Monday 17 March 2014

#mh370 : Missing Jetliner Is Not A Factor In Bursa Malaysia's Decline


SINGAPORE, 16 March 2014 External factors, and not the missing Malaysia Airlines Flight MH370, have influenced the decline in share prices on Bursa Malaysia.

These factors include uncertainty over China's economic growth and continuing political tension in Ukraine.

AMP Capital Investors Head of Investment Strategy and Chief Economist Dr Shane Oliver said most global share markets posted a decline last week due to this and it was not surprising to see the Malaysian share market also slide.

"Despite the news surrounding the missing jetliner, the Kuala Lumpur Composite Index (KLCI) only fell 1.5 per cent, whereas other Asian markets actually recorded a steeper decline," he added.

At close on Friday, the share of Malaysia Airlines rose half-a-sen to 24 sen.

Oliver said this in response to a question on whether the missing jetliner incident had impacted the Malaysian share market last week.

"Overall, Malaysia has held up well in the face of a bad week for global shares.

"We might see more rough trading next week in the KLCI. But this will again likely be due more to global forces, including weakness in the US and European shares, due to worries about Ukraine," he added.

Flight MH370 went missing en route from Kuala Lumpur to Beijing and about an hour after taking off from the KL International Airport in Sepang.

-- BERNAMA
AMRAYY

Saturday 15 March 2014

#Terkini #amrayylensa Enam maut, tiga kritikal, disyaki mengambil dadah ketika konsert Bukit Jalil


KUALA LUMPUR: Enam maut termasuk tiga gadis, disyaki akibat mengambil dadah berlebihan hingga mengalami sesak nafas, ketika menghadiri sebuah konsert di Stadium Bukit Jalil malam tadi.

Tiga lagi lelaki dalam keadaan kritikal, kata Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mohmad Salleh hari ini.

Enam orang yang meninggal dunia itu adalah warga tempatan berumur 19 hingga 28 tahun dan disahkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) dan Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) awal pagi tadi.

Mereka ialah Kamal Zekry Kamal Basha, 22; Victor Wong E Hern, 26; Sabreena Kamaruddin 21; M.Suresh, 28; Syazana Sohaime, 23; dan Nor Faizza Mohd Wazir, 27.

Dua orang yang kritikal ialah warga Singapura dan seorang lagi warga tempatan, dalam lingkungan umur 19 dan 27 tahun, mereka kini menerima rawatan di PPUM dan di PPUKM, katanya. - BERNAMA

AMRAYY

#MH370 #amrayylensa APMM kerah tiga kapal bantu operasi SAR di Selat Melaka


LANGKAWI: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) menggerakkan tiga kapalnya membuat rondaan di Selat Melaka dalam usaha membantu misi mencari pesawat Malaysia Airlines MH370 yang hilang sejak Sabtu lepas. 

Menurut seorang pegawai APMM, operasi agensi itu melibatkan enam sektor di utara Selat Melaka dan operasi dilakukan 24 jam. "Operasi di Selat Melaka berjalan seperti biasa setiap hari," katanya kepada pemberita yang mengikuti operasi itu hari ini.

APMM membawa 24 wakil media termasuk dua dari Guangzhou, China untuk turut serta dalam operasi mencari itu. Mereka dibawa ke sekitar Pulau Perak, kira-kira 60 batu nautika dari Bukit Malut di sini.

Pesawat MH370 yang membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal ke Beijing hilang kira-kira sejam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL pada 12.41 tengah malam Jumaat.

Pesawat itu sepatutnya mendarat di Beijing pada pukul 6.30 pagi Sabtu.
BERNAMA

#MH370 Kenyataan akhbar DS Najib mengenai pesawat yang hilang


KUALA LUMPUR: Berikut ialah kenyataan akhbar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini mengenai pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 yang hilang:

Tujuh hari lepas, pesawat Malaysia Airlines penerbangan MH370 hilang. Kami sedar ini merupakan detik-detik yang amat menyeksakan bagi keluarga penumpang yang menaiki pesawat itu.

Tiada kata-kata yang dapat menggambarkan keperitan yang sedang mereka alami. Sesungguhnya, perasaan simpati dan doa kami sentisa bersama mereka.


Saya meneliti operasi mencari pesawat itu sepanjang masa. Pada peringkat awal operasi, saya mengarahkan supaya kawasan mencari diperluaskan; saya mengarahkan pihak berkuasa Malaysia berkongsi semua maklumat berkenaan secara bebas dan telus dengan pasukan penyiasat yang semakin besar; dan saya meminta sahabat dan sekutu kami supaya menyertai operasi ini. Sehingga hari ini, sebanyak 14 negara, 43 kapal dan 58 pesawat terlibat dalam usaha ini.

Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua kerajaan yang memberi pertolongan dalam saat-saat yang amat getir ini. Sejak hari pertama lagi, pihak berkuasa Malaysia bekerjaama rapat dengan rakan kami di peringkat antarabangsa - termasuk negara jiran, pihak berkuasa penerbangan dan pasukan mencari dari pelbagai negara - kebanyakan mereka berada di sini sejak Ahad lepas.

Kami telah berkongsi maklumat secara tepat masa dengan pihak berkuasa yang memiliki pengalaman diperlukan bagi mentafsir data yang ada. Kami berusaha tanpa henti untuk membantu penyiasatan. Dan kami meletakkan kepentingan negara di tempat kedua dalam usaha mencari pesawat yang hilang itu.

Ramai yang faham bahawa situasi ini belum pernah terjadi sebelum ini. Kami menjalankan operasi mencari di darat, di Laut China Selatan, Selat Melaka, Laut Andaman dan Lautan Hindi. Pada setiap peringkat, kami bertindak berdasarkan maklumat yang disahkan dan kami memberi tumpuan terhadap setiap petunjuk yang boleh dipercayai.

Memang wujud pelbagai spekulasi. Kami faham keperluan mendesak untuk mendapatkan maklumat bagi pihak keluarga terbabit dan mereka yang memerhati di seluruh dunia. Namun demikian, tanggungjawab kami kepada penyiasatan dan keluarga terbabit adalah untuk hanya mengeluarkan maklumat yang sudah disahkan. Dan perkara yang memberi motivasi kepada kami ialah untuk mencari pesawat berkenaan.

Dalam fasa pertama operasi mencari, kami melakukan pencarian berhampiran posisi terakhir MH370 yang diketahui iaitu di Laut China Selatan. Pada waktu yang sama, kami dimaklumkan oleh Tentera Udara Diraja Malaysia bahawa menurut radar utama mereka, sebuah pesawat udara – yang identitinya tidak dapat disahkan – telah berpatah balik. Data radar utama ini menunjukkan bahawa pesawat udara berkenaan menggunakan laluan penerbangan yang membawanya ke satu kawasan di utara Selat Melaka.

Berdasarkan data yang boleh dipercayai ini, yang kemudiannya disahkan dengan pihak berkuasa antarabangsa berkaitan, kami meluaskan kawasan mencari hingga meliputi Selat Melaka dan kemudiannya Laut Andaman.

Awal pagi tadi, saya diberi taklimat oleh pasukan penyiasat - yang dianggotai FAA, NTSB, AAIB, pihak berkuasa Malaysia serta Pemangku Menteri Pengangkutan - mengenai maklumat baharu yang memberi lebih banyak petunjuk tentang apa yang berlaku kepada MH370.

Berdasarkan maklumat terbaharu satelit, kami boleh menyatakan dengan tahap kepastian yang tinggi bahawa Sistem Pengendalian Komuniksi dan Laporan Pesawat (ACARS) dimatikan sejurus sebelum pesawat berkenaan sampai ke pantai timur semenanjung Malaysia.

Sejurus selepas itu, berhampiran sempadan kawalan trafik udara antara Malaysia dan Vietnam, transponder pesawat itu dimatikan.

Mulai saat itu, radar utama Tentera Udara Diraja Malaysia menunjukkan sebuah pesawat, yang dipercayai – tetapi tidak disahkan – MH370 memang berpatah balik. Ia kemudian terbang semula ke arah barat melalui semenanjung Malaysia, sebelum membelok ke arah barat laut. Sepanjang tempoh itu, sehinggalah ia hilang daripada liputuan radar utama tentera, pergerakan yang berlaku menunjukkan ia adalah hasil tindakan secara sengaja oleh seseorang yang berada di dalam pesawat berkenaan.

Hari ini, berdasarkan data satelit belum proses yang diperoleh daripada penyedia perkhidmatan data satelit, kami boleh mengesahkan bahawa pesawat yang ditunjukkan di dalam radar utama itu adalah penerbangan MH370. Selepas banyak kajian forensik dibuat dan perbincangan mendalam diadakan, FAA, NTSB, AAIB dan pihak berkuasa Malaysia, yang mengkaji data itu secara berasingan, memberi pendapat yang sama.

Menurut data baharu itu, komunikasi terakhir yang disahkan berlaku antara peswat itu dengan satelit ialah pada pukul 8:11 pagi waktu Malaysia, Sabtu, 8 Mac.

Pasukan penyiasat sedang membuat kiraan selanjutnya untuk mengetahui hingga sampai ke mana pesawat itu mungkin terbang selepas kali terakhir ia mempunyai hubungan. Ini akan membantu kami memperhalusi lagi usaha mencari.

Berikutan jenis data satelit yang ada, kami tidak dapat mengesahkan lokasi tepat pesawat itu berada ketika kali terakhir ia mempunyai hubungan dengan satelit.

Bagaimanapun, berdasarkan data baharu ini, pihak berkuasa penerbangan Malaysia dan rakan antarabangsanya memutuskan bahawa komunikasi kali terakhir antara pesawat itu dengan satelit berlaku di satu daripada dua koridor ini: koridor utara yang menjangkau lebih kurang dari sempadan Kazakhstan dan Turkmenistan hingga ke utara Thailand, atau koridor selatan dari Indonesia hingga ke selatan Lautan Hindi. Pasukan penyiasat sedang berusaha untuk memperhalusi lagi maklumat ini.

Berikutan perkembangan terbaharu ini, pihak berkuasa Malaysia mengalih fokus penyiasatan mereka kepada petugas dan penumpang pesawat berkenaan. Walaupun terdapat laporan media bahawa pesawat itu telah dirampas, saya ingin menegaskan dengan sejelas-jelasnya bahawa: kami sedang menyiasat semua kemungkinan yang boleh menyebabkan MH370 melencong daripada laluan asal penerbangannya.

Maklumat satelit terbaharu ini memberi kesan penting terhadap bentuk dan skop operasi mencari. Kami telah menghentikan operasi kami di Laut China Selatan dan menilai semula penggunaan aset kami. Kami sedang bekerjasama dengan negara berkaitan dan memohon mereka memberi semua maklumat berkenaan untuk digunakan dalam operasi mencari, termasuk data radar.

Oleh kerana dua koridor baharu itu melibatkan banyak negara, maka kedutaan negara berkenaan hari ini diundang menghadiri majlis taklimat bersama Kementerian Luar Negeri dan pakar teknikal berhubung maklumat yang baharu diperoleh itu. Saya juga telah mengarahkan Kementerian Luar Negeri memberi taklimat penuh kepada kerajaan-kerajaan asing, yang rakyat mereka menjadi penumpang pesawat itu. Pagi tadi, Malaysia Airlines memaklumkan kepada keluarga penumpang dan petugas pesawat mengenai perkembangan terbaharu ini.

Jelas sekali, usaha mencari MH370 kini memasuki fasa baharu. Sepanjang tujuh hari lepas, kami mengikuti setiap petunjuk dan mengkaji pelbagai kemungkinan. Kepada keluarga dan rakan-rakan mereka yang terlibat, kami berharap maklumat baharu ini akan membawa kami lebih dekat kepada menemui pesawat berkenaan.

SEKIAN.
AMRAYY

#PRKkajang : Wanita BN ikrar terus guna pendekatan terbaik - Shahrizat



KAJANG: Wanita Barisan Nasional (BN) berikrar akan terus dengan pendekatan tidak menyebarkan fitnah, tohmahan dan maki hamun sepanjang kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang dalam usaha menarik sokongan pengundi di kawasan itu.

Pengerusinya, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, berkata berbanding pembangkang yang gemar menggunakan pendekatan negatif termasuk membuat hasutan dan memburukkan kepemimpinan negara, pergerakan itu lebih menumpukan usaha memberi penerangan mengenai dasar dan langkah kerajaan dalam membangunkan negara.

Sambil menyifatkan sudah wujud kesedaran dalam kalangan penduduk Kajang untuk menyokong usaha kerajaan BN, beliau berkata lawatan dari rumah ke rumah hanya menerangkan kewajaran memberi undi kepada Datin Paduka Chew Mei Fun.
AMRAYY

#PRKkajang Pengundi perlu fikir banyak kali sebelum buat keputusan


KAJANG: Pengundi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang perlu berfikir banyak kali sebelum membuat keputusan memberi undi kepada calon PKR, Datuk Seri Wan Azizah Ismail.

Pengerusi Perhubungan UMNO Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir, berkata PKR sudah membuang banyak masa penduduk Kajang apabila bertindak 'mengadakan' Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Kajang yang sepatutnya tidak perlu diadakan.

Katanya, punca pilihanraya ini diadakan adalah kemelut dalaman yang dialami antara pemimpin pembangkang dan mereka cuba mengalihkannya melalui proses PRK.
AMRAYY