Wednesday 14 August 2013

Berhari Raya Di Kampung Bersama Keluargaku Di Negeri Sembilan


DI HARI RAYA INI GUA NAK UCAPKAN SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI KEPADA SEMUA PEMBACA BLOG GUA..!! KAWAN-KAWAN YANG RASA NAK DATANG RUMAH BERAYA, PINTU SENTIASA TERBUKA BAGI SESIAPA YANG SUDI.!! YANG TAK SUDI TU GUA NAK BUAT MACAM NER LAGI, PENAT DAH GUA CALL DAN SMS, SURUH DATANG, TAK JUGAK DATANG.!!
CERITA PANJANG PUN BUAT MAKAN HATI GUA JER, LU LAYAN JERLAH GAMBAR DAN VIDEO UNTUK RENUNGAN KITA BERSAMA.!!

 Malam raya pertama gua panggang kambing, yang gua beli kat kakak gua, sebab kakak gua ni bela kambing.
kambing ni kecil jer, gua beli cuma rm300 jer, jadilah makan ramai-rami dgn keluarga.hehehe

 Ini mak dan kakak gua sedang siapkan guali arnab.


 orang rumah sempat berposing..hehehehehe
 Ini adik gua yang bongsu no.14


 Ini  gambar gua beraya kat rumah abg sulung gua di Pasuh 3


 Ini gambar gua kat rumah paksu gua di Serting Negeri sembilan








 Ini kat rumah Pakcik gua sebelah arwah abah.

 Ini anak-anak pakcik gua. Yang baju hitam tu pernah masuk Master Chef.


 Selepas kepenatan beraya gua dan abg ipar, bincang tentang camera..hahahahaha



 Gua dan keluarga sedang makan kambing bakar beramai-ramai..hehehehe

 Ini semua anak saudara gua, tapi belum semua ada sebab ada yang dah balik.




AMRAYY

Sunday 11 August 2013

Bungkusan meletup: Muhyiddin ucap takziah, gesa polis siasat segera dalang.






KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengucapkan takziah kepada keluarga Mohd Yusrizal Mat Zain, 32, yang maut apabila bungkusan yang ditinggalkan di atas bumbung sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) meletup di Tumpat, Kelantan, hari ini.

Muhyiddin berkata beliau amat sedih dengan kejadian itu, lebih-lebih lagi ketika umat Islam sedang meraikan Aidilfitri.

"Kepada keluarga Allahyarham, saya merakamkan ucapan takziah dan berharap dapatlah bersabar dan redha dengan dugaan Allah ini," katanya dalam kenyataan di sini.

Muhyiddin menggesa polis menjalankan siasatan dengan segera untuk mengenal pasti pihak yang bertanggungjawab.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kelantan ACP Lai Yong Heng sebelum ini berkata kejadian berlaku pada 11 pagi ketika Mohd Yusrizal cuba mengambil bungkusan yang diletak di atas bumbung MPV milik abang iparnya yang berada di halaman rumah mentuanya di Taman Seri Periuk, Kampung Periuk, Tumpat.

Menurutnya, letupan itu menyebabkan mangsa cedera parah di kedua-dua tangan serta badan dan meninggal dunia di tempat kejadian.

Berasal dari Kampung Kenor, Kuala Krai dan bertugas sebagai kerani di Sekolah Rendah Kebangsaan Manik Urai, Mohd Yusrizal dikatakan tiba di rumah mentuanya itu malam semalam bagi meraikan Aidilfitri.

Allahyarham meninggalkan seorang isteri dan bayi perempuan berusia empat bulan.
AMRAYY