Monday, 28 April 2014

Barack Obama Akhiri Lawatan Rasmi ke Malaysia


SUBANG: #amrayylensa - Presiden Amerika Syarikat Barack Obama berlepas ke Filipina dengan pesawat Air Force One pukul 10.20 pagi tadi.

Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman dan Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin mewakili negara mengucapkan selamat jalan kepada Obama.

Sepanjang tiga hari berada di Malaysia, Obama mengadakan pertemuan empat mata dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, diraikan dalam satu jamuan negara, pertemuan dengan pemimpin muda ASEAN dan bertemu pemimpin badan bukan kerajaan.

Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama mengakhiri lawatan tiga hari di Malaysia hari ini.

Ia merupakan lawatan bersejarah dalam tempoh hampir 50 tahun selepas lawatan Presiden Lyndon Johnson pada 1966.

Pesawat Air Force One yang membawa Presiden Amerika itu berlepas pada kira-kira 10.20 pagi dari Pangkalan Udara Subang.

Antara pemimpin yang hadir mengucapkan selamat jalan kepada Obama ialah Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman serta Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin.

Selepas ini Obama berlepas ke Filipina, hentian terakhir dalam siri lawatan beliau ke empat negara Asia.

Terdahulu, beliau melawat Jepun dan Korea Selatan.

1 comment:

Anonymous said...

habis dana negara.berjuta juta.rakyat susah .ini lah cara kecurian dana negara era baru.ajak orang datang bukan tenguk rakyat yang miskin pun pakai dana negara sesuka hati kerna pengunaan dana sebegini rupa tidajk boleh ditanya dan tidak boleh disoal siatan boleh sapu harta negara.sapulah selagi mau kamu yang berugama islam akan menyumpah hingga kealam barzah

Artikel,Video Dan Foto Mungkin Membantu Anda Dalam Pencarian Maklumat..!!!