Thursday, 25 July 2013

RESIPI BULAN PUASA ; GULAI PERIA DENGAN UDANG GALAH,





Assalammualaikum, salam 15 Ramadan, dah mula buat biskut raya?.. Cm baru nak ON buat biskut dan ada sedikit masa ni, cm cepat2 update blog. Tapi entri yang biasa2 aje lah, semalam punya. Atas permintaan bonda cm masak gulai peria katak sama udang. Sebenarnya bonda suruh guna ikan masin kurau, tapi cm gatai2 pi tukar dengan udang...hehe, sedapp you!!..Yelah dah nama pun udang. Cm tumis sedikit rencah2 untuk gulai dan cm guna dalam 5 biji peria katak. Kalau anda tak suka peria katak sebab rasa pahitnya yang agak keras, anda boleh ganti dengan peria kambas, peria yang saiz besar tu. Yang tu agak kurang pahit atau tak pahat langsung. Ok jomm kita lihat resipi yang mudah sangat2 ni, tapi sebelum tu, cuba tengok ini....comelkan..biasalah jangkit Pak Tua Mat dia...ehemm...

BAHAN-BAHANNYA :-)
5 biji peria katak jenis bersaiz besar
10 ekor udang bersaiz sederhana
2 batang serai
2 kuntum bunga kunyit (optional)
1 keping asam gelugor
1 pati kiub ikan bilis (optional)
800 ml santan cair
400 ml pati santan
Garam dan gula secukup rasa

BAHAN-BAHAN KISAR HALUS :-)
25 biji cili padi kampung (boleh kurangkan)
5 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1/2 inci kunyit hidup
1/2 inci belacan

CARA MEMBUATNYA 

Peria katak dibelah dua, buang bijinya, kemudian setiap belahan dibelah dua tapi tak putus, cuci dan rendam dalam air garam 15 minit. Udang dibersihkan dan tak perlu dibuang kulit. Cuci dan toskan..

Panaskan sedikit minyak dalam periuk (anggaran 3 camca besar),tumis serai dan bahan kisar halus hingga harum dan terbit minyak. Kacau selalu dan guna api kecil. Masukkan udang dan gaul rata. Bila udang berubah warna, tuang santan cair. Kacau dan biar mendidih.
Masukkan asam gelugor dan peria tadi (toskan). Kacau dan masak hingga peria lembut, masukkan bunga kunyit dan kiub ikan bilis, tuang pati santan, kacau rata. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa, masak sekejap dan rasa, jika ok boleh matikan api. Boleh hidangkan..

AMRAYY

No comments:

Artikel,Video Dan Foto Mungkin Membantu Anda Dalam Pencarian Maklumat..!!!