Thursday 9 January 2014

HRC PUTRAJAYA KENA BELAJAR BUAT MAKANAN BERCIRIKAN ISLAM DENGAN AMRO KEBAB SHAWARMAR DAN NASI ARAB


Baru-baru ni aku singgah ke sebuah gerai yang menyediakan menu Islamik di Jalan Haji Husein Satu belakang Adamson Hotel berhadapan dengan Bangunan Susilawati...Kalau korang perasan, memang serba serbi Islamik termasuklah lokasi gerai...hahahhahahaa

Gerai ini di usahakan oleh Bonda Ummu Hanna dan suaminya Babah Amro Ameer...Bonda Hanna berasal dari Pahang manakala suaminya berasal dari Tanta, Egypt. Bonda Hanna membuka gerai menjual Kebab dan Nasi Arab yang dinamakan Amro Kebab Shawarma & Nasi Arab... Bonda Hanna juga merupakan seorang blogger dan seorang yang pakar dalam bidang sexology & psikologi ...klik jer

Inilah baru dikatakan gerai berkonsepkan Islamik.!!! Nama, lokasi dan menu semuanya bercirikan Islamik..Memanglah (HRC)HARD ROCK CAFE  mahu dibuka di lokasi yang bercirikan Islamik dan dikelilingi dengan bangunan-bangunan Pentadbiran Kerajaan tetapi nama HRC(HARD ROCK CAFE) pun tak mencirikan Islamik. Minuman dan makanan yang dijual juga mungkin serba-serbi tidak mencirikan Islamik..Kitapun tak pastikan.??? Takkanlah nama yang gah seperti HRC nak jual teh tarik dan roti telur yang macam selalu aku makan kat kedai mamak di tepi sungai Jalan Masjid India..???Wakakakakkaak...
Jawabnya HRC akan ditukar nama la dari HARD ROCK CAFE (HRC) ke HAMID ROTI CANAI, HRC juga tu....wakakakakakka. Setahu aku, nama tokey mamak tepi sungai tu HAMID gak tapi mamak tu dah meninggal 2 atau 3 tahun lepas kalau tak salah aku la dan sekarang ni diuruskan oleh isteri dan anak-anaknya... 
Silap-silap bini mamak tu yang beli HRC tu..hehehheheh.!!!Memang lawak lah...wakakkkakakakak....
Urat KENTUT aku dah nak putus sebab terlebih gelak....Wakakakakakkaka..!!!!
Nak cerita pasal gerai yang berkonsepkan Islamik dan kemelayuan, lain plak isu yang masuk hahahhhaaha...

Cerita tentang nasi arab dan kebab....!!!!!
Dah banyak restoran Arab yang aku dah cuba sekitar K.Lumpur, memang sama rasa keenakkannya dengan nasi arab yang aku cuba di gerai ini...korang boleh cuba dulu... Kalau korang nak buat tempahan meja dulu pun boleh..Sila hubungi no ini jika korang nak buat tempahan 0136673006 @ 01133116313 (BONDA HANNA)

Walaupun hanya makan disebuah gerai tetapi keenakkan makanannya sama seperti makan di dalam restoran yang berekon.!!

TRY DULU BRO.!!

 Menu yang disediakan
 
 Senarai Harga Makanan mengikut nombor.
 Bonda Hanna
 Babah Amro Ameer
 
 Bonda Dan Babah
 Rempah-rempah yang digunakan berasal dari Arab
 Santai Bersama Bonda dan Babah
Persekitaran gerai Amro Kebab Shawarma & Nasi Arab di jalan Haji Husein Satu
Kampung Baru..

 Ruang makan yang selesa untuk pengunjung


Parking kereta untuk pengunjung juga tersedia

AMRAYY

Tuesday 7 January 2014

[VIDEO] HARD ROCK CAFE APA KATA KPUWP @razlanrafii @tunfaisal @NajibRazak @tengkuadnanreal

KES SELESAI.!!!
VIDEO SIDANG MEDIA

 Putrajaya tidak mempunyai faktor ekonomi yang kukuh untuk menyokong pembukaan cawangan Hard Rock Cafe.

warga Putrajaya berpendapat fakfor komposisi penduduk, ekonomi dan imej Islam bandaraya ini tidak sama sekali menyokong pusat hiburan tersebut dibuka di Putrajaya.

Tinjauan pendapat ini selari dengan soal selidik yang dilakukan oleh Pergerakan Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan seperti yang dinyatakan oleh ketuanya, Mohd. Razlan Mohd. Rafii dalam satu sidang akhbar yang diadakan di sini hari ini.

"Komposisi Melayu Islam sebanyak 98%, tahap ekonomi penjawat awam dan imej Islam Putrajaya tidak selari dengan sasaran pasaran dan konsep pusat hiburan ala barat Hard Rock Cafe.

"Faktor-faktor berkenaan bersama dengan fungsi Putrajaya sebagai pusat pentadbiran negara menjadi alasan kenapa kami dengan tegas
tegas menolak cadangan pembukaan kafe itu di Putrajaya," jelas beliau.
lagi berita di Utusan_Online_2014



Kenyataan Akhbar dari PPUWP
Klik utk pic yg lebih besar
1
2
3
Antara blogger yang sering membelasah isu cadangan 
Hard Rock Cafe 
yang dalam perbincangan akan dibuka di Putrajaya
BroApa klik sini

Facebooker yang turut membalon termasuk aku...kikiikiki..!!
sejarah ni bro.!! Di sini baru aku tahu kuasa media sosial sangat memberi impak yang sangat besar jika digunakan dengan cara yang betul.!! 
Terima Kasih Allah.!!
 Mazlan Abd Latif
Amrayy Ahmad
Kenyatan Facebook YBhg Tan Sri Dato' Seri Dr. Aseh Bin Hj. Che Mat yang mula menjadi perhatian
rakyat yang dalam mood demam "Kalimah Allah" telah diguna pakai oleh paderi di sebuah gereja di Selangor.. Aku rasalah Dato Aseh salah time..kah kah kah..cuba lagi di lain hari ekk.!!

Kenyataan Akhbar Tan Seri Dato' Aseh
pada 5hb Januari 2014
Tan Seri Dato' Aseh mohon maaf cara terbuka dalam Facebook

Setelah cadangan HRC di Putrajaya dibatalkan ramailah yang berasa bersyukur dan mengucapkan syabas di dalam media sosial tak lupa juga suara-suara sumbang kedengaran di sana-sini..macam poyo je ayat ni.!! takpe jam dah 3:20am ni, aku dah mengantuk gila..So ko orang boleh bacalah pejuang-pejuang alam maya ni bertempur hingga ketitisan air liur masing-masing.!!!
kahkahkahkah..!!!!
 1
 2
 3
 4
 5
 6
 7
 8
 9
 10
 11
 12
 13
 14
 15
 16

AMRAYY




Monday 6 January 2014

[VIDEO] ANWAR IBRAHIM PENGIKUT JESUIT.??? WOWOWOWW...GEMPAK LAGI GILA BRO.!!!

Anwar Ibrahim adalah pengikut JESUIT ... itu lah dakwaan Yuktes Vijay... Anwar Ibrahim hanya berlakun solat di masjid ketika bersama umat Islam yang lain
(bertakiyah ala ala Syiah) kerana itu yang digalakan dalam gerakan JESUIT ... ini adalah dakwaan serius oleh seorang kafir yang mengaku kenal rapat dengan Anwar..

Jika tak benar cepat-cepat lah ambil tindakan undang undang
SUMBER VIDEO: MINAQ JINGGO

Kalau benar kenyataan Yuktes Vijay, aku rasa Pak Nuar harus bertaubat.!! 
      jangan membohongi rakyat dan pencacai-pencacai yang dah banyak membuang masa dan      tenaga membantu lu Pak Nuar.!!! 
Aku ingat lepas ni, Pak Nuar keluarkan kenyataan "Saya tak pernah kenal pun Yuktes Vijay ni.. Siapa budak ni.??" itu ayat yang biasa kita dengar la kan..!!! macam kes video sex Datuk Skay yang menjadi saksi kes tersebut....kahkahkah...
Apa-apapun
  LU PIKIR LA BRO.!!

AMRAYY



Sunday 5 January 2014

[VIDEO] BUDAK MUNAFIK HINA ISLAM DAN NABI

LU KALAU NAK JADI USTAZ PERGI MENGAJI BETUL-BETUL BRO!!
KALAU TAK TAU JANGAN PANDAI-PANDAI, RAMAI YANG MELOMPAT NANTI.!!
LU FIKIR LA BRO.!!

Mohon Rakan2 Share ttg org ini cukup bahaya
dan merosakkan AKIDAH ISLAM

1.Menghina hadis Nabi s.a.w

2.Menghina Islam

3.Mengatakan seseorang itu tidak diukur Islamnya melalui Syahadah

4.Mempersendakan Nabi s.a.w yg suruh mencukur bulu bg kebersihan diri

5.Mengatakan solat,pergi haji seolah2 tiada faedah pun kepada manusia

6.Menyamakan Islam dengan agama2 lain

7.Mengangungkan Syiah

8.Menghina Ahlus sunnah wal jamaah

Di manakah jabatan2 agama ketika ini???

Apabila orang membawa manusia kembali kepada quran & sunnah terus ditangkap maka ini lagi teruk bahkan kata2 ini sungguh menyedihkan kepada ISLAM..

Di manakah yg sering laungkan CINTAKAN KEPADA NABI S.A.W,Sering buat maulid nabi?ketika ini nabi s.a.w dihina dan dikeji kata2 nabi s.a.w?

Mohon jabatan agama dan rakan2 yg ada kuasa ambil tindakan ke atas BUDAK ini yang sungguh melampau...Dikhuatiri nanti org Islam akan terpengaruh dgn pemikiran orang ini yg jelas kata2 nya itu MURTAD serta merta.

Jangan terpengaruh dgn pengakuan munafik nya sebagai Islam itu sekadar gimik utk hancurkan Islam itu sendiri.

Jika Saidina Umar Al Khatab ada pasti ditebas orang ini....

Sumber: Youtube ApaNama
AMRAYY

Saturday 4 January 2014

Ketahui Hak Anda Ketika Di Tahan Oleh Pihak Polis Untuk Kebaikan Kedua-dua Pihak

Hak yang anda ada ketika ditahan polis. Baca dan fahaminya.

1. APABILA DIBERHENTIKAN POLIS
1.1 Tidak Berpakaian Seragam, Minta Pengenalan DiriJika beliau tidak berpakaian seragam, minta beliau tunjukkan pengenalan diri. Katakan; “Sila tunjukkan Kad Kuasa Polis anda.”
1.2 Kad Kuasa Polis

Merah : Pegawai Polis yang digantung tugas. Beliau tiada kuasa untuk melakukan apa-apa terhadap anda. Anda boleh berlalu dari situ.
Lain-lain Warna :

Biru : Berpangkat Inspektor dan ke atas.
Kuning : Berpangkat lebih rendah daripada Inspektor.
Putih : Polis Simpanan
Ambil perhatian nama dan nombor Kad Kuasanya.

1.3 Berpakaian seragam - Ambil perhatian nama dan nombor ID pada pakaian seragamnya.
1.4 Kenderaan Peronda Polis - Ambil perhatian nombor pendaftaran kereta atau motosikal peronda berkenaan.

2. POLIS MENYOAL SIASAT ANDA SEMASA DIBERHENTIKAN
2.1 PengenaIan DiriHanya berikan nama, nombor kad pengenalan dan alamat anda.
2.2 Polis bertanyakan soalan-soalan lainTanya dengan sopan, “Adakah saya sedang ditangkap?”
2.3 Adakah anda sedang ditangkapAnda sedang ditangkap jika Polis:menjawab “ya”; tidak membenarkan anda berlalu/mahu membawa anda ke Balai Polis; ataumenggari anda.Jika anda tidak ditangkap, anda boleh berlalu/menolak untuk mengikutnya ke Balai Polis atau ke mana sahaja, jika diminta.
2.4 Bilakah anda tidak boleh ditangkapPolis tidak boleh menangkap anda semata-mata kerana anda berpotensi sebagai saksi dan mereka mahu mengambil pernyataan daripada anda (Pernyataan 112/Saksi).

3. SOAL SIASAT OLEH PIHAK POLIS TANPA TANGKAPAN
3.1 Pernyataan 112: Semasa pihak Polis sedang menjalankan siasatan berhubung sesuatu kes dan berpendapat anda mempunyai maklumat/pengetahuan tentang kes tersebut, pihak Polis boleh menyoal siasat anda dan mencatat semua jawapan anda (Pernyataan 112).
3.2 Permintaan Rasmi / Tidak Rasmi Kebiasaannya, Polis membuat permintaan tidak rasmi supaya anda memberikan Pernyataan 112. Jika tempat dan masa sesuai bagi anda,anda boleh bekerjasama. Jika tidak, beritahu Polis anda akan bekerjasama di tempat dan pada masa yang sesuai. Jika anda menolak untuk bekerjasama, Polis boleh mengeluarkan arahan rasmi secara bertulis, ditandatangani oleh seorang Pegawai Penyiasat (Pegawai Polis)mengkehendaki anda untuk bekerjasama. Jika anda tidak mematuhi Arahan Polis tersebut, anda tidak boleh ditangkap. Walau bagaimanapun, ia adalah satu kesalahan dan pihak Polis boleh memohon kepada Mahkamah untuk mengeluarkan satu waran terhada anda mendesak anda supaya bekerjasama.

3.3 Membuat Pernyataan 112 - Semasa membuat Pernyataan 112, anda boleh menolak untuk menjawab mana-mana soalan/berdiam diri jika jawapannya mungkin mendedahkan anda kepada kesalahan jenayah. Bawa bersama anda buku catatan atau kertas tulis (Nota Peribadi). Catatkan dalam Nota Peribadi anda semua soalan yang ditanyakan. Pastikan bahawa anda faham setiap soalan yang ditanyakan. Ambil masa anda dan fikir dengan teliti sebelum menulis jawapan didalam Nota Peribadi anda. Bacakan jawapan anda kepada Pegawai Polis yang menyoal anda. Simpan Nota Peribadi anda sebagai rujukan di masa hadapan.

3.4 Menandatangani Pernyataan 112 anda - Sebelum menandatangani Pernyataan anda, baca dengan teliti semua soalan dan jawapan anda yang ditulis oleh Pegawai Polis yang berkenaan. Bandingkan Pernyataan yang anda akan tandatangani dengan Nota Peribadi anda. Anda berhak membuat pembetulan/pindaan ke atas Pernyataan tersebut sebelum ditandatangani. Turunkan tandatangan betul-betul di bawah ayat terakhir pernyataan anda.

4. POLIS MENANGKAP ANDA
4.1 Tanya: “Mengapa saya ditangkap?” Sesuatu tangkapan menjadi tidak sah jika anda tidak diberitahu alasan tangkapan.
4.2 Jangan melawan semasa ditangkap. Polis mempunyai hak untuk menggunakan kekerasan yang munasabah semasa menangkap anda jika anda melawan.
4.3 Tanya: “Balai Polis manakah saya akan dibawa?” Pegawai Polis yang menjalankan tangkapan mestilah dengan segera membawa anda ke Balai Polis yang berdekatan dan bukan sebaliknya.
4.4 Apa yang perlu anda lakukan apabila ditangkap. Anda mempunyai hak untuk membuat satu panggilan telefon kepada: Keluarga atau rakan; dan/atauSeorang peguam. Anda juga bolah menghubungi Pusat Bantuan Guaman (LAC). Maklumkan kepada mereka:yang anda telah ditangkap; masa, tempat dan alasan ditangkap; Balai Polis di mana anda dibawa.
4.5 Apa yang akan berlaku selepas ditangkapAnda boleh ditahan sehingga 24 jam. Di Balai Polis, atau Di dalam lokap untuk “membantu” penyiasatan Polis.

5. HAK ANDA SELEPAS DITANGKAP DAN SEMASA DALAM TAHANAN
5.1 Hak untuk berunding dengan seorang peguamSebaik sahaja anda meminta kehadiran seorang peguam, anda mempunyai hak untuk berunding dengan peguam berkenaan di Balai Polis. Pihak Polis mestilah memberikan kemudahan-kemudahan yang munasabah dan masa yang munasabah untuk anda berjumpa dan berbincang dengan peguam berkenaan. Pihak Polis bagaimanapun boleh menafikan hak ini, jika kelengahan dalam menyoalsiasat anda boleh menyebabkan berlakunya jenayah lain atau menyebabkan bahaya kepada pihak lain.
5.2 Pakaian Anda dibenarkan mempunyai satu set pakaian bersama anda semasa di dalam lokap.
5.3 Barangan peribadiPihak Polis mestilah merekodkan semua barangan peribadi anda dan meletakkannya dalam simpanan selamat. Barangan peribadi anda mesti dipulangkan kepada anda sebaik sahaja dibebaskan.

5.4 Kebajikan Anda - dibenarkan mandi dua kali sehari. Jika anda jatuh sakit, anda berhak mendapat rawatan perubatan dengan serta-merta. Anda sepatutnya diberikan makanan dan minuman yang wajar dan secukupnya semasa dalam tahanan.

5.5 Berapa lamakah pihak Polis boleh menahan anda? Pihak Polis hanya boleh menahan anda sehingga 24 jam untuk siasatan. Tugas Polis adalah untuk menyelesaikan penyiasatan dalam masa 24 jam dan melepaskan anda dengan segera. Jika pihak Polis tidak dapat menyelesaikan penyiasatan dalam tempoh 24 jam, Polis mesti membawa anda ke hadapan seorang Majistret untuk mendapatkan perintah reman untuk memanjangkan tempoh penahanan anda melebihi 24 jam (Perintah Reman).

6. PERINTAH REMAN OLEH MAJISTRET SELEPAS 24 JAM
6.1 Siapakah Majistret? Majistret ialah seorang pegawai kehakiman yang mempunyai kuasa untuk membuat Perintah Reman bagi menahan anda lebih daripada 24 jam.
6.2 Tujuan Perintah Reman - Untuk memberi lebih masa kepada Polis untuk melengkapkan penyiasatan dan memutuskan sama ada terdapat bukti untuk mendakwa anda atas satu-satu kesalahan. Pihak Polis tidak boleh memohon Perintah Reman hanya untuk mengambil Pernyataan daripada anda.
6.3 Berapa lamakah Perintah Reman? - Apabila pihak Polis membawa anda ke hadapan seorang Majistret untuk memohon Perintah Reman, pihak Polis perlu memberikan alasan kepada Majistret mengapa anda perlu ditahan melebihi 24 jam. Tugas Majistret adalah untuk menimbangkan secara berhati-hati alasan-alasan yang diberikan oleh pihak Polis. Majistret berkenaan mempunyai budi bicara: untuk tidak membenarkan Perintah Reman dan seterusnya melepaskan anda; atau membenarkan Perintah Reman untuk satu tempoh yang lebih pendek daripada yang dipohon oleh pihak Polis. Seorang Majistret mempunyai kuasa untuk membenarkan Perintah Reman tidak melebihi 4 hari atau 7 hari bergantung kepada jenis kesalahan yang sedang disiasat. Pihak Polis boleh memohon Perintah Reman kedua selepas tamatnya Perintah Reman pertama. Majistret boleh membenarkan Perintah Reman kedua untuk tempoh tidak melebihi 3 hari atau 7 hari bergantung kepada jenis kesalahan yang sedang disiasat.
6.4 Apa yang perlu anda katakan ketika anda dibawa di hadapan seorang Majistret untuk proses reman? - Maklumkan kepada Majistret: anda mahu diwakili oleh seorang peguam dan anda mahu menghubungi peguam, pusat bantuan guaman dan keluarga anda; jika anda mahukan rawatan perubatan kerana anda sakit atau telah dipukul; jika pihak Polis telah mengugut atau memukul anda semasa dalam tahanan; jika anda telah tidak diberikan makanan/minuman/pakaian atau perubatan yang wajar dan mencukupi semasa dalam tahanan; sama ada pernah ditahan sebaik sebelum penahanan terkini anda; sama ada pihak Polis telah menjalankan apa-apa penyiasatan semasa anda dalam tahanan
6.5 Mohon supaya Majistret memberikan Perintah Reman yang singkat - Sebelum Majistret berkenaan membuat Perintah Reman, mohon tempoh reman yang lebih singkat daripada yang dipohon oleh pihak Polis. Beri alasan (sebagai contohnya: “saya akan bekerjasama dengan polis dalam siasatan mereka”, “saya boleh dihubungi bila-bila masa dan tidak akan melarikan diri” dll).

7. PEMERIKSAAN BADAN TANPA TANGKAPAN
7.1 Bilakah ianya boleh dilakukanJika anda berada di satu-satu tempat (contohnya: disko/karaoke/pusat-pusat hiburan) di mana Polis menjalankan serbuan untuk mencari sesuatu (contohnya: dadah), pihak Polis boleh menahan dan memeriksa anda jika mereka berpendapat anda mempunyai atau sedang menyembunyikan barang yang sedang dicari itu. Ini hanya boleh dilakukan dengan kehadiran seorang Pegawai Polis berpangkat Inspektor dan ke atas.
7.2 Apa yang perlu dilakukan? - Jangan benarkan Pegawai Polis berkenaan memasukkan tangannya ke dalam pakaian anda atau kocek/saku anda. Jika anda diminta untuk mengeluarkan barangan peribadi anda satu persatu, setiap kali sebut “dompet”, “kunci”, “Kad Pengenalan” dll. Apabila kocek/saku/beg anda telah dikosongkan, terbalikkan kocek/saku/beg anda.
7.3 Hak-hak anda - Semua pemeriksaan badan mestilah dijalankan secara profesional dan sopan. Seorang wanita hanya boleh diperiksa badannya oleh seorang Pegawai Polis wanita. Jika anda dipaksa/diugut untuk berbogel: Bantah; Ingat nama Pegawai Polis tersebut; dan Buat laporan Polis selepas insiden tersebut.

8. PEMERIKSAAN BADAN SELEPAS TANGKAPAN BERLAKU
8.1 Bila Polis boleh berbuat demikian - Polis secara munasabah mengesyaki bahawa anda mempunyai bukti/keterangan berhubung kesalahan yang disyaki. Anda ditangkap. Pemeriksaan badan mestilah dijalankan di tempat tertutup. Anda mempunyai hak untuk diperiksa badan di tempat tertutup.
8.2 Jenis-jenis Pemeriksaan Badan - Undang-undang membenarkan Polis melakukan 4 jenis pemeriksaan badan:-

1. Pemeriksaan secara menepuk badan dari atas ke bawah -pemeriksaan pakaian luaran.

2. Pemeriksaan tanpa pakaian – untuk mencari bukti, objek, barang terlarang atau senjata. Hanya boleh dijalankan dengan kebenaran seorang pegawai berpangkat Inspektor dan ke atas.

3. Pemeriksaan sulit – selain daripada mencari di dalam mulut, hidung dan telinga. Hanya boleh dijalankan dengan kebenaran pegawai berpangkat Penolong Penguasa (ASP) dan ke atas.

4. Pemeriksaan dalaman – untuk menentukan kewujudan objek-objek dll. di dalam badan.

Hanya boleh dijalankan dengan kebenaran Ketua Polis Daerah (OCPD). Hendaklah dijalankan oleh seorang Pegawai Perubatan atau Pegawai Perubatan Kerajaan.

8.3 Hak anda - Semua pemeriksaan badan mesti dijalankan secara profesional dan sopan.Anda dinasihatkan supaya meminta ditemani oleh peguam anda semasa pemeriksaan dilakukan. Seorang wanita hanya boleh diperiksa badannya oleh seorang Pegawai Polis wanita

9. SOAL-SIASAT OLEH POLIS SELEPAS DITANGKAP
9.1 Kenal pasti Pegawai Polis yang menyoal siasat anda - Ambil perhatian nama/pangkat Pegawai Polis yang menyoal siasat anda.
9.2 Hak anda untuk berdiam diri - Polis lazimnya akan beramah mesra terlebih dahulu (contohnya: bertanyakan tentang keluarga dan rakan-rakan anda dll.) Anda hanya perlu memberikan nama penuh, umur, alamat dan pekerjaan anda (Maklumat-Maklumat Peribadi). Selain Maklumat-Maklumat Peribadi, anda berhak memilih untuk berdiam diri. Anda harus bersopan. Anda tidak perlu takut untuk berdiam diri. Ini adalah hak anda. Jika anda memilih untuk berdiam diri, katakan,“Saya ingin menggunakan hak saya untuk berdiam diri.”
9.3 Pernyataan 112 anda semasa dalam penyiasatan - Pihak Polis akan bertanyakan soalan-soalan kepada anda dan kemudian mencatatkan semua jawapan anda. Polis tidak boleh mengugut atau memaksa anda untuk memberi Pernyataan. Jika anda diugut, dipukul atau dipaksa, buat satu laporan Polis terhadap Pegawai Polis berkenaan dengan segera. Ini adalah hak anda.
9.4 Pernyataan 112 tidak boleh digunakan sebagai keterangan/bukti - Secara amnya, apa jua Pernyataan yang anda buat kepada Polis semasa soal-siasat tidak boleh digunakan sebagai keterangan/bukti kecuali jika anda dituduh atas kesalahan-kesalahan di bawah, sebagai contoh, Akta Dadah Berbahaya, Akta Culik dan Akta Keselamatan Dalam Negeri. Walau bagaimanapun anda boleh menggunakan Pernyataan anda untuk menyokong pembelaan anda semasa perbicaraan.
Sumber: copy
AMRAYY

[VIDEO] SIDANG MEDIA PENUH BANTAH MENGUNAKAN KALIMAH ALLAH OLEH FATHER LAWRENCE ANDREW - UMNO BHG CHERAS @khairykj @najibrazak @JakimOfficial @AgendaDaily


UMNO BHG CHERAS MENENTANG SEKERAS-KERASNYA PENGGUNAAN KALIMAH ALLAH OLEH PADERI LAWREANCE
Kenyataan Father Lawrence Andrew
VIDEO

Lapuran Polis

  • Paderi Lawren Andrew telah menghina, mengingkari serta melanggar Perintah Mahkamah yang telah diputuskan
  • Mengingkari dan menderhaka kepada perintah Yang Maha Mulia Sultan Selangor
  • Mempersendakan hal ehwal agama islam yang bakal mencetuskan perpecahan keharmonian agama di negara ini
  • Meminta Peguam Negara meneliti kembali kenyataan paderi tersebut sama ada ia bertentangan dengan prosiding mahkamah berhubung isu ini
  • Memohon KDN supaya mengambil tindakan segera kerana isu ini akan mengelirukan generasi muda yang akan datang tentang "Kalimah Allah" dan penggunaan umat islam
  • Melanggar keputusan Majlis Fatwa umat islam yang telah diputuskan.



KUALA LUMPUR 3 Jan. - Setiusaha UMNO Bahagian Cheras, Datuk Syed Mehdhar Syed Abdullah mempersoalkan niat sebenar di sebalik tindakan Pengarang The Herald, Paderi Lawrence Andrew menggesa gereja-gereja katolik di Selangor untuk terus menggunakan kalimah Allah dalam perhimpunan mingguan mereka.

Beliau mempersoalkan niat sebenar Lawrence kerana isu penggunaan kalimah Allah telah diputuskan oleh Mahkamah Tinggi yang ia tidak boleh digunakan oleh penganut agama lain, selain daripada umat Islam pada Oktober lepas.

Tindakan Lawrence itu, menurut beliau, seolah-olah ingin mencabar pihak berkuasa, keputusan mahkamah serta mempermainkan emosi umat Islam dan jika dibiarkan akan mengganggu keharmonian kaum di negara ini.

"Oleh itu, UMNO Bahagian Cheras memutuskan untuk membuat laporan polis dan mengadakan satu perhimpunan bantahan terhadap tindakan Lawrence.

"Kami berbuat begini untuk menggesa agar pihak berkuasa, khususnya Kementerian Dalam Negeri bertindak tegas terhadap beliau bagi menjaga keharmonian negara," jelas Syed Mehdhar ketika ditemui selepas perhimpunan bantahan yang diadakan di Pejabat UMNO Bahagian Cheras di sini hari ini.

Sumber - UTUSAN
AMRAYY

Thursday 2 January 2014

[VIDEO] @khairykj @najibrazak @JakimOfficial @AgendaDaily JANGAN CABAR PEMUDA UMNO UNTUK MEMPERTAHANKAN KESUCIAN KALIMAH ALLAH


Biro Agama, Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia telah memulakan hari pertama tahun baru 2014 ini dengan membuat laporan Polis berhubung satu artikel mengenai kegunaan Kalimah Allah oleh sebuah gereja katolik di Selangor yang telah dikeluarkan dalam akhbar The Malaysian Insider baru-baru ini. Laporan polis yang dibuat di IPD Putrajaya itu merupakan reaksi lanjutan kepada kenyataan yang dibuat oleh paderi Father Lawrence Andrew, yang juga merupakan pengarang mingguan Katholik The Herald yang bertegas bahawa pihak Gereja Katholik di Selangor akan terus menggunakan kalimah Allah dalam perhimpunan mingguan yang menggunakanBahasa Melayu.


AMRAYY