Showing posts with label #islam. Show all posts
Showing posts with label #islam. Show all posts

Sunday 5 January 2014

[VIDEO] BUDAK MUNAFIK HINA ISLAM DAN NABI

LU KALAU NAK JADI USTAZ PERGI MENGAJI BETUL-BETUL BRO!!
KALAU TAK TAU JANGAN PANDAI-PANDAI, RAMAI YANG MELOMPAT NANTI.!!
LU FIKIR LA BRO.!!

Mohon Rakan2 Share ttg org ini cukup bahaya
dan merosakkan AKIDAH ISLAM

1.Menghina hadis Nabi s.a.w

2.Menghina Islam

3.Mengatakan seseorang itu tidak diukur Islamnya melalui Syahadah

4.Mempersendakan Nabi s.a.w yg suruh mencukur bulu bg kebersihan diri

5.Mengatakan solat,pergi haji seolah2 tiada faedah pun kepada manusia

6.Menyamakan Islam dengan agama2 lain

7.Mengangungkan Syiah

8.Menghina Ahlus sunnah wal jamaah

Di manakah jabatan2 agama ketika ini???

Apabila orang membawa manusia kembali kepada quran & sunnah terus ditangkap maka ini lagi teruk bahkan kata2 ini sungguh menyedihkan kepada ISLAM..

Di manakah yg sering laungkan CINTAKAN KEPADA NABI S.A.W,Sering buat maulid nabi?ketika ini nabi s.a.w dihina dan dikeji kata2 nabi s.a.w?

Mohon jabatan agama dan rakan2 yg ada kuasa ambil tindakan ke atas BUDAK ini yang sungguh melampau...Dikhuatiri nanti org Islam akan terpengaruh dgn pemikiran orang ini yg jelas kata2 nya itu MURTAD serta merta.

Jangan terpengaruh dgn pengakuan munafik nya sebagai Islam itu sekadar gimik utk hancurkan Islam itu sendiri.

Jika Saidina Umar Al Khatab ada pasti ditebas orang ini....

Sumber: Youtube ApaNama
AMRAYY

Saturday 4 January 2014

[VIDEO] SIDANG MEDIA PENUH BANTAH MENGUNAKAN KALIMAH ALLAH OLEH FATHER LAWRENCE ANDREW - UMNO BHG CHERAS @khairykj @najibrazak @JakimOfficial @AgendaDaily


UMNO BHG CHERAS MENENTANG SEKERAS-KERASNYA PENGGUNAAN KALIMAH ALLAH OLEH PADERI LAWREANCE
Kenyataan Father Lawrence Andrew
VIDEO

Lapuran Polis

  • Paderi Lawren Andrew telah menghina, mengingkari serta melanggar Perintah Mahkamah yang telah diputuskan
  • Mengingkari dan menderhaka kepada perintah Yang Maha Mulia Sultan Selangor
  • Mempersendakan hal ehwal agama islam yang bakal mencetuskan perpecahan keharmonian agama di negara ini
  • Meminta Peguam Negara meneliti kembali kenyataan paderi tersebut sama ada ia bertentangan dengan prosiding mahkamah berhubung isu ini
  • Memohon KDN supaya mengambil tindakan segera kerana isu ini akan mengelirukan generasi muda yang akan datang tentang "Kalimah Allah" dan penggunaan umat islam
  • Melanggar keputusan Majlis Fatwa umat islam yang telah diputuskan.



KUALA LUMPUR 3 Jan. - Setiusaha UMNO Bahagian Cheras, Datuk Syed Mehdhar Syed Abdullah mempersoalkan niat sebenar di sebalik tindakan Pengarang The Herald, Paderi Lawrence Andrew menggesa gereja-gereja katolik di Selangor untuk terus menggunakan kalimah Allah dalam perhimpunan mingguan mereka.

Beliau mempersoalkan niat sebenar Lawrence kerana isu penggunaan kalimah Allah telah diputuskan oleh Mahkamah Tinggi yang ia tidak boleh digunakan oleh penganut agama lain, selain daripada umat Islam pada Oktober lepas.

Tindakan Lawrence itu, menurut beliau, seolah-olah ingin mencabar pihak berkuasa, keputusan mahkamah serta mempermainkan emosi umat Islam dan jika dibiarkan akan mengganggu keharmonian kaum di negara ini.

"Oleh itu, UMNO Bahagian Cheras memutuskan untuk membuat laporan polis dan mengadakan satu perhimpunan bantahan terhadap tindakan Lawrence.

"Kami berbuat begini untuk menggesa agar pihak berkuasa, khususnya Kementerian Dalam Negeri bertindak tegas terhadap beliau bagi menjaga keharmonian negara," jelas Syed Mehdhar ketika ditemui selepas perhimpunan bantahan yang diadakan di Pejabat UMNO Bahagian Cheras di sini hari ini.

Sumber - UTUSAN
AMRAYY

Thursday 2 January 2014

[VIDEO] @khairykj @najibrazak @JakimOfficial @AgendaDaily JANGAN CABAR PEMUDA UMNO UNTUK MEMPERTAHANKAN KESUCIAN KALIMAH ALLAH


Biro Agama, Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia telah memulakan hari pertama tahun baru 2014 ini dengan membuat laporan Polis berhubung satu artikel mengenai kegunaan Kalimah Allah oleh sebuah gereja katolik di Selangor yang telah dikeluarkan dalam akhbar The Malaysian Insider baru-baru ini. Laporan polis yang dibuat di IPD Putrajaya itu merupakan reaksi lanjutan kepada kenyataan yang dibuat oleh paderi Father Lawrence Andrew, yang juga merupakan pengarang mingguan Katholik The Herald yang bertegas bahawa pihak Gereja Katholik di Selangor akan terus menggunakan kalimah Allah dalam perhimpunan mingguan yang menggunakanBahasa Melayu.


AMRAYY

Saturday 27 July 2013

TERBONGKAR!! Suara Azan RASMI Dunia!!!

MasyaAllah.. Ini dia empunya Suara Azan!



Jika suara azanya dah cukup merdu...bagaimana agaknya suara azan billal bin rabbah agaknya yer... Subhanallah.,..,

AMRAYY