Friday, 2 August 2013

Hukum orang Islam bela anjing. Apa kata ulama?


Hukum orang Islam bela anjing. Apa kata ulama?
KUALA LUMPUR: Para ulama menerangkan bahawa seseorang Islam itu boleh memelihara anjing dengan bersebab dan haram hukumnya jika dibela sebagai binatang peliharaan.
Beberapa penjelasan oleh beberapa ulama mengenai hukum membela anjing ini ada dimuatnaik di dalam Youtube.
Antaranya adalah Ustaz Azhar Idrus yang
Namun begitu sekiranya seseorang Islam itu membela anjing, dia perlu mengikut cara-cara yang telah ditetapkan oleh Islam.
menyatakan bahawa anjing adalah haiwan yang mempunyai hukum dan tafsirannya di dalam Islam. Ia adalah binatang yang tidak diharamkan untuk dibela dan tidaklah wajib dibela.



Ustaz Rasul Dahri juga videonya menyatakan bahawa membela anjing hukumnya harus jika bertujuan seperti menjaga ternakan dan harta, petunjuk jalan, memburu dan menjaga rumah seperti yang telah dijelaskan dalam hadis sahih.
Ustaz Rasul Dahri turut menjelaskan sebab-sebab mengapa dilarang memelihara anjing sebarangan.


Di bawah beberapa ulasan dari ulama mengenai isu ini.

AMRAYY

1 comment:

RIZAL@BUYONG.INC said...

Assalam

Tolong berhati2 menerbitkan video/ceramah dari insan bernama Rasul Dahri kerana ada sesetengah tulisan (buku) beliau sendiri telah diharamkan oleh Jakim atas alasan tidak selari dengan pendapat Ahli Sunnah Wal Jamaah.

rujuk
http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-negeri/pengharaman-buku-buku-tulisan-saudara-rasul-dahri-yang-telah-diperakui-haram-0

Artikel,Video Dan Foto Mungkin Membantu Anda Dalam Pencarian Maklumat..!!!