Sunday, 15 December 2013

BERTEMU PENULIS BUKU TERKENAL DARI IRAN DI JANDA BAIK

Manusia yang paling bodoh, adalah manusia yang 2 kali dipatuk ular yang sama di dalam lubang yang sama.!! #uncleseekers #santai #Lifestyle
Kata-kata ini adalah nasihat dari Uncle kepada aku, supaya sentiasa beringat dimasa-masa akan datang. Terima kasih Uncleseekers.!!!
Feireydon bersama penulis

#Santai #Uncleseekers #JandaBaik Bersama dgn penulis buku terkenal dari Iran Feireydon 65. Beliau menceritakan pengalamannya menjadi penulis dan menjadi Photographer sewaktu beliau terlibat dalam perang antara Iran dan Iraq. Banyak juga photo2 menyayat hati yg beliau abadikan dan tunjuk dgn sy sewaktu beliau bertugas semasa peperangan Iran Iraq berlaku. Dari riak wajahnya sy berpandangan kerinduan beliau terhadap sahabat2nya yg mati syahid di medan perang tidak akan dilupakan.!! Semoga roh2 mereka yg syahid di tempatkan dikalangan org2 yg beriman.!! Amin.!!
Terima kasih kepada Uncleseekers kerana menghadiahkan aku senaskah Al Qur'an dalam bentuk terjemahan cara Lafzhiyah. 
Layan..

Perang Iran-Iraq
Perang Iran-Iraq juga dikenali sebagai Pertahanan Suci dan Perang Revolusi Iran di Iran, dan Qadisiyyah Saddam (قادسيّة صدّام,Qādisiyyat Saddām) di Iraq, adalah perang di antara Iraq dan Iran yang bermula pada bulan September 1980 dan berakhir pada bulan Ogos 1988. Umumnya, perang ini dikenali sebagai Perang Teluk Parsi sehinggalah Konflik Iraq-Kuwait tercetus pada awal 1990-an, dan untuk beberapa ketika dikenali sebagai Perang Teluk Parsi Pertama.

Peperangan ini bermula apabila Iraq menceroboh sempadan Iran pada 22 September 1980 berikutan perbalahan sempadan yang berterusan dan juga desakan penggulingan rejim Saddam Hussein. Walaupun kerajaan Iraq tidak mengeluarkan sebarang amaran rasmi perang, tenteranya gagal dalam kemaraan mereka di Iran dan akhirnya serangan mereka berjaya ditangkis Iran. Sungguhpun Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu menyeru untuk gencatan senjata, pertempuran tetap berterusan sehingga 20 Ogos 1988. Manakala, tawanan perang terakhir ditukar pada tahun 2003.

Kesan peperangan mengubah politik serantau dan dunia. Ia juga turut menyaksikan penggunaan senjata kimia oleh tentera Saddam ke atas pasukan Iran dan juga etnik Kurdish Iran.

P/S : sekadar mengimbas kembali sejarah peperangan yang meragut nyawa manusia..

AMRAYY

No comments:

Artikel,Video Dan Foto Mungkin Membantu Anda Dalam Pencarian Maklumat..!!!