Wednesday, 18 December 2013

ISU KENAIKAN HARGA TOL RANCAK DIPERBINCANGKAN DI LAMAN MEDIA SOSIAL. BR1M MACAM MANA?? @NajibRazak

KADAR KENAIKAN HARGA TOL SEBELUM DAN SELEPAS DINAIKAN.

-LEBUHRAYA SUNGAI BESI BESRAYA RM1.30 to RM2.00

-LEBUHRAYA BARU PANTAI (NPE) RM1.60 TO RM2.00

-LEBUHRAYA DAMASARA/PUCHONG (LDP) RM1.60 TO RM2.10

-LEBUHRAYA BERTINGKAT AMPANG (AKLEH) RM1.50 TO RM2.50

-LEBUHRAYA KAJANG (SILK) RM1.00 TO RM1.30

-LEBUHRAYA KL-PUTRAJAYA (MEX) RM2.50 TO RM3.50

-LEBUHRAYA KAJANG-SEREMBAN (LEKAS) RMRM1.90 TO RM2.30

-LEBUHRAYA TRAFIK KL BARAT (SPRINT) RM1.50 TO RM2.50

-PANTAI RM1.50 TO RM2.50

-DAMASARA RM1.00 TO RM1.50

-KIARA RM2.00 TO RM3.00

-LEBUHRAYA LEBAH KLANG SELATAN (SKVE) RM14.96c/KM TO 16.46c/KM

-LEBUHRAYA KORIDOR GUTHRIE (GCE) RM1.40 TO RM1.90

-LEBUHRAYA SMART RM2.00 TO RM3.00

-LEBUHRAYA UTARA SELATAN (PLUS) KEKAL
Sumber dari blog DaengSelili klik sini
Antara Facebook yang rancak membincangkan isu-isu semasa ketika ini. 
1. Ramadhan Ramli klik jer
Setelah aku berbual dengan rakan-rakan blogger 30 minit yang lalu tentang isu-isu semasa yang sedang dimainkan oleh blogger Pro PR dan Pro BN..Kini aku bersyukur dimana aku berdiri sekarang.!!

Oh ya.. terlupa lak.!!Jika  anda berminat dengan maklumat BR1M klik jer kat sini


Borang permohonan BR1M 2014 boleh didapati di pejabat cawangan dan pusat khidmat Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Jabatan Pembangunan Persekutuan dan Jabatan Kebajikan Masyarakat atau dimuat turun melalui laman web LHDN di www.hasil.gov.my.

Pembayaran akan dibuat kepada yang layak bermula Februari dan BR1M 2014 dijangka memberi manfaat kepada 5.9 juta isi rumah serta dua juta individu bujang.

Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh menghubungi talian hotline 1-800-88-2716 yang dibuka mulai 23 Disember ini, dari Isnin hingga Jumaat bermula 9 pagi hingga 5 petang.

Ketika pembentangan Bajet 2014, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata pemberian BR1M 2014 kepada isi rumah berpendapatan bulanan RM3,000 ke bawah akan dinaikkan daripada RM500 kepada RM650, manakala untuk indvidu bujang berusia 21 tahun dan ke atas dengan pendapatan tidak lebih RM2,000 sebulan dinaikkan sebanyak RM50 kepada RM300.

Selain itu caruman Insurans Takaful Berkelompok Rakyat 1Malaysia atau i-BR1M bernilai RM50 akan diberi kepada semua penerima isi rumah BR1M bagi memberi perlindungan maksimum sehingga RM30,000 kepada penerima sekiranya berlaku kematian atau hilang upaya kekal.

Warga emas berusia 60 tahun ke atas dan tinggal sebatang kara juga akan menerima kenaikan jumlah bantuan daripada RM500 kepada RM650. - Bernama
AMRAYY

No comments:

Artikel,Video Dan Foto Mungkin Membantu Anda Dalam Pencarian Maklumat..!!!