
Blog ini adalah blog tentang kehidupan rakyat Malaysia dan apa sahaja yang admin rasa nak tulis dan sunting mengikut citarasa pemikiran admin. Pengunjung perlu menyelami jiwa admin dan penulis, baru boleh layan blog Amrayy Lensa Assault. Blog ini akan sentiasa diperbaiki dari masa ke semasa untuk kepuasan penonton. Jangan lupa komen yang baik dan teguran yang membina, supaya admin akan lebih bersikap positif di masa yang akan datang. terima kasih
Thursday, 13 March 2014
Sunday, 9 March 2014
#amrayylensa : MISTERI!! TUDM SAHKAN MH370 PATAH BALIK KE KLIA.
Pihak berkuasa mengesahkan pesawat MH370 yang terputus hubungan ketika dalam penerbangan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ke Beijing, China telah berpatah balik.
Panglima Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Tan Sri Rodzali Daud ketika mengesahkan perkara itu berkata, kemungkinan besar pesawat tersebut ingin berpatah balik ke KLIA.
Katanya, tindakan juruterbang berpatah balik itu dikesan selepas pihak berkuasa meneliti semula rakaman yang diambil dari radar tentera.
"Kita masih menyiasat mengapa juruterbang tersebut tidak memaklumkan kepada menara kawalan sebelum berpatah balik dan laluan mana yang diambil.
"Kami sedang bekerjasama dengan agensi perisikan dan penyiasatan antarabangsa untuk menyiasat kes ini dengan lebih mendalam," katanya pada sidang akhbar sebentar tadi
Sumber : Kosmo
AMRAYY
#MH370 #amrayylensa JANGAN DENGAR DAN SEBAR SPEKULASI NASIB PESAWAT MH370

Hishamuddin diiringi Ahmad Jauhari (kiri) menjawab pertanyaan pemberita pada sidang media di Putrajaya, semalam.
Putrajaya: Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, menafikan pesawat MH370 yang membawa 239 penumpang ditemui terhempas di perairan selatan Vietnam.
Beliau berkata, berdasarkan maklumat yang diperoleh dari Jabatan Penerbangan Awam (DCA) dan Wisma Putra maklumat itu didapati tidak benar.“Ada juga berita yang disebarkan kata pesawat mendarat cemas di Nanning dan juga ada yang kata pesawat terhempas di sebuah pulau di selatan Vietnam.. ini semua tidak benar dan sudah disahkan DCA,” katanya pada sidang media di sini, semalam.
Beliau berkata, kerajaan sudah menggerakkan semua aset tentera udara, darat dan laut bagi operasi mencari dan menyelamat pesawat MAS itu dengan kawasan carian tertumpu di perairan Laut China Selatan berdekatan sempadan Malaysia/Vietnam.
Bantu operasi menyelamat Katanya, kerajaan juga mendapatkan kerjasama China, Vietnam dan Filipina untuk membantu operasi mencari dan menyelamat.“Pihak ketenteraan dan DCA juga menafikan bangkai pesawat MAS berkenaan dijumpai di perairan Vietnam. “Aset ketenteraan negara sudah digerakkan ke perairan Vietnam, namun setakat ini tiada sebarang penemuan bangkai pesawat dilaporkan,” katanya.
Beliau berkata, kerajaan juga memutuskan untuk mewujudkan pusat koordinasi operasi bagi menyalurkan maklumat terkini b erhubung kehilangan pesawat berkenaan. “Maklumat terbaharu berhubung kejadian akan dikemas kini setiap dua jam. “Ini bagi membolehkan orang ramai mendapat maklumat tepat mengenai kejadian itu dan tidak mendengar spekulasi yang disebarkan pelbagai pihak,” katanya.
Selain itu, Hishammuddin berkata sehingga jam 3 petang, MAS sudah menghubungi hampir 80 peratus ahli keluarga penumpang pesawat berkenaan.
AMRAYY
[VIDEO] LAGU CARI ILHAM.!! Bahagiamu Deritaku #amrayylensa
lagu ini aku tujukan kepada semua pengunjung blog AmrayyLensaAssault yang sentiasa setia mencari sesuatu yang berbeza dari blog-blog lain..Aku menulis mengikut pandangan aku dan ada juga artikel yang aku copy paste sebab menarik dari pandangan mata aku..Buat semua pembaca, AmrayyLensa juga ingin memohon maaf jika ada sesetengah artikal menyinggung perasaan pembaca..Siapalah AmrayyLensa, hanya budak jalanan yang cuba mengubah dunia mengikut kefahaman dari hati yang ikhlas..
AmrayyLensa tidak sekolah tinggi, namun sentiasa berusaha membuktikan yang sijil bukan penyebab seseorang itu tidak boleh berjaya, tapi usaha dan kemahuan setiap individu yang berniat hendak berubah demi masa depan keluarga dan anak-anak yang masih kecil..!!Kurangnya sifat mengasihani sesama individu membuatkan aku meneruskan langkah ini walaupun tiada dorongan dan bantuan dari orang yang aku sanjung hinggalah kepada sahabat yang bersama aku selama ini.
Sahabat hanya sahabat, tidak pernah lebih dari apa yang aku terfikir selama ini..Jatuh dan bangun aku kena lakukan sendiri.. doakan aku berjaya wahai semua yang pernah bersahabat dgn aku selama ini..
layan lah lagu ini, sebab aku sangat suka..!!
AmrayyLensa tidak sekolah tinggi, namun sentiasa berusaha membuktikan yang sijil bukan penyebab seseorang itu tidak boleh berjaya, tapi usaha dan kemahuan setiap individu yang berniat hendak berubah demi masa depan keluarga dan anak-anak yang masih kecil..!!Kurangnya sifat mengasihani sesama individu membuatkan aku meneruskan langkah ini walaupun tiada dorongan dan bantuan dari orang yang aku sanjung hinggalah kepada sahabat yang bersama aku selama ini.
Sahabat hanya sahabat, tidak pernah lebih dari apa yang aku terfikir selama ini..Jatuh dan bangun aku kena lakukan sendiri.. doakan aku berjaya wahai semua yang pernah bersahabat dgn aku selama ini..
layan lah lagu ini, sebab aku sangat suka..!!
AMRAYY
Subscribe to:
Posts (Atom)
Artikel,Video Dan Foto Mungkin Membantu Anda Dalam Pencarian Maklumat..!!!
-
►
2012
(59)
- ► September 2012 (16)
- ► October 2012 (18)
- ► November 2012 (11)
- ► December 2012 (14)
-
►
2013
(261)
- ► January 2013 (19)
- ► February 2013 (23)
- ► March 2013 (10)
- ► April 2013 (48)
- ► August 2013 (22)
- ► September 2013 (8)
- ► October 2013 (19)
- ► November 2013 (15)
- ► December 2013 (44)
-
►
2014
(113)
- ► January 2014 (30)
- ► February 2014 (15)
- ► March 2014 (26)
- ► April 2014 (16)
-
►
2019
(1)
- ► August 2019 (1)