GST
#amrayylensa - RANG Undang-Undang Cukai Barang dan Perkhidmatan diluluskan di Dewan Rakyat pada 7 April lalu dan akan mula dilaksanakan mulai 1 April 2015.Tinjauan di laman-laman sosial mendapati ramai rakyat Malaysia tidak memahami kepentingan melaksanakan cukai barang dan perkhidmatan (GST) dan implikasi sebenar pelaksanaannya.
Antara salah faham ialah GST adalah satu cukai baru yang akan menyebabkan kenaikan harga barangan dan perkhidmatan secara mendadak dan mengakibatkan peningkatan kos sara hidup rakyat.
(KLIK UNTUK IMEJ YANG LEBIH JELAS)
(LIHAT CARTA KIRAAN SEBENAR GST)
Pengenalan GST juga dianggap sebagai satu langkah untuk mengikut trend semasa memandangkan sudah lebih 160 negara mengguna-pakai GST dan ini dilaksanakan tanpa kajian mendalam tentang beban yang ditanggung oleh rakyat.
Tanggapan negatif tentang GST ini timbul kerana kurang pemahaman tentang bidang percukaian, perakaunan sektor awam dan asas ekonomi. Ini diburukkan lagi dengan momokan segelintir pihak yang tidak bertanggungjawab menyebarkan maklumat separuh benar kepada masyarakat berkaitan implikasi GST terhadap kos sara hidup.
BENARKAH GST CUKAI BARU?
GST sememangnya adalah cukai yang baru diperkenalkan di Malaysia. Namun begitu pelaksanaannya menyebabkan dua jenis cukai lain dimansuhkan. Pada masa ini, cukai dikenakan kepada barangan dan perkhidmatan melalui dua akta iaitu Cukai Jualan 1972 (Akta 64) dan Cukai Perkhidmatan 1975 (Akta 151), yang mana kedua-duanya dipungut oleh Kastam.
Rata-rata masyarakat tidak membincangkan tentang implikasi apabila kedua-dua cukai jualan dan cukai perkhidmatan ini dimansuhkan, tetapi lebih fokus kepada melihat kesan satu hala GST terhadap kos barangan dan perkhidmatan.
Cukai jualan (10%) umumnya dikenakan ke atas barangan yang dikilangkan di Malaysia atau diimport, dan dibayar oleh pengeluar atau pengimport yang mempunyai hasil tahunan RM100,000 ke atas. Cukai ini diserap ke dalam harga barangan yang dijual kepada pengguna. Manakala cukai perkhidmatan (6%) dikenakan ke atas perkhidmatan khas seperti perkhidmatan hotel (lebih dari 25 bilik), insurans, telekomunikasi, khidmat profesional akauntan, peguam, jurutera dan arkitek, outlet makanan dan minuman dan lain-lain lagi.
Cukai perkhidmatan yang dikenakan kepada pengguna jelas dinyatakan di dalam bil atau resit bayaran, berbeza dengan cukai jualan yang tersembunyi dan tidak disedari oleh pengguna.
Secara tepatnya, rakyat Malaysia membayar cukai yang lebih tinggi di dalam sistem sedia ada. Pertukaran kepada model GST Malaysia, bukan sahaja perlu untuk mentransformasi sistem cukai negara ke arah yang lebih adil, malah ia perlu kerana sistem sedia ada yang bersifat 'single-tier' sangat terdedah kepada risiko pelarian cukai yang merugikan negara.
ADAKAH GST MENYEBABKAN KENAIKAN HARGA?
Penggunaan sistem cukai GST bagi menggantikan cukai jualan dan cukai perkhidmatan berupaya menangani masalah cukai bertindan yang mana akan mengurangkan beban cukai pengguna. Contoh jelas diterangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semasa pembentangan Bajet 2014 di mana jika pengguna membeli minuman berkarbonat di restoran, mereka akan dikenakan cukai bertindan iaitu, cukai jualan yang diserap ke dalam harga minuman serta cukai perkhidmatan yang tertera di atas resit jualan.
Dengan GST, masalah seperti ini tidak berlaku kerana pengguna akan hanya dikenakan satu jenis cukai sahaja. Harga barangan akan menjadi lebih murah akibat pemansuhan cukai bertindan ini.
Bagi barangan dan perkhidmatan yang tidak dikenakan cukai jualan dan cukai perkhidmatan sebelum ini, kenaikan harga barangan akan berlaku. Namun begitu, kerajaan mewartakan sejumlah barang dan perkhidmatan yang dikecualikan GST. Ia termasuk makanan barangan asas seperti beras, gula, garam, tepung, minyak masak dan lain-lain lagi.
Justeru, boleh disimpulkan akan ada barangan dan perkhidmatan yang naik, turun dan tidak berubah. Secara amnya, kesan berikut boleh dirumuskan. Oleh itu tidak adil untuk kita merumuskan GST akan mengakibatkan kenaikan harga barangan dan perkhidmatan.
ADAKAH GST LANGKAH TERGESA-GESA?
Anggapan bahawa langkah memperkenalkan GST oleh kerajaan adalah tergesa-gesa adalah salah sama sekali.
Menyedari akan kepentingan dan manfaat GST, kerajaan telah mengumumkan cadangannya semasa belanjawan 2005, namun pelaksanaannya telah ditangguhkan. Dalam melaksanakan GST, kerajaan menubuhkan Panel Penilai Cukai (Tax Review Panel) yang dianggotai oleh pakar-pakar percukaian dari sektor awam dan swasta.
Panel ini menjalankan kajian meliputi pelbagai aspek GST dan undang-undang antaranya ialah Goods and Services Tax 1985 (New Zealand), Value Added Tax Act 1994, (United Kingdom), Goods and Services Tax 1991 (Kanada), dan Value Added Tax Act 1992 (Thailand).
Hasil kajian mendapati bahawa GST akan menjana ekonomi negara yang lebih mapan dengan peningkatan nilai eksport sebanyak 0.5% disebabkan harga barangan eksport akan jadi lebih kompetitif dan murah. Kadar keluaran dalam negara kasar (KDNK) dijangka naik sekitar 0.3%.
ADAKAH GST ABAIKAN RAKYAT?
Peningkatan defisit dalam belanjawan negara setiap tahun adalah perkara yang membimbangkan. Sekiranya ia tidak dikawal, ekonomi negara akan merudum dan kehidupan selesa yang dinikmati oleh rakyat pada masa ini akan terjejas. Justeru itu, GST yang bersifat multi-tier dan dengan skop cukai yang luas akan menjadi sumber baru pendapatan negara.
Namun begitu, ini tidak bermakna rakyat terutamanya yang berpendapatan rendah akan terbeban dengan cukai ini. Bagi menjaga kebajikan rakyat, seiring dengan pengenalan GST, kerajaan memperkenalkan beberapa langkah utama. Antaranya bantuan RM300 akan diberikan secara one-off kepada penerima isi rumah BR1M.
Lebih menarik lagi, kadar cukai pendapatan individu akan dikurangkan satu hingga tiga mata peratusan. Ini menyebabkan pendapatan boleh guna akan meningkat dan dijangka seramai 300,000 orang tidak perlu lagi membayar cukai. Hakikatnya, pendapatan dari GST ini jugalah yang akan dikembalikan kepada rakyat melalui bantuan sosial seperti BR1M. Dengan faedah-faedah yang diperolehi ini, adilkah jika kita simpulkan bahawa GST akan membebankan golongan berpendapatan rendah?
GOLONGAN PERTENGAHAN DAN IKS DIPINGGIRKAN?
Golongan kelas pertengahan yang bijak akan dapat memperolehi manfaat daripada pengenalan GST dengan mengambil inisiatif merancang dan mengawal perbelanjaan. Beban mereka juga akan diringankan dengan pengurangan cukai individu dan penambahan pendapatan boleh guna oleh kerajaan.
Peniaga industri kecil dan sederhana (IKS) yang memperolehi hasil jualan kurang dari RM500,000 setahun pula dikecualikan daripada mendaftar sebagai syarikat berdaftar GST serta tidak perlu mengutip dan membayar GST. Ini akan memastikan perniagaan mereka berdaya saing dan mampu menarik lebih ramai pelanggan.
SEMUA BARANGAN DAN PERKHIDMATAN KENA GST?
Salah satu salah faham berkaitan GST ialah semua barangan dan perkhidmatan akan dikenakan cukai GST. Hakikatnya terdapat tiga kategori barangan iaitu bekalan dikenakan cukai, bekalan cukai sifar dan bekalan dikecualikan cukai. Bekalan dikenakan cukai ialah barangan dan perkhidmatan yang dikenakan cukai, yang mana semua barangan dan perkhidmatan yang dijual dikenakan GST (output tax).
Jumlah output tax ini boleh ditolak dari input tax (GST dari pembelian barangan dan perkhidmatan tersebut). Bekalan cukai sifar pula ialah barangan dan perkhidmatan yang tidak tertakluk output tax, namun peniaga boleh menuntut input tax. Bekalan cukai sifar ini merangkumi barangan asas keperluan isi rumah seperti bahan asas makanan, hasil pertanian, bekalan ternakan.
Dalam masa sama, kerajaan juga mewartakan sejumlah barangan dan perkhidmatan yang dikecualikan dari GST. Antaranya ialah tanah dan kediaman, pengangkutan awam, pendidikan, perkhidmatan kesihatan, perkhidmatan kewangan, caj tol lebuh raya serta perkhidmatan awam. Ini adalah bagi memastikan bahawa kebajikan dan kepentingan rakyat Malaysia terpelihara dan tidak dibebankan dengan GST.
Di sebalik salah faham tentang implikasi GST, terdapat banyak faedah pelaksanaannya. Ia akan lebih ketara dalam jangka masa panjang. Belajarlah daripada pengalaman negara-negara maju seperti New Zealand yang memperkenalkan model GST sejak 1986 lagi. Walaupun kadar GST mereka ialah 15%, namun kehidupan dan kebajikan rakyat sentiasa terjaga.
Pelaksanaan GST membolehkan lebih banyak pengagihan hasil negara kepada golongan berpendapatan rendah, seterusnya menjadikan jurang ekonomi antara rakyat semakin kecil.
PENULIS ialah Pensyarah Kanan, Fakulti Perakaunan, Universiti Teknologi Mara, Merbok, Kedah
P/S : Artikel ini serba sedikit boleh memperjelaskan kecelaruan masyarakat Malaysia yang masih tidak faham kebaikan GST..
copypaste
AMRAYY
2 comments:
mari kita tengok lepas perlaksanaan ni, sama ada barang akan naik atau tidak...itu yang penting.. soal mansuh dua cukai lain atau lebih cukai yg pintar, kita akan tengok,
dengan kerajaan yang ada sekarang bukan salah rakyat untuk buruk sangka sentiasa...
Maaf nak mencelah.. Sebagai seorang warga Malaysia yang prihatin Dan berketurunan Jawa, saya sedih sangat tengok hidup rakyat Malaysia sekarang.. Sampai Mati pun hutang Tak langsai, kiri kanan kene cukai, depan belakang kene sondol jentolak... Senang kata Serba serbi Tak penah senang. Memang Kita nampak orang senang, kaya, rumah besar, taip Sebenarnya Tak menikmati hidup pun...
Lagikan golongan berpendapatan sederhana, kerja untuk teruskan hidup.. Sambil dalam hati cakap, " aduhh... Hari2 makin teruk, duit pun makin kecik, kene cukai taip hari lagi... Aduh..."..
Orang yang miskin pendapatan kurang RM50 sehari pulak macam Kai's pagi makan malam...
APA kejadahnya cakap ekonomi makin baik macam ni? Apa kejadahnya nak buat Malaysia sebagai negara berpendapatan tinggi kalau g pasaraya bawak RM50 cuma dapat beras 10kg, 2kg gula, 2 kg tepung, garam, Dan 5 kg minyak je???
Kalau macam ni, lupakan impian2 murni tu. Sebab kalau nak tengok, Indonesia yang paling dekat dengan Kita, gaji 5juta, 10juta!!!! Wahhhhh! Sangat tinggi gajinya pak oiiii.. Setiap bulan gaji juta2!! Hahahahahaha... Taip??? Fikir2kan lah..
Apa rasanya jadi pemimpin atau ketua? Best... Sebab? Semua benda boleh arahkan orang buat untuk Kita.. Kita nak panjat ke pasaraya atau pasar basah utk beli barang keperluan hidup? Ahh, buat apa, orang gaji ada kan, stock barang makan pun orang lain hantar ke rumah kan?? Paling2 kalau nak g shopping sendiri pun, ke iSetan je la... Barang berkualiti.. ( tapi harga pttuihhh, mahal. Orang macam dia kata murah la..)..
Yang Kita yang duit ceciput no, g la tesco, beli la barang yang Dah nak expired sebab dapat harga clearance, beli la ikan yang Dah berbau Dan lembik kat tesco, rendam la dengan air beras Dan air tepung bagai, goreng garing3... Hahhahahaha... Sedih Tak? Sape kene macam ni, confirm menitik air mata. Sapa Tak kene cakap la Kita kedekut, berkira, tak pandai memilih, Dan sebagainya.. Kepala Hotak Korang!!!!
Orang macam kami ni tiap hari nak kene pikir bajet, nak kalau boleh dengan duit yang sikit, bolehlah beli barang kasi penuh peti a is untuk anak isteri.. Orang atas ada kene macam kami ke???
Korang paham Tak, nilai RM makin Tak ada value? Paham Tak? Sehari untuk duit makan je Dah nak habis RM30 untuk satu family sederhana. Dah kalau gaji 3000 (kononnya gaji 3k ni Dah keluar Dari taraf miskin la), 1000 untuk makan, rumah Dan kenderaan RM1000 ( amik kira rumah sewa rm500 Dan keta nasional je. Sapot la barang buatan Malaysia?), minyak, anak2, entertainment, Mak ayah kat kampung? What is the value for that 3000 per month?? U all Tak rasa because Y? Expenses korang sehari pun Dah lebih Dari duit gaji orang kebanyakan yang keje separuh mampus selama sebulan..
Lepas tu, syorkan orang Malaysia berniaga... Hahahahahahahahaha... Yang ni Dah malas Dah nak cakap, pikir atau sambungkan sendiri la benda ni ... Nak g pasaraya tesco, biasanya tengahari macam ni, sayur2 semalam dengan ikan2 semalam yang Dah lembik skit, dengan ayam yang Dah kaler pucat dikeluarkan.. Bawak RM15 je. Cukuplah boleh beli lauk utk 2 hari.. Kesian anak mintak ayam tadi. Isteri teringin ikan pulak, biasa ikan bilis goreng bercili jek.. Murah betul barang sekarang no, RM15 boleh dapat ikan, sayur, ayam... Hahaha... Bau ke, Dah rosak ke, Dah Tak fresh ke, Takper... Janji makan Tak mati sudahlah.. Yang sayur2 hijau Dan organik tu, biarla pemimpin yang makan, biar diorang dapat khasiat Dan sentiasa sihat.. Yang ikan2 Segar tu, biarlah pemimpin yang makan, diorang perlu lebih protein untuk memikirkan hala tuju negara dan kebajikan masyarakat.. Yang ayam2 Segar tu, takperlah.. Lagipun kurang2kanlah makan ayam, injek ubat Dan kolesterol pun tinggi..
Raging fresh... Hemmm, raya haji nanti ada rezeki dapatla sekilo dua.. Sekarang ni beli je la daging kotak sebulan sekilo.. Yang tenderloin semua, biarlah pemimpin Dan atasan sana yang makan, biar diorang bertenaga Dan agresif buat kerja untuk Kita...
Takpe.. Allah Maha Mengetahui Dan Maha Mendengar....
Post a Comment