Showing posts with label MB TERENGGANU LETAK JAWATAN 2014. Show all posts
Showing posts with label MB TERENGGANU LETAK JAWATAN 2014. Show all posts

Monday 12 May 2014

GOSIP PELETAKAN JAWATAN MB TERENGGANU MENJADI PERBUALAN HANGAT DI MEDIA SOSIAL

Memandangkan ramai yang kata berita palsu, so aku keluarkan berita dari potal http://antarapos.com

Sultan Mizan perkenan peletakan jawatan MB Terengganu
SHAH ALAM: Sultan Mizan Zainal Abidin hari ini berkenan menerima peletakan jawatan Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said berkuatkuasa 12 Mei 2014 sekali gus melantik Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman sebagai ketua negeri yang baharu.

"Adalah dimaklumkan bahawa Sultan Mizan Zainal Abidin telah memberi perkenan peletakan jawatan Datuk Seri Ahmad Said sebagai Menteri Besar Terengganu berkuatkuasa 12 Mei 2014," titah Tuanku.

"Sehubungan ini, selaras dengan Syarat (1) Perkara 10 Undang-undang Bagi Diri Kerajaan Terengganu yang dibaca bersama perenggan (a) di bawah Syarat (2) Perkara 14, Baginda Tuanku telah memperkenankan pelantikan Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman, ADUN Seberang Takir sebagai Menteri Besar Terengganu yang baharu berkuatkuasa dari tarikh beliau mengangkat sumpah," titahnya.

Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said sebelum ini mengambil pendekatan untuk ‘mengunci mulut’ berkaitan desas-desus mengenai pertukaran dua menteri besar yang akan diganti tidak lama lagi.

Malah beliau berkata, tidak mendapat sebarang maklumat mengenai khabar angin yang sedang bertiup kencang itu.

“Saya pun tidak berani nak komen, itu tulisan di blog. Macam-macam boleh tulis, no komen. Itu sahaja yang boleh saya kata, nak kata macam mana,” katanya ketika ditemui pada Majlis Ucaptama Negeri dan Pelancaran Bidang Keberhasilan Utama (KRA) Negeri di Dewan Besar, Wisma Darul Iman di sini.

Jelas beliau, yang menjadi keutamaannya kini adalah menumpukan usaha mentadbir negeri dan membuat persiapan bagi pilihan raya umum akan datang, memandangkan BN kini hanya berkelebihan dua kerusi, iaitu 17-15.

Ketika ditanya adakah ia berkemungkinan salah satu usaha untuk menjatuhkan beliau, Ahmad bagaimanapun enggan mengulas.
AMRAYY