Sunday 22 December 2013

[Video] Sukan SEA 2013 Myanmar - Muhammad Nazreen Atlet Acara 10m Platform individu lelaki


19hb Dis 2013, Khamis Muhammad Nazreen Abdullah 15, unggul dalam acara 10m platform individu lelaki. Acara terjun yang membuka tirai Rabu lalu tidak menghampakan dua dari tiga pingat emas kepada kontinjen negara pada hari ke-15 Sukan SEA Myanmar.


1

9hb Dis 2013, Khamis Muhammad Nazreen Abdullah 15, unggul dalam acara 10m platform individu lelaki. Acara terjun yang membuka tirai Rabu lalu tidak menghampakan dua dari tiga pingat emas kepada kontinjen negara pada hari ke-15 Sukan SEA Myanmar.

Lebih membanggakan pada acara sukan yang berlangsung di pusat Akuatik Wunna Theikdi yang mempertandingkan dua acara akhir itu, penerjun Malaysia membolot dua tempat teratas dalam kedua-dua acara berkenaan.

Selepas 15 hari temasya itu berlangsung, kontinjen negara meraih keseluruhan 30 pingat emas, 30 perak dan 55 gangsa untuk kekal di tempat ke lima.

Sumber: Astro

AMRAYY

Friday 20 December 2013

KURANGNYA PROMOSI KEATAS ATLIT BANGSA MELAYU.!!! PEMENANG PINGAT EMAS SUKAN SEA MYANMAR 2013 @NajibRazak @Khairykj

Siapa Mohd Nazren ni.??
 Ooo.. Budak melayu.!! 
 Umur berape??
 15 tahun..!! 
Sukan apa??
 Sukan acara terjun 10m platform.!!!
 Tak minatlah.!! 
lain la bola sepak kerr.!!
Datuk Nicol Ann David sukan squash ker..!!
 ok lahh..!!

Beginilah respon yang aku dapat bila bertanya pada orang-orang keliling aku.!! 
Nazreen, tak apa dia orang tak ambil tahu tentang kita ni tak apa, Nanti Pak Tam publish kat blog Pak Tam!
     
 Aku cuba google dalam laman-laman web portal dan blog berita sukan tentang Nazree, satupun tiada... Tak putus asa aku cuba google images, cuma 1 dan 2 keping gambar sahaja yg ada. Gambar-gambar Mohd Nazreen ni pun aku dapat dari Facebook rakan-rakan berbangsa cina Nazreen..Kesiaannn aku tengoknya.!!

Aku agak kecewa media yang sepatutnya memainkan peranan penting malahan kurang melakukan tugas mempublish sukan ini. Setahu aku peruntukan yang dikeluarakan oleh kerajaan tinggi bagi media menjalankan tugas mencari berita sukan untuk diketengahkan kepada masyarakat..

Bagi aku sukan ini boleh menjadi platfom untuk anak-anak melayu mencipta nama dan mengharumkan nama negara.. So, Menteri belia  dan sukan YB Khairy Jamaluddin Aku harap tahu menjalankan peranannya untuk menegur media-media seperti Portal, laman-laman media sosial yg berbayar dan apa sahaja media bagi menjalankan tugas mereka dengan lebih iklas..!!!

heehehhehehhe...Jangan marah ekkk.!!!

Photo-photo Mohd Nazreen







Nazreen bersama teman-teman seperjuangan
Ketika menyertai kejohanan Sukan Malaysia di Pahang


Bersama seniornya yang turut memenangi pingat perak di sukan SEA Myanmar 2013










Atlit termuda Malaysia sewaktu dia berusia 11 tahun. Ketika ini beliau bersama atlit-atlit antarabangsa di Australia












Photo 2 tahun yang lalu, semasa di kampung berhari raya.
Gambar aku ambil dari Facebook adik kepada Nazreen, masa tu takde duit nak beli camera dan tak terlibatpun dalam 
                                                                                                media sosial ni.!!



Tahniah Nazreen.!!! Pak Tam bangga sekali diatas pencapaian Nazreen.!!
Teruskan perjuangan mengharumkan nama negara.

AMRAYY


[VIDEO] ISU PERHIMPUNAN GULINGKAN KERAJAAN 31HB 12 2013 BERSAMA AHLI DEWAN NEGARA @NajibRazak @Khairykj @jamawijaafar @dinogombak @ibdil

Perhimpunan Gulingkan Kerajaan dirancang untuk dilakukan pada 31 Disember 2013 ini seumpama mengambil kesempatan sempena sambutan tahun baru yang setiap tahun dijalankan di Dataran Merdeka.

Menggunakan kesempatan dengan ramai manusia berkumpul pada malam tersebut, mereka akan mengambil gambar lautan manusia yang berkumpul untuk menyambut tahun baru tesebut dan mereka akan katakan itulah rakyat yang berhimpun untuk melakukan demonstrasi!

Begitu jijiknya perancangan mereka!

Media pro-demonstrasi haram ini akan menyiarkan gambar-gambar ini untuk mempengaruhi mereka yang tidak berada di lokasi untuk benar-benar percaya bahawa dengan perhimpunan ramai sebegitu, semestinya perjuangan mereka betul.

Namun strategi jahat mereka ini perlu didedahkan. Dan rakyat yang cintakan keamanan perlu menolak perhimpunan sebegini!

Bagaimaana pandangan dua orang ahli parlimen yang sempat kami interview petang tadi di bangunan Parlimen setelah isu ini diperdebatkan di dalam dewan rakyat.
Saksikan 2 video panas dibawah.!!!!

YB Senator Datuk Yahaya Bin Mat Ghani
Ahli Dewan Negara


YB Senator Datuk Megat Zulkarnain Bin Tan Sri Omardin
Ahli Dewan Negara

PHOTO DI PARLIMEN












AMRAYY