Tuesday 6 May 2014

WARDEN ASRAMA SEKOLAH TAK PAKAI OTAK.!

Gambar Hiasan
BUTTERWORTH: Seorang pelajar tingkatan satu yang tinggal di asrama sebuah sekolah di Tasek Gelugor dekat sini mendakwa dipukul dengan sebatang besi oleh warden asrama menyebabkan dia hampir pitam.

Mohd Amzar Mohd Fadzil, 13, mendakwa dalam kejadian pada 12.30 tengah malam tadi, dia dan lapan rakannya didenda ketuk ketampi 200 kali kerana membuat bising dan tidak masuk tidur selepas tamat waktu mengulang kaji pelajaran.

"Bagaimanapun selepas separuh membuat ketuk ketampi saya berasa sangat penat dan memberitahu yang mahu berhenti (ketuk ketampi). Dia marahkan saya dan terus ambil sebatang besi katil yang berada dalam bilik asrama dan mengetuk kepala saya dengan kuat, waktu itu memang sakit dan saya hampir pitam.

"Selain itu, kami turut didenda berjalan itik mengelilingi koridor 20 kali dan dipukul di bahagian belakang menggunakan batang PVC," katanya kepada pemberita ketika ditemui di Hospital Seberang Jaya (HSJ), di sini hari ini.

Mohd Amzar yang juga anak bongsu daripada tiga beradik itu berkata berikutan rasa sakit di kepala, dia menghubungi ayahnya Mohd Fadzil Alajis, 39 dan memberitahu mengenai kejadian itu.

Sementara itu, Mohd Fadzil yang juga Timbalan Pengerusi Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) Pulau Pinang, kesal dengan tindakan guru berkenaan memandangkan anaknya itu masih mendapat rawatan susulan di Hospital Pulau Pinang kerana kecederaan parah di kaki akibat kemalangan jalan raya Ogos lalu.

"Saya telah maklumkan kepada pihak sekolah dan menghantar surat akuan berhubung tahap kesihatan Mohd Amzar memandangkan anak saya baru sahaja pulih daripada kemalangan tahun lalu dan masih mendapatkan rawatan susulan.
"Berikutan kejadian itu, saya membawa Mohd Amzar ke HSJ untuk rawatan dan doktor sahkan tiada kecederaan parah dan dia diberi cuti sakit lapan hari," katanya yang membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seberang Perai Utara (SPU) hari ini.

Pengarah Jabatan Pendidikan Pulau Pinang, Datuk Ahmad Tarmizi Kamarudin, ketika dihubungi, berkata beliau telah mengarahkan pengurusan sekolah untuk menyiasat dan menyediakan laporan berhubung kejadian itu.

"Kami memandang serius dakwaan kejadian itu, bagaimanapun saya tidak boleh mengulas lanjut kerana belum menerima laporan lengkap berhubung perkara itu. Saya telah minta pihak sekolah sediakan (laporan lengkap)," katanya.

Ketua Polis Daerah SPU, ACP Abdul Rahman Ibrahim, ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu dan berkata siasatan lanjut sedang dijalankan.
- BERNAMA
P/S : Aku dah kata, guru menjadi warden atau warden menjadi guru..Bila masa dia nak tengok atau memantau murid dalam asrama yang bermasalah..Sepatunya Kementerian Pendidikan khaskan warden tetap yang menjaga asrama tidak lah mengganggu guru yang terpaksa mengambil dua tugas yang berat. Bila diberi guru untuk memantau murid pelaksanaan tidak akan berjalan dengan betul, murid akan lagi bermasalah dengan kes buli dan kecurian dalam asrama..Fikir-fikirkan.!!
AMRAYY

1 comment:

Anonymous said...

Kadang pelajar ni nakal tahap gaban. Dah la guru banyak tugasan disekolah