Generasi kita disogokkan dengan gambaran bahawa Melayu adalah ketinggalan zaman dan kolot. Sejarah kegemilangan kita sengaja dihitamkan oleh penjajah Barat pro Zionis, disokong para pemikir Orientalis.Mereka amat berkuasa menentukan arah hala-tuju sosio-politik dunia di samping mengawal kurikulum pelajaran sejagat lalu menulis sejarah termasuk tentang tanah-air kita mengikut kaca-mata dan kepentingan mereka sahaja. Rangkaian Zionis serta sekutu mereka yang bergerak di balik tabir sambil memakai pelbagai topeng untuk meneruskan penipuan ini kerana memang mahukan umat Islam sentiasa rasa kerdil dan celaru jatidiri akibat kurang faham hakikat asal-usul kita yang sebenar.
Sejarah kita direkodkan bermula pada 1403 dengan kewujudan Kerajaan Melayu Melaka. Hanya baru-baru ini beberapa cendiakawan kita berjaya membongkar dan mengesahkan Kesultanan Melayu Melaka sebenarnya bermula lebih awal iaitu pada tahun 1262. Bagaimana dengan kerajaan-kerajaan Melayu lainnya yang lebih awal dari Melaka? Mungkinkah telah wujud kerajaan hebat lainnya dan Melaka hanyalah salah sebuah kerajaan lain di dalam kerajaan yang lebih hebat atau mungkinkah Melaka mewarisi kehebatan kerajaan Melayu lainnya?
Kesultanan Melayu Melaka dikatakan tewas di tangan Portugis pada tahun 1511 kerana berperang dengan serba kekurangan. Apakah istimewanya keris, tombak, panah dan pedang kalau nak dibandingkan dengan pistol, senapang dan meriam. Kita juga digambarkan sebagai bangsa yang pemalas dan tinggal di atas pokok. Begitulah bersungguhnya mereka menghilangkan jatidiri bangsa kita.!
AMRAYY
No comments:
Post a Comment