Ketua Penguatkuasa Maritim Daerah, Kapten Maritim Anor Jaafar berkata mereka ditahan pukul 2.30 petang ketika bot mereka berada di timur laut Batuan Tangan di kawasan perairan Tawau.
"Kesemua yang ditahan berusia 16 hingga 52 tahun dipercayai dari Indonesia dan hasil siasatan mendapati bot terbabit didaftarkan dengan Jabatan Pelabuhan dan Dermaga Sabah daerah ini.
Namun, semakan mendapati kesemua nelayan itu gagal mengemukakan sebarang dokumen pengenalan diri yang sah," katanya di sini hari ini.
Anor berkata pihaknya juga menahan seorang awak-awak yang berusia 24 tahun mengakui warganegara Malaysia selepas mengemukakan kad pengenalan diri untuk pengesahan lanjut.
Menurutnya, kesemua mereka dibawa ke Jeti Maritim Daerah untuk siasatan lanjut.
BERNAMA
AMRAYY