Tuesday 25 February 2014

#amrayylensa Lapor Pihak Berkuasa Kandungan Provokasi Dalam Laman Sosial


KUALA LUMPUR, 24 Feb 2014 Orang ramai yang menerima mesej atau mendapati ada kandungan berunsur provokasi dan hasutan dalam laman sosial diminta mengemukakan aduan kepada pihak berkuasa.

Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Jailani Johari berkata, aduan boleh dibuat kepada polis atau kementeriannya yang kemudian akan meminta pengawal selia iaitu Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) melakukan siasatan.

"Jika orang ramai berasa tersinggung dengan sesetengah kenyataan (atau kandungan) dalam media sosial, mereka boleh membuat aduan kepada pihak berkuasa. Jika kandungan itu dalam Facebook, mereka boleh membuat aduan bertulis terus kepada Facebook atau SKMM.

"Kami di kementerian akan memaklumkan kepada pengawal selia kami iaitu SKMM dan SKMM boleh mengambil tindakan berdasarkan aduan dan jika seseorang berpendapat mereka perlukan bantuan SKMM, saya fikir SKMM akan dapat membantu," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Latihan Penyiaran Antarabangsa di sini Isnin.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai laman-laman sosial yang semakin dipenuhi dengan kandungan yang kurang menyenangkan dan berunsur negatif dan provokasi.

Jailani berkata, orang ramai atau pengguna laman sosial perlu sentiasa berhati-hati semasa mengeluarkan sebarang kenyataan dalam laman sosial kerana mereka boleh dikenakan tindakan jika terdapat aduan terhadap mereka.

Mengenai persidangan itu bertema "Definisi Latihan bagi Media Baharu dan Media Sosial", beliau berkata ia diharap dapat mencari resolusi atau pendekatan terbaik dalam menangani isu-isu berbangkit mengenai media baharu atau media sosial.

"Ada ramai pengamal media terlibat dalam persidangan ini termasuk dari luar negara dan mereka mungkin boleh bersama-sama menyumbang pengetahuan dan pengalaman mereka dalam menangani isu-isu media sosial ini," katanya.

Persidangan dua hari itu yang berakhir esok dianjurkan bersama oleh Kementerian Komunikasi dan Multimedia, Institut Penyiaran dan Penerangan Tun Abdul Razak, Asia-Pacific Institute for Broadcasting Development dan Friedrich Ebert Stiftung.
Sumber : BERNAMA

Aku suka lagu ni.!! Layan bro.!!

AMRAYY

No comments:

Artikel,Video Dan Foto Mungkin Membantu Anda Dalam Pencarian Maklumat..!!!