Sunday 11 May 2014

Sungai Tekala hampir meragut nyawa - Lapan orang terperangkap di air terjun Sg Tekala

9:57AM Mei 11 2014
Lapan termasuk tiga kanak-kanak lelaki warga Iraq terperangkap ketika cuba menyeberang sungai di Air Terjun Sungai Tekala, Semenyih, semalam.

Dalam kejadian 5.30 petang itu, mangsa yang terdiri daripada dua lelaki, tiga wanita dan dan tiga kanak-kanak berusia empat hingga 33 tahun itu datang ke kawasan air terjun berkenaan untuk berkelah.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor Mohd Sani Harul berkata ketika mangsa ingin pulang dengan menyeberang sungai, air sungai tiba-tiba naik mendadak dan arus deras akibat hujan lebat.

Beliau berkata mangsa menghubungi bilik gerakan Balai Bomba dan Penyelamat Semenyih pada 6.28 petang selepas menyedari peningkatan paras air di sungai itu ketika ingin menyeberang.

"Pihak kami mengambil masa kira-kira 40 minit untuk menyelamatkan mangsa yang terperangkap 100 meter dari tapak air terjun selebar kira-kira 4.57 meter dengan menggunakan tali.

"Kesemua mangsa dapat diselamatkan dan diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut," katanya ketika dihubungi Bernama.
 Bernama
AMRAYY

Tuesday 6 May 2014

WARDEN ASRAMA SEKOLAH TAK PAKAI OTAK.!

Gambar Hiasan
BUTTERWORTH: Seorang pelajar tingkatan satu yang tinggal di asrama sebuah sekolah di Tasek Gelugor dekat sini mendakwa dipukul dengan sebatang besi oleh warden asrama menyebabkan dia hampir pitam.

Mohd Amzar Mohd Fadzil, 13, mendakwa dalam kejadian pada 12.30 tengah malam tadi, dia dan lapan rakannya didenda ketuk ketampi 200 kali kerana membuat bising dan tidak masuk tidur selepas tamat waktu mengulang kaji pelajaran.

"Bagaimanapun selepas separuh membuat ketuk ketampi saya berasa sangat penat dan memberitahu yang mahu berhenti (ketuk ketampi). Dia marahkan saya dan terus ambil sebatang besi katil yang berada dalam bilik asrama dan mengetuk kepala saya dengan kuat, waktu itu memang sakit dan saya hampir pitam.

"Selain itu, kami turut didenda berjalan itik mengelilingi koridor 20 kali dan dipukul di bahagian belakang menggunakan batang PVC," katanya kepada pemberita ketika ditemui di Hospital Seberang Jaya (HSJ), di sini hari ini.

Mohd Amzar yang juga anak bongsu daripada tiga beradik itu berkata berikutan rasa sakit di kepala, dia menghubungi ayahnya Mohd Fadzil Alajis, 39 dan memberitahu mengenai kejadian itu.

Sementara itu, Mohd Fadzil yang juga Timbalan Pengerusi Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) Pulau Pinang, kesal dengan tindakan guru berkenaan memandangkan anaknya itu masih mendapat rawatan susulan di Hospital Pulau Pinang kerana kecederaan parah di kaki akibat kemalangan jalan raya Ogos lalu.

"Saya telah maklumkan kepada pihak sekolah dan menghantar surat akuan berhubung tahap kesihatan Mohd Amzar memandangkan anak saya baru sahaja pulih daripada kemalangan tahun lalu dan masih mendapatkan rawatan susulan.
"Berikutan kejadian itu, saya membawa Mohd Amzar ke HSJ untuk rawatan dan doktor sahkan tiada kecederaan parah dan dia diberi cuti sakit lapan hari," katanya yang membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seberang Perai Utara (SPU) hari ini.

Pengarah Jabatan Pendidikan Pulau Pinang, Datuk Ahmad Tarmizi Kamarudin, ketika dihubungi, berkata beliau telah mengarahkan pengurusan sekolah untuk menyiasat dan menyediakan laporan berhubung kejadian itu.

"Kami memandang serius dakwaan kejadian itu, bagaimanapun saya tidak boleh mengulas lanjut kerana belum menerima laporan lengkap berhubung perkara itu. Saya telah minta pihak sekolah sediakan (laporan lengkap)," katanya.

Ketua Polis Daerah SPU, ACP Abdul Rahman Ibrahim, ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu dan berkata siasatan lanjut sedang dijalankan.
- BERNAMA
P/S : Aku dah kata, guru menjadi warden atau warden menjadi guru..Bila masa dia nak tengok atau memantau murid dalam asrama yang bermasalah..Sepatunya Kementerian Pendidikan khaskan warden tetap yang menjaga asrama tidak lah mengganggu guru yang terpaksa mengambil dua tugas yang berat. Bila diberi guru untuk memantau murid pelaksanaan tidak akan berjalan dengan betul, murid akan lagi bermasalah dengan kes buli dan kecurian dalam asrama..Fikir-fikirkan.!!
AMRAYY

Rang Undang-undang Cukai Barang dan Perkhidmatan (CBP) 2014 Telah Diluluskan

KUALA LUMPUR, 06 Mei : Rang Undang-undang Cukai Barang dan Perkhidmatan (CBP) 2014, iaitu peruntukan undang-undang bagi pengenaan dan pemungutan cukai barang dan perkhidmatan serta perkara berkaitan, diluluskan Dewan Negara pada Isnin.

Ahmad Maslan.
Rang undang-undang itu diluluskan setelah dibahas 31 anggota dewan.

Undang-Undang itu bertujuan memperkemas sistem percukaian untuk menjadi semakin efisien dan menjamin masa depan negara dengan hasil lebih mantap.

Terdahulu, ketika menggulung perbahasan, Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan berkata CBP perlu dilaksana kerana kerajaan berpendapat sistem percukaian sedia ada tidak efektif khususnya dalam membantu perkembangan ekonomi negara.

“Kita akui sistem cukai yang ada sekarang ini agak lemah dan kerajaan perlukan satu sistem percukaian baharu yang lebih efektif kepada negara… sebab itu kita perkenalkan CBP.

“Apakah pembangkang membantah pelaksanaan CBP sebab nak teruskan sistem cukai yang lemah ini sedangkan kita telah tawarkan satu sistem percukaian yang lebih efektif, telus yang boleh mengurangkan kebergantungan kepada cukai petroleum,” katanya.

Beliau berkata walaupun pengenalan CBP akan menyebabkan kenaikan 1.8 peratus Indeks Harga Pengguna namun masyarakat tidak perlu bimbang kerana ia bersifat sementara, satu proses biasa bagi mana-mana peralihan kepada sistem cukai yang baharu.

Ahmad berkata sebanyak 689 barang dikategori sebagai barangan yang dikenakan CBP dan daripada jumlah itu, hanya 73 mengalami kenaikan harga, 287 mengalami penurunan harga, 329 kekal manakala 255 sedang disemak.

Beliau berkata bagi mengelak pengguna ditipu peniaga yang mungkin bertindak menaikkan harga barang sesuka hati, kerajaan akan mengeluarkan buku panduan pembeli yang mengandungi 1,000 jenis barang tiga bulan sebelum CBP dilaksana.

Berbeza dengan Cukai Jualan dan Cukai Perkhidmatan 1975 (SST), yang merupakan cukai seperingkat, CBP adalah cukai berperingkat dengan pembayaran cukai dibuat dalam pelbagai peringkat oleh perantara dalam proses pengeluaran dan pengagihan.

CBP akan diperkenal pada April 2015 pada kadar enam peratus menggantikan SST sebanyak 16 peratus.

Dalam pada itu, Ahmad berkata tindakan diambil ke atas 76 individu berhubung Laporan Ketua Audit Negara 2012 iaitu 32 diberi amaran, 41 dikenakan surcaj, dua didenda dan seorang dibuang kerja.

Beliau berkata daripada 121 kes terkumpul, 92 sudah selesai manakala 53 kes didapati tidak melibatkan unsur penyelewangan, penyalahgunaan kuasa dan pembaziran.

Bagi Laporan Audit Negara siri 1/2013, Ahmad berkata 17 jawatankuasa ditubuh di bawah Jabatan Perkhidamatan Awam bagi memastikan setiap teguran dan mereka yang didapati bersalah diambil tindakan sewajarnya.

Daripada 303 syor yang dinyatakan, 55 teguran perlu diambil tindakan manakala 248 teguran boleh diperbaiki, katanya.

Persidangan dewan bersambung pada Selasa.
AMRAYY

Monday 5 May 2014

#GST Sistem Cukai Progresif, Bukan Bebankan Rakyat


PUTRAJAYA #amrayylensa - Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) adalah sistem percukaian yang progresif dan pengenalannya bukanlah untuk membebankan rakyat, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau berkata penerangan berhubung GST, yang telah dilaksanakan kira-kira 90 peratus negara di dunia, perlu digiatkan supaya rakyat benar-benar faham dan tidak melulu membantah tanpa mengetahui tujuan dan asas sistem pencukaian berkenaan.

“Kita mesti terangkan kepada rakyat bahawa ramai yang tidak bayar cukai. Saya tahu sebagai Menteri Kewangan ramai yang tidak bayar cukai atau bayar sikit daripada yang sepatut dibayar.

“Dengan adanya sistem ini, ia lebih progresif kerana ia bergantung kepada banyak mana perbelanjaan kita dan dengan cara seperti ini dengan langkah kita mengecualikan cukai pada barang-barang keperluan rakyat maka pengenalan GST ini tidaklah membebankan rakyat,” katanya pada perhimpunan bulanan Jabatan Perdana Menteri di sini hari ini.

Najib berkata kerajaan akan melihat dan memperincikan lebih banyak barangan dan produk yang boleh dikecualikan daripada GST tanpa menjejaskan perluasan asas hasil.

Beliau berkata melalui pelaksanaan GST itu kerajaan akan mampu memacu pertumbuhan yang lebih tinggi untuk negara dan mampu membina lebih banyak
infrastruktur dan keperluan asas di bandar dan luar bandar.

“Sebab jika kita tidak membina infrastruktur lebih moden, kita akan kehilangan kelebihan kompetitif,” jelas Najib.

Perdana Menteri turut menegaskan bahawa negara memerlukan perbelanjaan yang lebih untuk modal insan kerana ia juga merupakan faktor kritikal dalam soal kekuatan kompetitif mana-mana negara.

“Selain itu hasil pencukaian juga perlu untuk bidang kesihatan kerana terdapat keperluan untuk menambah hospital, peralatan dan sebagainya yang
menjadi perkara mendesak untuk rakyat,” katanya.

Najib berkata dengan tanggungjawab kerajaan untuk menjaga kebajikan penjawat awam sebanyak 1.5 juta orang, negara memerlukan hasil negara yang mencukupi.

“Itulah langkah dan falsafah yang dipegang oleh kerajaan yang ada pada hari ini dan saya percaya dengan langkah seperti ini akan membolehkan mengangkat kedudukan negara kita seperti yang diimpikan bersama,” katanya.

GST akan diperkenalkan pada April 2015 pada kadar enam peratus bagi menggantikan sistem Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) sebanyak 16 peratus.

Najib berkata sistem pencukaian GST telah lama dikaji oleh kerajaan dan telah diguna pakai kira-kira 90 peratus negara di dunia ini.

“Kalau sistem ini sudah terbukti (negara lain), tentu sekali bagi kita di Malaysia, kalau kita guna sistem GST ini, kita mestilah akan dapati ini adalah sistem yang adil, progresif dan boleh diterima oleh rakyat,” katanya. – BERNAMA

AMRAYY

#GST - #amrayylensa - SEDIKIT PENCERAHAN MENGENAI GST. ORANG BAGI PENERANGAN, BACA LAH.!! BILA TAK FAHAM BUAT DEMO LAGI DI DATARAN


Apakah itu GST..???
- GST = CUKAI BARANGAN DAN PERKHIDMATAN (Goods and Service Tax)

- Masakini kita byr 2 cukai atas setiap barangan / perkhidmatan yg kita beli / guna iaitu :
cukai jualan. (5%) dan cukai perkhidmatan ( 10%);
ini akan dimansuhkan dn digantikan dengan GST.

Mengapa kerajaan melaksanakan GST? 
- Untuk memperbaiki sistem cukai sedia ada. Ini adalah kerana cukai jualan dan cukai perkhidmatan sedia ada mempunyai kelemahan, seperti cukai dua kali ganda ke atas pengguna dan ketiadaan pelepasan cukai sepenuhnya ke atas barangan yang dieksport dan isu-isu harga pindahan.

- Kelemahan-kelemahan ini menyebabkan kerugian kepada kedua-dua pihak pengguna dan kerajaan.

Apakah kadar GST? 
- Kadar GST dicadangkan ditetapkan pada 6%. Kadar ini adalah yang paling rendah di kalangan negara-negara ASEAN : 10% di Indonesia , Vietnam, Kemboja, Filipina , Laos dan 7% di Singapura dan Thailand.

Bilakah GST akan berkuatkuasa? 
- Mulai 1 April 2015.

Sebagai cukai pengguna, GST akan dikenakan ke atas semua barangan dan perkhidmatan. Adakah ini bermakna bahawa segala-galanya akan menjadi lebih mahal?

- Tidak semestinya, harga brg akn mnjadi lebih murah kerana kadar cukai GST hanya 6% berbanding cukai sblm ini 16%.

- Sesetengah barangan dan perkhidmatan dikecualikan cukai.

- Barangan makanan asas tidak dikenakan GST (beras, gula, garam, tepung, minyak masak, kacang dhal, rempas ratus, ikan masin, cencalok, budu, belacan)

- Bekalan air paip dan 200 unit pertama elektrik sebulan bagi pengguna.

- Perkhidmatan yang disediakan oleh kerajaan: kesihatan, perkhidmatan Pengeluaran passport, pembelajaran di sekolah.

- Perkhidmatan pengangkutan: bas, keretapi, LRT, teksi, feri, bot, tol lebuh raya.

- Jual beli dan sewa rumah kediaman

- Perkhidmatan kewangan terpilih

Adakah kerajaan membantu rakyat menghadapi GST?

- pelbagai bantuan dan sokongan dalam tempoh peralihan ini disediakn kerajaan.

- Pertama, Kerajaan akan memberi bantuan tunai sekali RM300 kepada penerima BR1M.

Adakah kita masih perlu membayar cukai pendapatan kadar yang sama?

- Kadar cukai pendapatan individu akan dikurangkan sebanyak 1-3 % untuk semua pembayar cukai.

- Pembayar cukai yang lain akan menikmati penjimatan cukai dan struktur cukai pendapatan individu akan dikaji.

Pendapatan bercukai dinaikkan kepada:

- melebihi RM400,000 dan kadar cukai maksimum 26% dikurangkan kepada 24%, 24.5% dan 25%

Bagaimana pula dengan perniagaan?

- Kerajaan akan mengurangkan cukai pendapatan syarikat daripada 25% kepada 24% mulai tahun taksiran 2016

- Cukai pendapatan syarikat kecil/sederhana turun daripada 20% kepada 19% mulai tahun taksiran 2016

- Cukai pendapatan koperasi dikurangkan 1-2 mata peratus mulai tahun taksiran 2015 dan potongan cukai bg yuran kesetiausahaan

- Pemfailan cukai mulai tahun taksiran 2015

- Potongan cukai tambahan untuk kos beli peralatan dan perisian ICT bagi tahun taksiran 2014 dan 2015

- Geran latihan GST RM100 juta Bantuan RM150 juta untuk beli perisian perakaunan

Mengapa GST ini dilaksanakan sekarang dan bukan kemudian?

- Kerajaan berpendapat bahawa kerana kadar inflasi 2% adalah rendah dan ia sememangnya masa terbaik untuk melaksanakan GST.

Berapa banyak negara lain yang telah melaksanakan GST?

- Lebih daripada 160 buah negara sudah melaksanakan GST. Kerajaan berpendapat ini menunjukkan bahawa GST terbukti ialah" telus, berkesan dan sistem cukai yang adil"

Adakah harga barangan naik?
- Pengguna hanya perlu membayar satu kali cukai sahaja.

- Perubahan harga barang atau Perkhidmatan amat minimun apabila GST dilaksanakan, Malahan, ada harga barangan yang akan menjadi lebih murah bergantung samada ianya adalah barangan asas atau tidak.

Apa yang penting:
# GST bukan cukai baru, tetapi mnggntikn cukai jualan & perkhidmatan. Masakini rakyat dh byr 2 cukai tu.

# GST mngmbilkira pola prbelnjaan mngikut kategori pndptn. Mkn & kprluan asas tdk dikenakn cukai.

# GST bukan kos kpd perniagaan

# IHP=INDEKS HARGA PENGGUNA akn turun bg sesetgh brngan/ perkhidmatan spt Pakaian, kasut, Hiasan, perkakas rumah, penyelenggaraan, Komunikasi

# IHP MENINGKAT seperti Minuman beralkohol & tembakau, Pendidikn swasta,"Restoran dn hotel

# GST bg mnggntikn kelemahan dlm kutipan cukai selama ini:
Spt cukai bertindih, ketirisan,dll.

# GST tdk meningkatkn kos perniagaan krn ia adalh cukai kepenggunaan. Cuma akibat penambhbaikn sistem cukai ini peniaga mngkin x trlepas dn trpaksa byr - itu yg dikatakn meningkt agaknya

# GST DIKENAKN ATAS:
- Setiap prngkt pengedaran
- atas nilai tambah
- Atas brgn dn perkhidmtan yg diimport
- Atas jualan brg dan perkhidmatn di Malaysia

# GST JUGA DIKENALI SBG VALUE ADDED TAX ( VAT) ATAU CUKAI NILAI TAMBAH.

# GST (VAT)
Cukai penggunaan yg dikenakn ke ats aktviti nilai tmbh pd setiap prngkat rangkaian pengedaran semua brg dn perkhidmtn melainkn yg dikecualikn oleh krajaan.

# Perlaksanaan GST merupakn slh satu lngkh yg diambil kerajaan bg mnyusun semula sistem percukaian negara supaya ia lebih brkesan, saksama, efisien dn telus serta dpt mengelakkn berlakunya:
1) cukai terselindung
Kesan: cukai jualan yg dibyr di prngkt pengilngn tlh mnjd kos kpd pmborong dn peruncit, mk ianya tlh diambilkira di dlm pengiraan margin keuntungan

2) cukai bertindih - berlaku dlm 2 keadaan
a) cukai bertindih di bwh sistem yg sama, iaitu smada cukai jualan atau cukai prrkhdmtn
Kesan: pggn trpksa membayar harga lebih mahal krn cukai perkhidmtn yg d kenakn mrupakn sbhgn kos menyediakn perkhidmtn kpd pggn,

b) cukai bertindih di bwh sistem cukai yg berlainan iaitu brngn berkenaan dikenakn cukai brgn serta perkhidmatan
Kesan: pengguna terpksa mmbyr hrga lebih mhl krn cukai jualn merupakn sbhgn drp kos yg akn dimasukkn ke dlm hrga jualan dn dikenakn cukai perkhidmtn apabila menyediakn prkhidmtn kpd pggn.

# Pndgn mrk yg skrg x byr cukai penggunaan trutama golongn miskin trpksa byr cukai penggunaan bila GST dilaksanakn (tuduhn pmbngkng)
- Sbnrnya rakyat tnpa mngira kelas pendptn sebenarnya tlh mmbyr cukai jualan dn perkhidmtn ke ats perbelnjaan harian mrk.

- Namun cukai yg dibyr ini trutamanya cukai jualan tidak kelihatan di dlm inbois atau resit krn ia terselindung di dlm harga brngn.

- Sbg contoh setiap RM100 yg diblnjakn oleh golongn miskin, sebnyk RM 2.38 adalh utk cukai. Ttp apabila GST dilksanakn dn dikenakn pd 4% beban cukai yg ditanggung akn menurun kpd RM 2.17 shj. Ini merupakn pnjimatan di dlm perbelnjaan harian mrk.

# Adakh GST akn mnybbkn hrga brgn dn perkhidmtn naik?
IHP akn mnurunkn mngalami penurunan sbnyk 0.10% . Hrga bg 8 komponen turun:
- Pelbgai brngn dn prkhidmtn
- Restoran dn hotel
- Komunikasi
- Pengangkutan
- Hiasan, perkakasan & penyelenggaraan
- Perumhan, air, elektrik, gas, & bhn api
- Pakaian dn kasut
- Minuman alkohol dn tembakau

# Apa peranan pengguna:
- Mmbuat perbndingn hrga sblm brbelnja
- Sentiasa merujuk kpd panduan harga pgguna
- Melaporkn apa2 kenaikn hrga yg tdk munasabah kpd pihak yg berwajib atau persatuan pengguna
- Berbelnja scra berhemah

Friday 2 May 2014

[VIDEO] Macai #BantahGST -Adakah Mereka Faham Tentang #GST??

Rata-rata yang telah datang ke Dataran Merdeka bagi membantah GST tidak faham, apa itu cukai GST.!!
Apa-apa pun anda semua boleh layan Video dari intervew yang telah saya buat..
1
 2
 3
 4
 5
 6
 7
 8
9
VIDEO GST


AMRAYY

Thursday 1 May 2014

GST jamin hasil masa depan negara mantap - Najib


#amrayylensa - Sistem Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang akan dilaksanakan mulai April tahun depan mampu menjamin masa depan negara dengan hasil yang lebih mantap, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Katanya walaupun ada pihak bercadang untuk membuat bantahan di Kuala Lumpur terhadap GST tetapi hakikatnya apabila sistem cukai itu diperkenalkan, masa depan negara terjamin.

"Kalau kita fikir secara rasional... Kita faham setiap dasar kerajaan bertujuan untuk kebaikan rakyat. Jangan tengok sehari dua. Hari ini tanam benih, esok nak buah," katanya ketika merasmikan Hari Pekerja Penjawat Awam Tahun 2014 di Dewan Wawasan di Jitra hari ini.

Najib meminta rakyat memahami nawaitu kerajaan dalam melakukan perubahan dan transformasi kerana kerajaan mempunyai rasional yang kukuh.

"Ini pengertian yang harus disedari..tak boleh hentikan perubahan... Kena diteruskan..kalau tak berubah maka kita akan berdepan himpitan ekonomi dan membawa kesusahan dan derita pada rakyat. Kerajaan mahu lakukan perubahan dan transformasi walaupun dipandang sebagai sesuatu yang tak patut dan tak perlu dilakukan," katanya.

Majlis itu turut dihadiri Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim, Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal dan Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) Azih Muda.

Tema tahun ini bertemakan "Penjawat Awam Tiang Seri Negara".

Najib berkata kerajaan yang ada tidak menjanjikan sesuatu perkara yang tidak mungkin dapat ditunaikan dan bukan hanya untuk meraih sokongan atau populariti, tanpa memikirkan kemudaratan.

"Bila nak buat sesuatu kita timbang dengan teliti dan gunakan pertimbangan adil. Kalaulah Presiden Cuepacs hendak elaun diperbaiki, gaji ditambah maknanya kita perlu kepada hasil bertambah... Dari mana nak mencari dananya kalau tak ada hasil kalau nak biaya pertimbangan ini?," katanya.

Katanya berdasarkan pertimbangan kerajaan, ia telah membawa kejayaan kepada negara walaupun dunia kini berhadapan krisis ekonomi.

Najib berkata peningkatan ekonomi Malaysia adalah sederhana tinggi iaitu 4.7 peratus pada 2013 dan tahun ini mungkin lebih tinggi sedikit berbanding tahun lepas.
- Bernama
AMRAYY

Wednesday 30 April 2014

Pelajar SMA Rawang maut selepas bergaduh dengan rakan


KUALA LUMPUR: Seorang pelajar tingkatan tiga Sekolah Menengah Agama Rawang dipercayai mati selepas terbabit dalam pergaduhan dengan rakannya di gelanggang bola tampar sekolah itu malam tadi.

Pelajar lelaki yang berumur 15 tahun itu dikatakan ditumbuk di muka sebanyak tiga kali sebelum mangsa terjatuh dan tidak sedarkan diri dalam kejadian 11.00 malam itu.

Timbalan Ketua Polis Selangor, Datuk Abdul Rahim Jaafar, berkata sebelum kejadian, mangsa dikatakan telah menuduh rakannya itu mencuri alat permainannya sebelum tercetus pergaduhan antara mereka.

"Mangsa dikatakan memukul rakannya dengan tangan sebelum suspek menumbuknya di muka sebanyak tiga kali menyebabkan mangsa terjatuh dan tidak sedarkan diri," katanya ketika dihubungi.

Beliau berkata, seorang rakan mangsa yang berada di tempat kejadian telah meminta bantuan warden asrama sekolah untuk membawa mangsa ke hospital tetapi mangsa meninggal dunia sejurus tiba di Hospital Selayang.

Abdul Rahim berkata, hasil siasatan mendapati tiada sebarang senjata tajam atau kayu digunakan oleh kedua-dua mereka.

Beliau berkata, rakan pelajar itu telah ditahan dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
"Namun punca sebenar kematian mangsa masih disiasat," katanya.

Sementara itu, Timbalan Menteri Pendidikan, P Kamalanathan, berkata Kementerian Pendidikan (KPM) telah menghantar pasukan khas bagi menyiasat kes kematian pelajar berkenaan.

Beliau berkata, kementerian merasa amat dukacita dengan insiden itu dan akan menjalankan siasatan sepenuhnya.

"Pasukan dari KPM telahpun diarahkan...pegawai kita sedang bekerjasama dengan pihak polis.

"Ia sudah menjadi kes polis, jadi biar polis jalankan siasatan, tapi di pihak KPM kita juga akan memastikan siasatan sepenuhnya dijalankan untuk mengetahui apa sebenarnya yang telah berlaku," katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis prapelancaran perayaan Hari Guru Peringkat Kebangsaan 2014 di sini hari ini.
- BERNAMA
P/S :Pelajar maut dipukul rakan.!! Pihak sekolah harus peka dalam kes buli. Aku dah pernah usulkan perkara ini dahulu..tukarkan guru yang telah lama berkhidmat, kerana kurang rasa tanggungjawab bila dah terlalu lama.!! dah mati baru nak menyesal.!! Jawablah.!!
AMRAYY


#GST TIDAK MEMBEBANKAN RAKYAT.!! APA ITU CUKAI GST?? GST CUKAI YANG PINTAR.!!

GST
#amrayylensa - RANG Undang-Undang Cukai Barang dan Perkhidmatan diluluskan di Dewan Rakyat pada 7 April lalu dan akan mula dilaksanakan mulai 1 April 2015.

Tinjauan di laman-laman sosial mendapati ramai rakyat Malaysia tidak memahami kepentingan melaksanakan cukai barang dan perkhidmatan (GST) dan implikasi sebenar pelaksanaannya.

Antara salah faham ialah GST adalah satu cukai baru yang akan menyebabkan kenaikan harga barangan dan perkhidmatan secara mendadak dan mengakibatkan peningkatan kos sara hidup rakyat.
(KLIK UNTUK IMEJ YANG LEBIH JELAS)
(LIHAT CARTA KIRAAN SEBENAR GST)

Ada juga yang beranggapan GST hanyalah satu instrumen kerajaan untuk memungut cukai baru bagi menggantikan kehilangan pendapatan negara akibat cadangan pengurangan cukai syarikat pada masa akan datang.

Pengenalan GST juga dianggap sebagai satu langkah untuk mengikut trend semasa memandangkan sudah lebih 160 negara mengguna-pakai GST dan ini dilaksanakan tanpa kajian mendalam tentang beban yang ditanggung oleh rakyat.

Tanggapan negatif tentang GST ini timbul kerana kurang pemahaman tentang bidang percukaian, perakaunan sektor awam dan asas ekonomi. Ini diburukkan lagi dengan momokan segelintir pihak yang tidak bertanggungjawab menyebarkan maklumat separuh benar kepada masyarakat berkaitan implikasi GST terhadap kos sara hidup.

BENARKAH GST CUKAI BARU?

GST sememangnya adalah cukai yang baru diperkenalkan di Malaysia. Namun begitu pelaksanaannya menyebabkan dua jenis cukai lain dimansuhkan. Pada masa ini, cukai dikenakan kepada barangan dan perkhidmatan melalui dua akta iaitu Cukai Jualan 1972 (Akta 64) dan Cukai Perkhidmatan 1975 (Akta 151), yang mana kedua-duanya dipungut oleh Kastam.

Rata-rata masyarakat tidak membincangkan tentang implikasi apabila kedua-dua cukai jualan dan cukai perkhidmatan ini dimansuhkan, tetapi lebih fokus kepada melihat kesan satu hala GST terhadap kos barangan dan perkhidmatan.

Cukai jualan (10%) umumnya dikenakan ke atas barangan yang dikilangkan di Malaysia atau diimport, dan dibayar oleh pengeluar atau pengimport yang mempunyai hasil tahunan RM100,000 ke atas. Cukai ini diserap ke dalam harga barangan yang dijual kepada pengguna. Manakala cukai perkhidmatan (6%) dikenakan ke atas perkhidmatan khas seperti perkhidmatan hotel (lebih dari 25 bilik), insurans, te­lekomunikasi, khidmat profesional akauntan, peguam, jurutera dan arkitek, outlet makanan dan minuman dan lain-lain lagi.

Cukai perkhidmatan yang dikenakan kepada pengguna jelas dinyatakan di dalam bil atau resit bayaran, berbeza dengan cukai jualan yang tersembunyi dan tidak disedari oleh pengguna.

Secara tepatnya, rakyat Malaysia membayar cukai yang lebih tinggi di dalam sistem se­­dia ada. Pertukaran kepada model GST Malaysia, bukan sahaja perlu untuk mentransfor­masi sistem cukai negara ke arah yang lebih adil, malah ia perlu kerana sistem sedia ada yang bersifat 'single-tier' sangat terdedah kepada risiko pelarian cukai yang merugikan negara.

ADAKAH GST MENYEBABKAN KENAIKAN HARGA?

Penggunaan sistem cukai GST bagi menggantikan cukai jualan dan cukai perkhidmatan berupaya menangani masalah cukai bertindan yang mana akan mengurangkan beban cukai pengguna. Contoh jelas di­terangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semasa pembentangan Bajet 2014 di mana jika pengguna membeli minuman berkarbonat di restoran, mereka akan dikenakan cukai bertindan iaitu, cukai jualan yang diserap ke dalam harga minuman serta cukai perkhidmatan yang tertera di atas resit jualan.

Dengan GST, masalah seperti ini tidak berlaku kerana pengguna akan hanya dikenakan satu jenis cukai sahaja. Harga barangan akan menjadi lebih murah akibat pemansuhan cukai bertindan ini.

Bagi barangan dan perkhidmatan yang tidak dikenakan cukai jualan dan cukai perkhidmatan sebelum ini, kenaikan harga barangan akan berlaku. Namun begitu, kerajaan mewartakan sejumlah barang dan per­khidmatan yang dikecualikan GST. Ia termasuk makanan barangan asas seperti beras, gula, garam, tepung, minyak masak dan lain-lain lagi.

Justeru, boleh disimpulkan akan ada barangan dan perkhidmatan yang naik, turun dan tidak berubah. Secara amnya, kesan berikut boleh dirumuskan. Oleh itu tidak adil untuk kita merumuskan GST akan ­me­ngakibatkan kenaikan harga barangan dan perkhidmatan.

ADAKAH GST LANGKAH TERGESA-GESA?

Anggapan bahawa langkah memperkenalkan GST oleh kerajaan adalah tergesa-gesa adalah salah sama sekali.

Menyedari akan kepentingan dan manfaat GST, kerajaan telah mengumumkan cadangannya semasa belanjawan 2005, namun pelaksanaannya telah ditangguhkan. Dalam melaksanakan GST, kerajaan menubuhkan Panel Penilai Cukai (Tax Review Panel) yang dianggotai oleh pakar-pakar percukaian dari sektor awam dan swasta.

Panel ini menjalankan kajian meliputi pelbagai aspek GST dan undang-undang antaranya ialah Goods and Services Tax 1985 (New Zealand), Value Added Tax Act 1994, (United Kingdom), Goods and Services Tax 1991 (Kanada), dan Value Added Tax Act 1992 (Thailand).

Hasil kajian mendapati bahawa GST akan menjana ekonomi negara yang lebih mapan dengan peningkatan nilai eksport sebanyak 0.5% disebabkan harga barangan eksport akan jadi lebih kompetitif dan murah. Kadar keluaran dalam negara kasar (KDNK) dijangka naik sekitar 0.3%.

ADAKAH GST ABAIKAN RAKYAT?

Peningkatan defisit dalam belanjawan negara setiap tahun adalah perkara yang membimbangkan. Sekiranya ia tidak dikawal, ekonomi negara akan merudum dan kehidupan selesa yang dinikmati oleh rakyat pada masa ini akan terjejas. Justeru itu, GST yang bersifat multi-tier dan dengan skop cukai yang luas akan menjadi sumber baru pendapatan negara.

Namun begitu, ini tidak bermakna rakyat terutamanya yang berpendapatan rendah akan terbeban dengan cukai ini. Bagi menjaga kebajikan rakyat, seiring dengan pengenalan GST, kerajaan memperkenalkan beberapa langkah utama. Antaranya bantuan RM300 akan diberikan secara one-off kepada pene­rima isi rumah BR1M.

Lebih menarik lagi, kadar cukai pendapatan individu akan dikurangkan satu hingga tiga mata peratusan. Ini menyebabkan pendapatan boleh guna akan meningkat dan dijangka seramai 300,000 orang tidak perlu lagi membayar cukai. Hakikatnya, pendapatan dari GST ini jugalah yang akan dikembalikan kepada rakyat melalui bantuan sosial seperti BR1M. Dengan faedah-faedah yang diperolehi ini, adilkah jika kita simpulkan bahawa GST akan membebankan golongan berpendapatan rendah?

GOLONGAN PERTENGAHAN DAN IKS DIPINGGIRKAN?

Golongan kelas pertengahan yang bijak akan dapat memperolehi manfaat daripada pengenalan GST dengan mengambil inisiatif merancang dan mengawal perbelanjaan. Beban mereka juga akan diringankan dengan pengurangan cukai individu dan penambahan pendapatan boleh guna oleh kerajaan.

Peniaga industri kecil dan sederhana (IKS) yang memperolehi hasil jualan kurang dari RM500,000 setahun pula dikecualikan daripada mendaftar sebagai syarikat berdaftar GST serta tidak perlu mengutip dan membayar GST. Ini akan memastikan perniagaan mereka berdaya saing dan mampu menarik lebih ramai pelanggan.

SEMUA BARANGAN DAN PERKHIDMATAN KENA GST?

Salah satu salah faham berkaitan GST ialah semua barangan dan perkhidmatan akan dikenakan cukai GST. Hakikatnya terdapat tiga kategori barangan iaitu bekalan dikenakan cukai, bekalan cukai sifar dan bekalan dikecualikan cukai. Bekalan dikenakan cukai ialah barangan dan perkhidmatan yang dikenakan cukai, yang mana semua barangan dan perkhidmatan yang dijual dikenakan GST (output tax).

Jumlah output tax ini boleh ditolak dari input tax (GST dari pembelian barangan dan perkhidmatan tersebut). Bekalan cukai sifar pula ialah barangan dan perkhidmatan yang tidak tertakluk output tax, namun peniaga boleh menuntut input tax. Bekalan cukai sifar ini merangkumi barangan asas keperluan isi rumah seperti bahan asas makanan, hasil pertanian, bekalan ternakan.

Dalam masa sama, kerajaan juga mewartakan sejumlah barangan dan perkhidmatan yang dikecualikan dari GST. Antaranya ialah tanah dan kediaman, pengangkutan awam, pendidikan, perkhidmatan kesihatan, perkhidmatan kewangan, caj tol lebuh raya serta perkhidmatan awam. Ini adalah bagi memastikan bahawa kebajikan dan kepentingan rakyat Malaysia terpelihara dan tidak dibebankan dengan GST.

Di sebalik salah faham tentang implikasi GST, terdapat banyak faedah pelaksanaannya. Ia akan lebih ketara dalam jangka masa panjang. Belajarlah daripada pengalaman negara-negara maju seperti New Zealand yang memperkenalkan model GST sejak 1986 lagi. Walaupun kadar GST mereka ialah 15%, namun kehidupan dan kebajikan rakyat sentiasa terjaga.

Pelaksanaan GST membolehkan lebih banyak pengagihan hasil negara kepada golongan berpendapatan rendah, seterusnya menjadikan jurang ekonomi antara rakyat semakin kecil.

PENULIS ialah Pensyarah Kanan, Fakulti Perakaunan, Universiti Teknologi Mara, Merbok, Kedah

P/S : Artikel ini serba sedikit boleh memperjelaskan kecelaruan masyarakat Malaysia yang masih tidak faham kebaikan GST..
copypaste
AMRAYY

Tuesday 29 April 2014

@azwanbro - Gerakan Referendum Terhadap Kepimpinam Kerajaan Selangor


Rakyat dan pengguna air di negeri Selangor termasuk Lembah Klang diminta supaya membuat satu 'referendum' (suara rakyat) terhadap kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) di bawah pentadbiran Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berhubung krisis air yang menimpa mereka.



AMRAYY