Showing posts with label PENIAGA WARGA ASING PERLU DIPANTAU. Show all posts
Showing posts with label PENIAGA WARGA ASING PERLU DIPANTAU. Show all posts

Sunday, 11 May 2014

#TERKINI - Imigresen laksana operasi buru peniaga warga asing


PUTRAJAYA: Jabatan Imigresen akan menjalankan operasi ke atas premis perniagaan yang dikuasai warga asing termasuk mereka yang menggunakan permit rakyat tempatan.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata beliau sendiri akan menyertai operasi itu bagi memastikan masalah peniaga warga asing ditangani sepenuhnya.

"Saya tidak akan beri amaran, tetapi saya akan turun padang bersama pegawai penguat kuasa.

"Jika ada yang masih berniaga menggunakan lesen rakyat tempatan dan tiada dokumen sah sebagai pekerja atau hanya dokumen lawatan sosial, sila tinggalkan negara ini dan hentikan aktiviti ini (berniaga)," katanya dalam sidang media, di sini, hari ini.

Katanya, operasi itu akan dilaksana menerusi fasa kedua Operasi Bersepadu yang bermula 21 Januari lalu.

Operasi itu membabitkan pelbagai agensi berkaitan dan dilaksana secara berterusan bagi mengesan, menangkap, mendakwa dan mengusir warga asing yang melanggar undang-undang negara ini.

Pada masa yang sama, Ahmad Zahid meminta pihak berkuasa tempatan memberi kerjasama sewajarnya dengan membatalkan lesen rakyat tempatan yang didapati menyewakan lesen mereka kepada peniaga warga asing.
Katanya, kebanjiran warga asing di negara ini perlu ditangani bagi mengekang pelbagai masalah yang ditimbulkan oleh mereka sekarang.

"Apabila penguatkuasaan dibuat di KLCC Ahad lalu kita dapat tahan lebih 350 orang. Selama ini mereka lepas bebas sehingga menakutkan rakyat tempatan. Saya tidak mahu lihat masalah ini berpanjangan," katanya.  BERNAMA
AMRAYY