3:08PM Apr 28 2013
Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata calon PAS Putrajaya Datuk Husam Musa, yang juga anggota exco dalam kerajaan sementara PAS di Kelantan, sepatutnya menyelesaikan masalah negeri berkenaan sebelum menjadi calon di pusat pentadbiran negara itu.
"Sehingga itu, duduk diam-diam di Kelantan. Itu tempat anda. Perbaiki tempat anda dan contohi presint Putrajaha. Bina pejabat yang baik dan rumah untuk orang tempatan yang bekerja dalam sektor awam,” kata Mahathir.
Tengku Adnan memenangi kerusi tersebut dengan majoriti 2,734 undi dalam pilihan raya umum 2008.
Pengundi Putrajaya kini berjumlah 15, 798 orang, meningkat kepada hampir 140 peratus yang kebanyakannya merupakan penjawat awam.
Oleh yang demikian, golongan berkenaan, dan juga kawasan Putrajaya secara umumnya dianggap sebagai kawasan penyokong BN.
Dalam ceramah di Putrajaya itu, Mahathir juga membandingkan negeri Kelantan, yang diberi nama jolokan Serambi Mekah, dengan Putrajaya dan Kuala Lumpur yang menurutnya dicemburui masyarakat Islam dunia.
Mahathir seterusnya mempersoalkan sama ada Kelantan layak digelar negeri Serambi Mekah sedangkan bekalan air di negeri tersebut “tidak boleh diminum”.
Dalam ucapannya kepada 1,000 orang itu, Mahathir juga menggesa agar pengundi memastikan Husam tewas dalam pilihan raya umum 5 Mei.
Majlis itu berlangsung susulan kehadiran lebih 6,000 orang di ceramah yang turut disertai Husam dan mursyidul am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dalam Jumaat malam lalu.
sumber ;malaysiakini
3 comments:
inikalilah...takbirrrr
Pundeklah Mamak. Kalau air di Kelantan tak boleh diminum, beratus ribu orang umno yang setiap minggu berduyun2 ke Kota Bharu mampos.Yang orang tahu, air di negeri umno perintah lagi teruk. Di Pahang air paipnya keluar macam kencing tak lawas, sekejap ada lepas tu lama tak ada. Di Johor apa ubahnya. Mamak sudah tua, lebih baik duduk diam2 di rumah. Pergi masjid buat banyak ibadah dan minta ampun pada Allah.
kata-kata Mahathir ini amat bernas 40 tahun lalu tatkala Melayu begitu bodoh dan buta huruf......apabila Mahathir mengucapkan kata-kata ini pada hari ini, terasa betapa Mahathir telah begitu kehilangan memori..bak seorang manusia yang mengalami koma selama 40 tahun....
Post a Comment