laman-laman sosialhampir tiada seorang pundari mereka yang perlu melakukan apa-apa perubahan demimeneruskan kelangsungan hidup.  Dalam kata lainmerekamasih meneruskan rutin seperti biasaberborak di kedai mamakberjam-jam walaupun mulut mengomel yang harga teh tariksemakin mahal.  Sekali gusmembuktikan yang mereka mampumenangani kenaikan itu

Justeruwalaupun tiada kajian terperinci mengenai berapa ramairakyat Malaysia yang terpaksa menukar cara hidup bermulaawal tahun ini akibat kenaikan kos sara hiduptetapi kita tahubahawa keadaan sebenarnya tidaklah seburuk seperti yangdirungutkan

Hakikatnyakerajaan tidak mungkin akan terlepas pandangsekiranya rakyat benar-benar tertekan kerana ia pasti akanmemberi kesan buruk kepada kedudukan ekonomi negara secarakeseluruhan.  Sedangkankedudukan ekonomi negara amatlahmemberangsangkan.

Keadaan rakyat yang tertekan akan diterjemahkan melaluikedudukan institusi kewangan yang akan turut tertekan di manajumlah pinjaman tidak berbayar akan meningkat dan dayabelipengguna akan menurun sehingga peniaga kerugian.  Aktivitiekonomi seperti pembangunan dan perniagaan akan semakinperlahan dan mungkin terhenti terus.  Pengangguran pastinyameningkat sekali gusmenggandakan kesan rangkaian tadi
Kesan seperti ini telah dilihat berlaku ketika krisis ekonomi1997/98. 

Namunkesan seperti ini tidak berlaku pada hari ini.   Sepertiyang dikatakan tadiharga barangan yang meningkat masihtidak memaksa rakyat untuk mengubah cara hidup.   Inibermakna kenaikan yang berlaku berada di kadar yangbersesuaian dan tepat

Rakyat perlu memahami dan mengakui hakikat ini sebelum
menghalakan kemarahan kepada kerajaan.  Seharusnya rakyatmembantu kerajaan untuk memburu peniaga yang sengajamengambil kesempatan dengan menaikkan harga secara tidakmasuk akal dan bukannya turut membantu merekamemburukkan kerajaan. 

Kesimpulannyapeningkatan kos sara hidup adalah realiti,bukan fantasi.  Namunpeningkatan tersebut adalah pada kadaryang sesuai dan mampu ditanggung oleh rakyat Malaysia.  Olehitu adalah salah untuk kita menyalahkan kerajaan kerana apayang dilakukan oleh kerajaan adalah tepat iaitu meningkatkanpertumbuhan ekonomi negara tanpa menjejaskan rutin hiduprakyat.  
AMRAYY

Friday, 24 January 2014

KOT ETIKA WARTAWAN MAMPU ELAK PENULISAN MEDIA SIBER TERSASAR #amrayy

‘Generasi Y’ (berumur 15 hingga 35 tahun) adalah kelompok cekap dalam penggunaan teknologi maklumat (IT). Mereka cepat mengikuti perkembangan terkini komunikasi dan teknologi maklumat (ICT). 

Ia satu perkembangan baik untuk pembangunan negara. Namun, masalah timbul apabila golongan itu mudah terpengaruh dengan kandungan yang boleh meracuni pemikiran mereka.

Paling menggusarkan ialah kanak-kanak berusia 10 hingga 15 tahun turut dipengaruhi anasir tidak sihat itu. Buktinya, kita pernah dikejutkan dengan laporan Norton Online Family (2010) yang menyebut 90 peratus daripada 8.5 juta kanak-kanak dan remaja dalam lingkungan umur lapan hingga 15 tahun terdedah kepada unsur tidak sihat media siber.

Mengikut laporan itu secara purata, kanak-kanak dan remaja di Malaysia dalam lingkungan usia lapan hingga 15 tahun melayari internet 19 jam seminggu. Dari segi pemantauan ibu bapa, didapati hanya empat daripada 10 ibu bapa di negara ini yang mengawasi isi kandungan laman web diakses anak mereka.
Ibu bapa kurang ambil berat 
Hasil kajian itu diumumkan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat ketika itu, Datuk Seri Sharizat Abdul Jalil dalam ‘Seminar Perlindungan Kanak-Kanak di Alam Siber’ di Kuala Lumpur.

Ini menunjukkan ramai ibu bapa yang tidak memberikan perhatian serius terhadap penggunaan internet oleh anak mereka sehingga tidak menyedari ada anak mereka diracuni dengan bahan negatif yang terkandung di dalamnya.
Tidak dinafikan kemunculan internet mengubah corak atau landskap komunikasi serta menjadikan masyarakat kita lebih bermaklumat. Namun, di sebalik sisi positifnya, banyak pula sisi negatif yang disebarkan melalui internet termasuk bahan pornografi.

Elemen negatif itu boleh merosakkan tingkah laku generasi muda kita.

Penulis percaya antara punca menjadikan semakin ramai generasi muda tidak mengendahkan norma dan hak masyarakat, lekas meradang bila ditegur atau diberi nasihat, mudah agresif terhadap orang lain, berfikiran ganas, ‘anti establishment’, terpengaruh dengan amalan seks bebas dan pelbagai lagi tingkah laku negatif adalah berpunca daripada pengaruh internet.

Ini bermakna penggunaan internet secara tidak betul boleh menyumbang kepada ‘kemerosotan moral’ generasi muda kita.
Selain ibu bapa, mereka yang terbabit menyedia atau menyebarkan bahan negatif turut bertanggungjawab. Mereka mempunyai agenda merosakkan jiwa anak muda kita supaya menjadi golongan yang sentiasa memprotes, mengkritik dan mengeji perkara yang pada penilaian mereka mengekang kebebasan dan nafsu mereka. 


Golongan penentang tegar

Golongan ini juga diajar supaya menjadi penentang tegar apa juga usaha kerajaan walaupun ia baik untuk rakyat dan negara.

Sepatutnya mereka yang terbabit dalam menyedia isi kandungan media siber mengamalkan Kod Etika Kewartawanan supaya dapat menghasilkan maklumat bertanggungjawab, beretika dan profesional demi membentuk pemikiran dan jiwa generasi muda yang sihat dan membina.

Antara etika penting yang disebut dalam Kod Etika Kewartawanan Malaysia ialah wartawan hendaklah menyiarkan berita secara jujur serta membuat ulasan dan kritik yang saksama.
Mereka juga perlu mengelakkan hasutan, fitnah, menyemai kebencian dalam apa bentuk sekali pun serta menjauhi budaya ‘plagiarism’.

Kod etika itu juga menegaskan bahawa wartawan hendaklah mengelak dari menyiar artikel bersifat perkauman, melampau dan bertentangan dengan tatasusila masyarakat Malaysia termasuk menyiarkan bahan bersifat pornografi.

Mereka juga hendaklah memahami undang-undang yang ada kaitan dengan profesion mereka. Walaupun kod etika itu untuk profesion kewartawanan yang terbabit dalam media cetak dan elektronik, namun ia juga sesuai untuk diguna pakai pengamal media siber atau lebih dikenali “wartawan rakyat”. Ini termasuklah pemilik dan pengendali blog, facebook, twitter dan seumpamanya.

Kesimpulannya, ibu bapa mempunyai peranan cukup besar dalam mendidik, membimbing dan memantau anak-anak dalam penggunaan internet. Pengawasan dan pemantauan yang sewajarnya harus diamalkan ibu bapa supaya anak mereka tidak dirosakkan oleh isi kandungan internet yang boleh meracuni minda dan jiwa anak-anak.

Demikian juga “wartawan” internet atau pengamal media siber turut mempunyai peranan cukup besar dalam mencorakkan ‘konten’ atau isi kandungan yang mereka kendalikan.

Penulis ialah Penganalisis Media di Bahagian Penerbitan Dasar Negara, Kementerian Komunikasi dan Multimedia
AMRAYY

[VIDEO] KENYATAAN ANWAR TENTANG ISU JEPUN. #amrayy

Layan Bro.!!

Kesilapan Anwar Ibrahim ialah, apabila dia beranggapan kelonggaran syarat tersebut terpakai bagi dirinya juga. Apa yang Anwar Ibrahim terlupa, mereka yang pernah memasuki PENJARA tetap perlu memohon VISA untuk memasuki negara Jepun. Hal ini kerana kelonggaran syarat tersebut hanya terpakai bagi mereka yang bebas dari rekod jenayah atau rekod tahanan penjara.

AMRAYY

Harga Petrol RON 95 Hanya Akan Dijual Pada Yang Layak Sahaja.??


PETALING JAYA: Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor hari ini memaklumkan bahawa petrol RON95 hanya akan dijual kepada golongan yang layak sahaja.

Katanya untuk memastikan semua subsidi kerajaan dinikmati rakyat Malaysia yang layak sahaja, harga subsidi bagi RON95 dijangka hanya disediakan untuk golongan miskin.


Jelas Tengku Andan, pendekatan itu antara lain sebagai usaha mengurangkan perbelanjaan kerajaan dan dasar harga baru itu dijangka berkuatkuasa pada Mei atau Jun tahun ini.

"Kami mahu mengenakan kenaikan hanya kepada mereka yang mampu… seseorang mungkin memandu (Toyota) Alphard ataupun Mercedes (Benz) tetapi mereka masih menggunakan petrol RON95," katanya kepada pemberita.

Tambah beliau, mungkin mereka yang tidak layak untuk membeli petrol RON95 pada harga subsidi, hanya layak untuk membeli petrol RON97.

Pada masa ini harga RON95 adalah RM2.10 seliter (63 sen subsidi) dan harga RON97 adalah RM2.80.

Harga runcit RON97 ditetapkan berdasarkan apungan terurus dengan harga bulanan ditentukan kuasa pasaran.

Beliau bagaimanapun memberitahu pendekatan baru itu masih dalam kajian oleh Datuk Seri Abdul Wahid Omar dari Jabatan Perdana Menteri.

Tengku Adnan ditemui selepas majlis penyerahan 100 surat tawaran kepada penduduk yang layak untuk menyewa di projek perumahan kos rendah di Petaling Jaya.

Sumber : Astro Awani

AMRAYY

Thursday, 23 January 2014

#POLIS SEMAKIN GARANG.!! #amrayy

TIADA KOMPROMI TERHADAP PESALAH TRAFIK - DATUK MOHD BAKRI ZININ

Nilai, 23 Jan - Polis akan bertindak tegas tanpa kompromi
terhadap pesalah trafik bagi mengurangkan kemalangan jalan raya di negara ini, kata Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Mohd Bakri Mohd Zinin.

Beliau berkata pendekatan berteraskan penguatkuasaan menyeluruh digunakan memandangkan konsep advokasi dan kesedaran kurang memberi kesan kepada pengguna jalan raya.

"Kita akan menguatkuasakannya secara menyeluruh. Kita mengharapkan dengan penglibatan pelbagai agensi akan meningkatkan keberkesanan kempen untuk mengurangkan kemalangan jalan raya dan kerugian harta benda.

"Sebelum ini kita menggunakan pendekatan berhemah tetapi nampaknya tidak begitu berkesan. Kebanyakan kemalangan jalan raya di negara ini didapati berpunca daripada kecuaian dan oleh sebab itulah kita membuat penguatkuasaan menyeluruh," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Ops Selamat sempena
perayaan Tahun Baharu Cina di kawasan Rehat dan Rawat Seremban dekat sini, hari ini.

Ops Selamat berlangsung mulai hari ini sehingga 7 Februari.

Turut hadir pada majlis itu ialah Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan Datuk Seri Ismail Ahmad, Ketua Pengarah Jabatan Keselamatan Jalan Raya Malaysia Datuk Dr Tam Weng Wah, Pengarah Urusan PLUS Malaysia Berhad Datuk Noorizah Abdul Hamid serta Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Datuk Seri Salleh Mat Rasid.

Mohd Bakri berkata tindakan penguatkuasaan perlu diambil ke atas pesalah lalu lintas supaya mereka sedar pentingnya mengikut peraturan jalan raya demi keselamatan semua pihak.

"Banyak sudah kita berlembut dan sudah cukuplah di mana selepas ini kita mengambil tindakan tegas terhadap pesalah trafik. Sebagai contoh, had laju di satu-satu kawasan itu telah ditetapkan dan pengguna perlu mematuhi had laju berkenaan.

"Kita tidak akan kompromi dengan pengguna yang melakukan kesalahan seperti (melanggar peraturan) had laju, lampu isyarat dan garisan berkembar yang (boleh) menjurus kepada kemalangan jalan raya," katanya.

Katanya setakat ini 61 kawasan di jalan Persekutuan dan lebuh raya di kenal pasti sebagai kawasan kemalangan.

Sementara itu, beliau berkata fasa kedua Unit Rondaan Bermotosikal (URB) akan membabitkan 800 motosikal yang akan diagihkan ke seluruh negara untuk mewujudkan URB di setiap negeri. Dalam fasa pertama, 1,000 motosikal diagihkan.

Melalui URB, anggota unit ini bukan sahaja melakukan rondaan, malah mereka akan berinteraksi dengan penduduk setempat selain bertukar-tukar maklumat bagi mencegah kegiatan jenayah terutamanya jenayah pecah rumah. - BERNAMA
AMRAYY