Wednesday, 30 April 2014

Pelajar SMA Rawang maut selepas bergaduh dengan rakan


KUALA LUMPUR: Seorang pelajar tingkatan tiga Sekolah Menengah Agama Rawang dipercayai mati selepas terbabit dalam pergaduhan dengan rakannya di gelanggang bola tampar sekolah itu malam tadi.

Pelajar lelaki yang berumur 15 tahun itu dikatakan ditumbuk di muka sebanyak tiga kali sebelum mangsa terjatuh dan tidak sedarkan diri dalam kejadian 11.00 malam itu.

Timbalan Ketua Polis Selangor, Datuk Abdul Rahim Jaafar, berkata sebelum kejadian, mangsa dikatakan telah menuduh rakannya itu mencuri alat permainannya sebelum tercetus pergaduhan antara mereka.

"Mangsa dikatakan memukul rakannya dengan tangan sebelum suspek menumbuknya di muka sebanyak tiga kali menyebabkan mangsa terjatuh dan tidak sedarkan diri," katanya ketika dihubungi.

Beliau berkata, seorang rakan mangsa yang berada di tempat kejadian telah meminta bantuan warden asrama sekolah untuk membawa mangsa ke hospital tetapi mangsa meninggal dunia sejurus tiba di Hospital Selayang.

Abdul Rahim berkata, hasil siasatan mendapati tiada sebarang senjata tajam atau kayu digunakan oleh kedua-dua mereka.

Beliau berkata, rakan pelajar itu telah ditahan dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
"Namun punca sebenar kematian mangsa masih disiasat," katanya.

Sementara itu, Timbalan Menteri Pendidikan, P Kamalanathan, berkata Kementerian Pendidikan (KPM) telah menghantar pasukan khas bagi menyiasat kes kematian pelajar berkenaan.

Beliau berkata, kementerian merasa amat dukacita dengan insiden itu dan akan menjalankan siasatan sepenuhnya.

"Pasukan dari KPM telahpun diarahkan...pegawai kita sedang bekerjasama dengan pihak polis.

"Ia sudah menjadi kes polis, jadi biar polis jalankan siasatan, tapi di pihak KPM kita juga akan memastikan siasatan sepenuhnya dijalankan untuk mengetahui apa sebenarnya yang telah berlaku," katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis prapelancaran perayaan Hari Guru Peringkat Kebangsaan 2014 di sini hari ini.
- BERNAMA
P/S :Pelajar maut dipukul rakan.!! Pihak sekolah harus peka dalam kes buli. Aku dah pernah usulkan perkara ini dahulu..tukarkan guru yang telah lama berkhidmat, kerana kurang rasa tanggungjawab bila dah terlalu lama.!! dah mati baru nak menyesal.!! Jawablah.!!
AMRAYY


4 comments:

Anonymous said...

ko mari pulak tunggu sekolah nengok perangai anak ko serope setan tak boleh disentuh...tu pun kalu ko ada anak kalu tak ada jangan sembang

Anonymous said...

Ni mesti cekgunya.. gaji dah besar, duduk jelah, tak perlu ambil tahu..cukup bulan gaji beriban masuk..Rosak anak bangsa dapat guru macam ni..

batu pelangi said...

Kebanyakan pelajar2 yg bermasalah
berpunca dari RUMAH senang cakap
salah makbapak dan juga kembalikan
kuasa pada guru2 utk ambil tindakan
pada pelajar2 tapi mengikut peraturan yg telah ditetepkan. Garang pada tempatnya.

Anonymous said...

ajal di tangan Tuhan. Kalau Dia sudah cakap seseorang itu mati, maka matilah dia. Mungkin dia akan mati cara lain kalau bukan dengan cara itu. Dan lagi satu, kalau tidak tahu cerita sebenar, tolong jangan buat spekulasi sendiri. Kami hanya mohon doakan yang terbaik sahaja untuk kami dan mangsa serta suspek.

Artikel,Video Dan Foto Mungkin Membantu Anda Dalam Pencarian Maklumat..!!!