Showing posts with label MP TERESA KOK PERLU BERTANGGUNGJAWAB ATAS PENERBITAN KLIP VIDEO YANG JIJIK.. Show all posts
Showing posts with label MP TERESA KOK PERLU BERTANGGUNGJAWAB ATAS PENERBITAN KLIP VIDEO YANG JIJIK.. Show all posts

Friday, 7 February 2014

MP TERESA KOK PERLU BERTANGGUNGJAWAB ATAS PENERBITAN KLIP VIDEO YANG JIJIK.

P/S: Teresa Kok tidak berakal, menjengkelkan, meloyakan dan menjijikan.!!

KOTA KINABALU: Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok perlu bertanggungjawab terhadap penerbitan klip video yang kini telah menimbulkan ketidakselesaan dalam kalangan kaum di negara ini, kata Menteri Tugas-Tugas Khas di Jabatan Ketua Menteri Sabah, Datuk Teo Chee Kang.

Beliau berkata, klip video itu yang tersebar luas melalui laman YouTube menunjukkan Kok kurang sensitif terhadap sesuatu kaum di negara ini.

"Beliau (Teresa) perlu bertanggungjawab terhadap ketidakselesaan yang telah berlaku itu," katanya kepada pemberita pada majlis makan malam sempena perayaan Tahun Baharu Cina anjuran Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Kota Kinabalu, mewakili Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman di sini, malam tadi.

Teo meminta semua pihak berhenti memainkan isu-isu sensitif yang menyentuh sentimen perkauman dan agama demi mengekalkan keharmonian negara.
Beliau berkata perbuatan yang mencetuskan isu-isu yang berkaitan diibaratkan seperti 'bermain dalam api' untuk mencetuskan ketegangan dalam kalangan rakyat.

"Isu sensitif berkaitan perkauman dan keagamaan dipermainkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Pihak tertentu itu harus berhenti dengan permainan itu yang diibaratkan bermain dengan api iaitu mereka ada agenda peribadi dan politik," katanya.
Teo yang juga Presiden Parti Liberal Demokratik (LDP) berkata rakyat di negara ini seharusnya mengutamakan kepentingan negara daripada peribadi selain berpandangan jauh untuk melihat kemajuan dan kesejahteraan negara secara lebih menyeluruh.

Malaysia seharusnya menjadi model atau contoh negara yang mempunyai kepelbagaian kaum malahan hidup bersama dalam keadaan aman dan harmoni, katanya.

"Negara ini terdiri daripada pelbagai kaum, agama dan budaya yang menjadi kekuatan kepada rakyat serta ia menunjukkan kita mempunyai kelebihan berbanding negara lain," katanya.

Dalam klip video bertajuk 'Onederful Malaysia CNY 2014' berdurasi hampir 12 minit itu, Kok yang juga naib pengerusi DAP berlakon sebagai pengacara yang menemu ramah tiga tetamu mengenai Feng Shui pada Tahun Baharu Cina dan tetamu undangan Kok itu mengeluarkan kenyataan menyindir dalam beberapa perkara, antaranya mengenai pemimpin negara, sistem pendidikan dan isu keselamatan di Sabah.

Sumber: BH
Sidang media sdr. Razlan Rafii
Ketua Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan

Kenyataan Datuk Azman Ching Eu Boon
Ketua Pemuda MCA Klang