Wednesday 31 July 2013

ANGKARA PEMBUNUH UPAHAN SEORANG LAGI DI TEMBAK DI PERAK




PARIT BUNTAR : Seorang penduduk Taman Semarak Parit Buntar berketurunan India telah mati ditembak sekitar jam 10.30 pagi tadi berdekatan dengan simpang tiga tidak jauh dari Sekolah Kebangsaan Baru Parit Buntar.
Menurut saksi sebanyak 3 das tembakan telah di lepaskan ke arah mangsa dan 2 darinya kena pada mangsa . Satu dibahagian hati dan satu dibahagian perut.

Tembakan tersebut juga jelas kedengaran dari Sekolah Menengah Panglima Bukit Gantang yang terletak hampir 1 km dari tempat kejadian.

Dikatakan mangsa dengan menaiki motosikal telah ditembak dari jarak dekat oleh 2 orang yang tidak di kenali yang juga menaiki sebuah motosikal.

Sehingga kini motif tembakan masih tidak dapat disahkan.

AMRAYY

Jenazah Hussain Najadi selamat dikebumi





KUALA LUMPUR: Jenazah pengasas Arab Malaysian Bank Hussain Ahmad Najadi yang ditembak mati di Lorong Ceylon di sini pada Isnin, selamat dikebumi di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara semalam.

Jenazah Hussain disemadi pada 10 malam setelah disembahyangkan di Masjid Wilayah Persekutuan Jalan Duta selepas solat Isyak.

Balu Allahyarham, Chong Mei Kuen serta kira-kira 30 anggota keluarga dan rakan beliau hadir memberi penghormatan terakhir.

Turut hadir bekas Menteri Luar Bandar dan Wilayah Tan Sri Abdul Aziz Shamsuddin.

Dalam kejadian semalam, Hussain, 75, ditembak mati manakala Chong, 49, cedera ditembak dari jarak dekat di tempat letak kereta selepas keluar dari sebuah tokong Cina di Lorong Ceylon.

Hussain terkena dua das tembakan di bahagian dada dan meninggal dunia di tempat kejadian manakala isterinya cedera di pergelangan tangan kiri serta paha kanan.

Sementara itu, bekas isteri pertama Allahyarham, Heidi Najadi, 72, yang menetap di Malaysia sejak tiga tahun lepas, meminta polis menyiasat insiden berkenaan dengan terperinci.

"Beliau tidak mempunyai musuh... beliau seorang insan yang baik," katanya kepada pemberita selepas pengebumian itu.

Anak lelaki Hussain, Pascal Najadi, 46, pula berkata bapanya adalah seorang yang berhati mulia.

"Beliau adalah kawan karib saya dan seorang sahabat yang baik dengan semua orang yang bernasib baik mengenalinya," katanya.

AMRAYY

PENGUATKUASAAN PEMILIKAN SENJATA API PENYEBAB PENGGUNA SENJATA HARAM MENINGKAT.





BANDAR SUNWAY: Penguatkuasaan bersepadu terhadap pemilikan senjata api di negara ini termasuk rampasan-rampasan senjata api yang begitu berleluasa dilihat punca kepada peningkatan penggunaan senjata api haram yang membawa kepada kejadian tembak mati pada akhir ini.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar menjelaskan bahawa ketirisan keluar masuk di sempadan membolehkan senjata-senjata api ini diseludup masuk secara haram ke negara ini.

"105km panjangnya sempadan Sungai Golok dan ribuan kilometer panjangnya sempadan lautan negara ini dilihat membuka peluang kepada penyeludup untuk membawa masuk senjata api secara haram," kata Khalid.

"Rangkaian sindiket jenayah juga memudahkan mereka memperoleh senjata-senjata api secara haram ini.

"Satu pasukan siasatan khas juga telah ditubuhkan oleh PDRM diketuai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Datuk Hadi Ho Abdullah untuk menyiasat dan mengumpul maklumat mengenai situasi ini.

"Sehingga kini telah banyak kejayaan dirakamkan oleh pasukan siasatan khas ini dalam membanteras kejadian tembak-menembak dan penyeludupan senjata api. "

"Masyarakat juga diharapkan dapat bertenang dan tidak membuat sebarang spekulasi dan andaian dan tidak mudah menuding jari dalam mencari kesilapan pihak berkuasa yang kononnya dilihat gagal menangani masalah jenayah melibatkan senjata api ini.

"Kita sama-sama bertanggungjawab terhadap apa yang berlaku," katanya lagi.

Sementara itu, mantan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Tan Sri Mohd Zaman Khan ketika dihubungi Astro Awani berkata, penyiasatan lebih mendalam amatlah diperlukan dalam mengesan penjenayah yang terlibat dalam beberapa kejadian tembak mati kebelakangan ini.

"Memang tidak dinafikan, kejadian yang berlaku ini sedikit sebanyak menimbulkan kebimbangan kepada masyarakat kerana kejadian ini juga merupakan sebuah 'trend' atau fenomena yang baru," kata Mohd Zaman.

Beliau menambah, kejadian yang berlaku ini juga menimbulkan kerisauan kepada mereka yang mempunyai perniagaan yang besar.

"Mungkin adanya saingan ataupun salah faham yang berlaku ketika urusniaga perniagaan maka dengan sebab inilah khidmat pembunuh upahan sering digunakan," katanya lagi.

Namun, saya percaya polis mampu menyelesaikan kes ini dengan segera dan sesiapa juga yang terlibat akan diberkas.

                                                                                                   AMRAYY

Saturday 27 July 2013

TERBONGKAR!! Suara Azan RASMI Dunia!!!

MasyaAllah.. Ini dia empunya Suara Azan!



Jika suara azanya dah cukup merdu...bagaimana agaknya suara azan billal bin rabbah agaknya yer... Subhanallah.,..,

AMRAYY

Orang ramai disaran bantu pantau blog Alvin, Vivian





KUALA TERENGGANU: Orang ramai disaran membuat aduan kepada pihak berwajib jika terlihat pasangan kontroversi Alvin Tan dan Vivian Lee yang masih memuat naik gambar atau apa-apa kenyataan berbaur hasutan di laman sosial.

Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Jailani Johari berkata masyarakat juga boleh memantau perkara itu dan jika berulang boleh membuat aduan.

Sehubungan itu, beliau berharap pasangan terbabit mematuhi syarat yang ditetapkan oleh mahkamah dengan tidak mengulangi perbuatan itu.

"Dalam hal ini, saya minta supaya orang awam turut memantau apa yang dilakukan oleh pasangan ini dalam blog mahupun laman sosial mereka agar perkara yang sama tidak berulang.

"Tidak semestinya Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) yang boleh memantau perkara ini, orang ramai juga boleh memantau dan jika ternampak boleh buat aduan terus kepada pihak berwajib," katanya kepada pemberita di sini.

Semalam, Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Mohd Azman Husin membenarkan Alvin dan Vivian dijamin RM30,000 seorang berserta empat syarat iaitu pasangan itu perlu menyerahkan pasport kepada mahkamah; melapor diri di balai polis pada minggu pertama setiap bulan; dilarang memuat naik artikel, komen, gambar lucah serta apa-apa bentuk penulisan yang boleh menyentuh sensitiviti agama dan perkauman; serta dihalang menggunakan peranti komunikasi berangkaian bagi mengakses Internet.

Alvin atau nama penuhnya Tan Jye Yee, 25, dan Vivian atau Lee May Ling, 24, didakwa bersama-sama menerbitkan satu penerbitan menghasut di laman Facebook 'Alvin and Vivian - Alvivi' di pautan https://www.facebook.com/alvivi.swingers iaitu kandungan gambar dan komen yang bertajuk "Selamat Berbuka Puasa (dengan Bak Kut Teh..wangi, enak, menyelerakan !!!" yang mengandungi logo Halal.

Dalam perkembangan lain, Jailani berkata SKMM hanya akan bertindak jika menerima aduan berhubung penyalahgunaan internet atau laman sosial termasuk blog-blog.

Bagaimanapun beliau berkata dalam kebanyakan kes, kehadiran SKMM lebih kepada membantu siasatan memandangkan kes-kes itu akan dirujuk kepada pihak yang berkaitan terlebih dahulu.

"Sebagai contoh, penyebaran ajaran Syiah di internet adalah di bawah tanggungjawab jabatan agama manakala isu kantin sekolah yang kecoh sebelum ini di bawah Kementerian Pendidikan.

"Dalam hal ini, SKMM akan membantu apa yang perlu termasuk dari segi pemantauan. Jadi, sebab itulah saya rasa kita perlu wujudkan kawalan kendiri bagi mengatasi masalah ini. Mana-mana orang awam yang ada maklumat mengenai perkara ini, mereka boleh buat laporan terus kepada kami," katanya.
AMRAYY

Friday 26 July 2013

KEKASIH ALLAH DI DETIK TERAKHIR HIDUPNYA (SEDIHNYA)



AIRMATA RASULULLAH SAW
Tiba-tiba dari luar pintu terdengar seorang yang berseru mengucapkan salam. 'Bolehkah saya masuk?' tanyanya. Tapi Fatimah tidak mengizin kannya masuk, 'Maafkan lah,ayahku sedang demam, kata Fatimah yang membalikkan badan dan menutup pintu. Kemudian ia kembali menemani ayahnya yang ternyata sudah membuka mata dan bertanya pada Fatimah,'Siapakah itu wahai anakku?' 'Tak tahulah ayahku, orang sepertinya baru sekali ini aku melihatnya,' tutur Fatimah lembut. Lalu, Rasulullah menatap puterinya itu dengan pandangan yang menggetarkan.Seolah-olah bahagian demi! bahagian wajah anaknya itu hendak dikenang.
'Ketahuilah, dialah yang menghapuskan kenikmatan sementara, dialah yang memisahkan pertemuan di dunia. Dialah malaikatul maut,' kata Rasulullah, Fatimah pun menahan ledakkan tangisnya. Malaikat maut datang menghampiri, tapi Rasulullah menanyakan kenapa Jibril tidak ikut sama menyertainya.
Kemudian dipanggilah Jibril yang sebelumnya sudah bersiap di atas langit dunia menyambut ruh kekasih Allah dan penghulu dunia ini. Jibril, jelaskan apa hakku nanti di hadapan Allah?', tanya Rasululllah dengan suara yang amat lemah. 'Pintu-pintu langit telah terbuka, para malaikat telah menanti ruhmu. 'Semua syurga terbuka lebar menanti kedatanganmu,' kata Jibril. Tapi itu ternyata tidak membuat kan Rasulullah lega,matanya masih penuh kecemasan. 'Engkau tidak senang mendengar khabar ini?', tanya Jibril lagi. 'Khabarkan kepadaku bagaimana nasib umatku kelak?' 'Jangan khawatir, wahai Rasul Allah, aku pernah mendengar Allah berfirman kepadaku: 'Kuharamkan syurga bagi siapa saja, kecuali umat Muhammad telah berada di dalamnya,' kata Jibril. Detik-detik semakin dekat, saatnya Izrail melakukan tugas. Perlahan ruh Rasulullah ditarik.Nampak seluruh tubuh Rasulullah bersimbah peluh, urat-urat lehernya menegang. 'Jibril, betapa sakit sakaratul maut ini.' Perlahan Rasulullah mengaduh. Fatimah terpejam, Ali yang disampingnya menunduk semakin dalam dan Jibril memalingkan muka.'Jijikkah kau melihatku, hingga kau palingkan wajahmu Jibril?' Tanya Rasulullah pada Malaikat pengantar wahyu itu. 'Siapakah yang sanggup, melihat kekasih Allah direnggut ajal,' kata Jibril. Sebentar kemudian terdengar Rasulullah mengaduh, karena sakit yang tidak tertahankan lagi.
'Ya Allah, dahsyat nya maut ini, timpakan saja semua siksa maut ini kepadaku, jangan pada umatku.' Badan Rasulullah mulai dingin, kaki dan dadanya sudah tidak bergerak lagi. Bibirnya bergetar seakan hendak membisikkan sesuatu, ! Ali segera mendekatkan telinganya. 'Uushiikum bis shalati, wa 'peliharalah shalat dan peliharalah orang-orang lemah di antaramu.'
Diluar pintu tangis mulai terdengar bersahutan, sahabat saling berpelukan. Fatimah menutupkan tangan di wajahnya, dan Ali kembali mendekatkan telinganya ke bibir Rasulullah yang mulai kebiruan.

'Ummatii,ummatii,ummatiii?' - 'Umatku, umatku, umatku' Dan, berakhirlah hidup manusia mulia yang memberi sinaran itu. Kini, mampukah kita mencintai sepertinya? Allahumma sholli 'ala Muhammad wa baarik wa salim 'alaihih
Betapa cintanya Rasulullah kepada kita.

NB: Kirimkan kepada sahabat-sahabat muslim lainnya agar timbul kesadaran untuk mengingat maut dan mencintai Allah dan RasulNya, seperti Allah dan Rasulnya mencintai kita.          Ya اَللّهُ : 
✔ Muliakanlah yang membaca pesan ini
✔ Lapangkanlah hatinya
✔ Bahagiakanlah keluarganya, dan 
✔ Luaskan rezekinya seluas lautan yang engkau ciptakan
✔ Mudahkan segala urusannya 
✔ Kabulkan cita-citanya 
✔ Jauhkan dari segala Penyakit, Fitnah, Prasangka 
Keji, Berkata Kasar, dan Mungkar 
✔ Jauhkan dari segala Musibah 
✔ Serta terimalah semua amal ibadahnya, dan 
✔ Kelak jadikanlah dia sebagai penghuni Syurga-MU.
آمِّيْنَ يا رَبَّ الْعَالَمِيْن 
Kirim ke semua orang dalam contact. Doakan mereka, dan mudah²an doa kita dikabulkan.
آمِيّنْ... آمِيّنْ... يَا رَ بَّ العَـــالَمِيْن 
Usaha kirimkan semula agar kita sentiasa saling mendoakan.amin...
AMRAYY

KEMALANGAN KERETAPI LAJU DI SPAIN



AMRAYY

Najib umum bayaran bantuan khas kewangan RM500 kepada penjawat awam






KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan Bayaran Bantuan Khas Kewangan RM500 sebagai persiapan hari raya kepada penjawat awam bagi Gred 1 hingga Gred 54.

Perdana Menteri turut mengumumkan Bayaran Bantuan Khas Kewangan RM250 kepada 660,000 pesara kerajaan bagi menghargai jasa bakti mereka.

Katanya pembayaran bagi bantuan khas itu akan dibuat pada 31 Julai ini.

Bayaran Bantuan Khas Kewangan kepada penjawat awam dan pesara kerajaan itu masing-masing membabitkan peruntukan kewangan RM670 juta dan RM165 juta, katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Di samping bayaran bantuan khas itu, penjawat awam menikmati dua Kenaikan Gaji Tahunan (KGT) pada tahun ini, katanya.

"Pertama, kenaikan gaji tahunan biasa dan kedua adalah pemberian faedah pemindahan gaji yang diawalkan bersamaan dengan amaun 1KGT mengikut gred gaji masing-masing yang akan diterima esok, sebagaimana yang diumumkan oleh saya dalam Majlis Perdana Perkhidmatan Awam (MAPPA) ke-13," katanya.

Najib berkata langkah itu berikutan kajian penambahbaikan skim perkhidmatan dan pembetulan struktur gaji yang akan diselesaikan pada Disember ini dalam Sistem Saraan Transformatif.

Katanya, pembayaran KGT ini melibatkan peruntukan kewangan RM1.3 bilion bagi 1.4 juta penjawat awam bagi tempoh enam bulan atau RM3.9 bilion untuk setahun.

"Faedah ini akan diperoleh sepanjang tempoh perkhidmatan. Mereka juga akan menerima faedah pencen yang lebih tinggi berikutan kenaikan dua KGT pada tahun ini," katanya.

Najib berkata kerajaan memperuntukkan RM4.7 bilion bagi pembayaran KGT dan Bayaran Bantuan Khas Kerajaan bagi penjawat awam dan pesara bagi membantu meringankan beban kewangan bagi persiapan hari raya.
AMRAYY

Zahid Hamidi: Pemimpin politik dikenalpasti terlibat dengan Syiah




KUALA LUMPUR: Kementerian Dalam Negeri sudah mengenalpasti pemimpin politik yang terlibat dengan penyebaran fahaman Syiah di negara ini.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, berkata, tindakan undang-undang akan diambil ke atas individu terbabit jika ada laporan dibuat terhadapnya.

Zahid berkata, kementeriannya mempunyai maklumat lengkap berhubung pembabitan pemimpin parti berkenaan.

Ditanya sama ada kdn akan mendedahkan individu terbabit, Zahid menjelaskan beliau menyerahkan perkara itu kepada Majlis Agama Islam dan parti politik terbabit untuk membuat penilaian sendir.

AMRAYY

Thursday 25 July 2013

HARI INI HARI LAHIR KU 25 JULAI 2013

Kepada semua pembaca blog gua dan teman-teman gua di facebook...
Gua ucapkan ribuan terima kasih di atas kesudian korang semua mengucapkan "SELAMAT HARI LAHIR" untuk gua.. Tak lupa juga buat keluarga gua yang mengingati hari ini hari lahir gua.. Yang paling membanggakan gua,hari lahir gua tahun ini jatuh pada bulan Ramadhan yang berkah iaitu selepas 16 hari kita menunaikan ibadah puasa.. Alhamdulillah .. Gua masih di beri peluang untuk menikmati hidup di dunia yang hanya pinjaman ini.. Semoga gua di panjangkan umur,di murahkan rezeki,di lindungi dari segala mala petaka,di beri kesihatan yang bagus dan sentiasa mendapat keberkatan dari ALLAH SWT.. Amin yarabbal alamin...

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

.
Doa Hari Ke Enam Belas Ramadhan…Semoga  Allah سبحانه وتعالى mengurniakan kehidupan yang baik dan dijauhkan dari segala kejahatan serta dilindungi dengan Rahmat-Nya…
Doa Ramadhan Hari Ke 16.
... AMIN ...

وَالسَّلاَمُ

AMRAYY