Monday 16 September 2013

Ketua Pemuda UMNO: Anak Sanusi Junid berhasrat cabar Khairy






KUALA LUMPUR: Akhramsyah Sanusi, anak bekas Setiausaha Agung UMNO Tan Sri Sanusi Junid, mengumumkan hasrat beliau ingin mencabar penyandang Khairy Jamaluddin untuk jawatan Ketua Pemuda UMNO dalam pemilihan parti itu bulan depan.

Menurut laporan The Star dan New Straits Times graduan kejuruteraan mekanikal berumur 39 tahun itu telah mengesahkan hasrat beliau itu.

Akhramsyah adalah ahli UMNO Bendang Baru cawangan di Langkawi, Kedah.

Semalam, beliau telah mengesahkan di blog peribadinya 'thoughtsintangents.blogspot.com' khabar angin bahawa dia akan bertanding menentang Khairy, yang juga Menteri Belia dan Sukan.

Dalam blognya, Akhramsyah berkata beliau memutuskan untuk menawarkan diri untuk jawatan itu kerana ingin mengembalikan kegemilangan Pergerakan Pemuda UMNO, terutama dalam perjuangan melaksanakan agenda Melayu.

"Agenda Pemuda UMNO pimpinan saya bukanlah agenda saya sendiri, tetapi membawa harapan seluruh masyarakat Melayu amnya dan warga muda UMNO khususnya." katanya.

Khairy, menantu kepada bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi dan juga ahli Parlimen Rembau, telah mengumumkan baru-baru ini bahawa beliau akan mempertahankan jawatan itu.

Pada pemilihan parti 2009, Khairy menang selepas mendapat 304 undi dalam pertandingan tiga penjuru dengan Datuk Mukhriz Mahathir (254 undi) dan bekas Menteri Besar Selangor Datuk Seri Dr Khir Toyo (232 undi).

AMRAYY

No comments: