Persoalan itu sekaligus mendorong saya menghubungi kenalan, doktor hospital kerajaan.
Kakitangan Jabatan Pesakit Luar di hospital kerajaan, dianggarkan merawat purata 1,000 pesakit setiap hari. Dicongak, 40% daripada mereka, warga asing dari pelbagai negara di dunia. Saya dimaklumkan, sejak penguatkuasa Jabatan Imigresen ditugaskan di hospital kerajaan, bilangan pesakit warga asing mendapatkan rawatan dilaporkan BERKURANGAN secara drastik.
Kakitangan Jabatan Imigresen dan pihak pengurusan hospital kerajaan mengetahui FAKTA itu.
Mengapakah senario itu berlaku?
Jawabannya amat mudah. Majoriti daripada warga asing menyalahgunakan dokumen atau tidak memiliki dokumen perjalanan sah tentunya berasa gentar untuk ke hospital kerajaan kerana bimbang diberkas oleh penguatkuasa Jabatan Imigresen melakukan pemeriksaan.
Biar saya kongsikan fakta.
"Apakah antara servis disediakan oleh hospital kerajaan?," soal saya kepada doktor itu.
"Pelbagai. Antara servis itu, pemeriksaan darah, ujian air kencing, memasukkan air ke dalam badan, drip. Semua servis itu sediakan untuk rakyat tempatan dengan bayaran RM1 sahaja. Mereka sememangnya layak kerana pesakit warganegara Malaysia," kata doktor itu.
"Bagaimanakah pula kadar bayaran dikenakan kepada warga asing?," soal saya lagi.
"RM15 sahaja. Lebih istimewa, warga asing memiliki kad UNHCR diberikan diskaun 50%. Maksudnya, untuk mengecapi semua servis di hospital kerajaan, mereka hanya membayar RM7.50 sahaja. Jadi tidak hairan apabila hospital kerajaan menjadi tumpuan warga asing di Malaysia pada setiap hari. Majoriti mereka menuntut untuk mendapatkan servis dan rawatan maksima dengan bayaran terlalu murah. Begini perbandingannya. Jika mereka membuat ujian darah di klinik swasta, bayaran lazim RM35, ujian air kencing RM15 manakala untuk drip, bayaran mencecah RM120," jawab beliau.
Maklumat mengenai kad Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu Bagi Orang Pelarian, UNHCR itu menarik perhatian saya.
"Kami, petugas di hospital kerajaan kekadang keliru dengan status UNHCR itu. Rekod kami menunjukkan, warga China, Sri Lanka, Syria, Indonesia, semua mendakwa memiliki kad UNHCR, dikategorikan sebagai 'orang pelarian' atau refugees, supaya mereka berpeluang mendapat rawatan dengan kadar amat amat murah berbanding bayaran dikenakan oleh klinik dan hospital swasta. Kalau warga Malaysia, kami tidak kisah sebab itu hak mereka, diperuntukkan oleh kerajaan kita. Memualkan, sebilangan mereka juga bersikap kurang ajar dan memarahi kakitangan bertugas," komen doktor sama.
Maram Ali Omar, 25 tahun dan Takani Qaik Abdul Ghani, antara pesakit pernah berkunjung ke hospital kerajaan. Mereka berdua, pemilik kad UNHCR. Justeru hanya perlu membayar RM7.50 sahaja untuk pelbagai servis dan rawatan disediakan di hospital kerajaan.
Cuba teliti dokumen di atas.
Mereka tinggal di Sky Villas, Serdang, Seri Kembangan, Selangor. Penempatan berstatus 'service apartment' dilengkapi pengawal keselamatan dan kolam renang. Kadar sewa se unit apartmen, di antara RM800 dan RM1,2000 sebulan.
Klik KLIK SINI
Kesimpulannya, mereka tidak layak untuk mengecapi servis dan rawatan di hospital kerajaan. Masih ramai lagi warga Malaysia, hidup susah dan menagih bantuan ditawarkan oleh hospital kerajaan. Usah berasa hairan, jika katil di wad hospital dibanjiri oleh warga asing sekaligus menyempitkan peluang rakyat Malaysia untuk dirawat.
Adakah kerana menyedari hakikat itu, Jabatan Imigresen bertindak menempatkan penguatkuasa di hospital kerajaan? Kementerian Kesihatan Malaysia, KKM terlepas pandang mengenai kes ini? Berapakah pula bilangan warga asing telah merampas hak rakyat tempatan selama ini?
Sebilangan pembaca mungkin mengetahui, warga Rohingya dan Myanmar antara warga asing diberikan status pelarian oleh UNHCR.
Bagi memastikan hak rakyat tempatan tidak terus diragut, molek sekiranya Jabatan Imigresen berkongsi dengan kakitangan hospital kerajaan, senarai negara kini rakyat dikategorikan sebagai 'orang pelarian' di Malaysia.
In Sha Allah, dalam tempoh terdekat, saya akan kongsikan pelbagai lagi informasi menarik berhubung kaedah penyalahgunaan kad UNHCR untuk warga asing terus menikmati perkhidmatan ditawarkan kepada rakyat Malaysia.
SUMBER : wwwdulakmal.com.mazi
P/S : Maklumat sebegini harus diambil berat oleh agensi kerajaan. Negara kita telah lama menanggung kerugian oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Jangan biarkan negara kita diperbodohkan oleh warga asing.!!
LAGI CERITA KLIK SINI
LAGI CERITA KLIK SINI
AMRAYY
4 comments:
sendiri yg bodoh pergi sokong umno bn tu buat apa dah tau pemimpin umno bn bela pendatang padan muka dng rakyat malaysia
Kawasan perumahan kampung setinggan di BUKIT KUDA KLANG (sekitar petronas bukit kuda klang, Jalan Batu Tiga Lama & Jalan Dato' Mohd Sidin) banyak penempatan PENDATANG ASING TANPA IZIN..MOHON TINDAKAN OLEH PIHAK IMIGRESEN, POLIS & KDN.
Kenapa ini semua bolih terjadi........RASUAH!
Anonymous, telah mencerminkan sikap pembangkang yg bodoh dan bebal.!! Posting ini bertujuan kita sesama rakyat Malaysia harus bersama memikul tanggungjawab ini..Negara kita,kita sama-sama jaga, bukan menjahanamkan lagi. Kalau pandai sangat sumbang idea dan pandangan supaya sama-sama kita membantu memajukan negara ini bukan fitnah dan persepsi murah yang harus dilemparkan kepada kerajaan.!
Post a Comment