Thursday, 23 January 2014

Cadangan Penambahbaikan Gaji Minimum Diperhalusi Pertengahan Tahun #amrayy


KUALA LUMPUR: Cadangan penambahbaikan gaji minimum akan diperhalusi pada pertengahan tahun ini, kata Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Richard Riot Anak Jaem.

Beliau berkata, masih terlalu awal untuk membincangkan cadangan itu kerana gaji minimum hanya dikuatkuasakan sepenuhnya pada 1 Januari lalu.

"Kami akan hanya tahu impaknya sekurang-kurangnya selepas enam bulan pelaksanaannya dan kami akan lakukan semakan pertengahan penggal sama ada pada Jun atau Julai. "Pada masa itulah baru kami menghalusi mana-mana cadangan yang dikemukakan oleh pelbagai pihak dan memperbaiki kelemahan yang wujud," katanya dalam sidang media selepas menyaksikan majlis menandatangani Ikrar Integriti Korporat antara Pembangunan Sumber Manusia Berhad (PSMB) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini, hari ini.

Riot berkata demikian ketika diminta mengulas gesaan KPMG Malaysia baru-baru ini supaya sektor swasta dan awam menaikkan gaji pekerja mereka secara berperingkat bagi membantu pekerja menangani kos hidup yang semakin meningkat.

Pemeteraian Ikrar Integriti Korporat antara PSMB dan SPRM bertujuan meningkatkan kesedaran dan nilai integriti dalam kalangan pekerja selain menyokong inisiatif kerajaan untuk memperbaiki kedudukan negara bagi Indeks Persepsi Rasuah (CPI).

Majlis menandatangani ikrar itu disempurnakan oleh Ketua Eksekutif PSMB, Ali Badaruddin Abd Kadir dan Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) SPRM, Datuk Sutinah Sutan dengan disaksikan oleh Riot.
Terdahulu dalam ucapannya, Riot berkata PSMB adalah agensi pertama di bawah Kementerian Sumber Manusia menandatangani Ikrar Integriti Korporat.

"Dengan menandatangani Ikrar Integriti Korporat, saya percaya PSMB melakukan lonjakan besar dan menghantar mesej betul dan penting kepada orang awam, untuk mengisytiharkan pendirian PSMB dalam soal integriti dan juga dalam memerangi rasuah.

"Oleh kerana bukan mudah untuk mengendalikan wang, lebih-lebih lagi dana besar berserta tanggungjawab berat untuk membantu negara kita meningkatkan jumlah tenaga kerja mahir daripada 28 peratus kepada 33 peratus pada 2015 dan kepada 50 peratus pada 2020," katanya.

Beliau berkata, sebanyak 13,989 syarikat dengan sejumlah 2.2 juta tenaga kerja dari sektor pembuatan dan perkhidmatan berdaftar dengan PSMB setakat 31 Disember 2013.

Riot berkata, ketika ini juga terdapat lebih 3,400 penyedia latihan berdaftar dan 4,376 program diluluskan dalam PSMB untuk memperakui kelayakan kemahiran pekerja Malaysia.

"Diharapkan di masa depan PSMB akan meningkatkan jumlah majikan berdaftar bagi membolehkan lebih banyak pekerja Malaysia dilatih, ditingkatkan kemahiran dan dilatih semula.

"Malah, ia akan terus membantu negara untuk mengeluarkan tenaga kerja kompeten dengan mengkaji kualiti penyedia latihan yang berdaftar dan program latihan ditawarkan," katanya.

Pada majlis itu, Riot turut melancarkan Kod Etika Perniagaan PSMB bagi memperkasakan prinsip integriti dalam kalangan pekerja dan pihak berkepentingan PSMB. - BERNAMA

AMRAYY

WARTAWAN PERLU BERILMU.!!!

KUALA LUMPUR, 23 Jan (Bernama) -- Wartawan perlu melengkapi diri dengan ilmu pengetahuan dalam pelbagai bidang bagi menghadapi tuntutan cabaran media di masa hadapan, kata Yang Dipertua Dewan Negara Tan Sri Abu Zahar Ujang.

Beliau berkata antara ilmu yang perlu ada pada seseorang wartawan ialah pengetahuan mengenai sistem negara ini, memahami perlembagaan dan mempunyai ilmu dalam undang-undang negara.
Katanya, dengan pengetahuan perkara-perkara kenegaraan itu, seseorang wartawan mampu untuk menangkis dakyah atau tohmahan terhadap kerajaan yang sering dilemparkan menerusi media alternatif.

"Bila adanya ledakan teknologi maklumat, dunia menjadi sangat kecil, sangat dekat dan semua orang boleh berkomunikasi antara satu sama lain...alam maya terbuka. Dulu lain...tidak ada Fb (Facebook) dan twitter," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ceramah bertajuk 'Parlimen Malaysia- Supremasi & Penghambaan dalam Demokrasi' kepada 25 peserta program Zamalah Wartawan Muda 1Malaysia di bangunan Parlimen baru-baru ini.

Abu Zahar juga berkata, dunia kewartawanan mampu memainkan peranan yang besar dalam membentuk pembangunan dan perpaduan masyarakat di negara ini.

"Yang penting sekali adalah perpaduan. Tanpa perpaduan, perkara kecil sahaja berlaku, kita boleh bergaduh sesama kita. Inilah...'why' (kenapa) Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) memperkenal gagasan 1Malaysia, iaitu untuk perpaduan," katanya.

Katanya, wartawan perlu menyemai semangat patriotisme supaya dapat membentuk sifat kesetiaan yang tinggi kepada bangsa dan negara.

"Wartawan perlu mendapatkan maklumat yang tepat daripada sumber yang betul untuk pelaporan berita dan tidak hanya bergantung kepada khabar angin semata-mata sehingga mudah membuat kesimpulan sendiri," katanya.

Abu Zahar berkata rakyat harus mengambil iktibar daripada peristiwa 13 Mei 1969 yang mengakibatkan keadaan huru-hara dan kehilangan nyawa sehingga negara diisytihar darurat.

"Ketika kejadian 13 Mei ini saya bertugas sebagai 'police officer'. Jadi dengan pengalaman saya ini, saya ingin mengingatkan supaya rakyat negara ini perlu menghormati satu sama lain dan jangan mengeluarkan sebarang kenyataan yang berbaur hasutan yang boleh menimbulkan ketegangan kaum," katanya.

-- BERNAMA

TERGEMPAR SATU MALAYSIA #nurulizzah DIVORCE.???


Nurul Izzah files for divorce


KUALA LUMPUR: It's confirmed that Lembah MP Nurul Izzah Anwar has filed a divorce petition against her husband, Raja Ahmad Shahrir Iskandar Raja Salim at the lower Syariah Court at Jalan Duta.

A check of the court records by The Star Onlineshowed that a divorce case exists between the PKR vice-president and her husband.

Nurul, 33, has sought the divorce under Fasakh (to annul the marriage) with Raja Ahamd Shahrir Iskandar, 35, in late December through the petition.

Raja Ahmad Shahrir Iskandar is believed to have received the petition on Jan 16.

He has asked for a two-week postponement of the proceeding for him to enable him to prepare his case.

It could not be ascertained if a third party was involved in the break up of the couple.

Court officials confirmed that their divorce case was in the system and Nurul and her husband were both parties in the suit.

They said that the case was set for mention before lower Syariah Court judge Ab Malek Awang.

Both Nurul Izzah and Raja Ahamd Shahrir Iskandar were not available for comment on the alleged divorce action.

When contacted at around 11.40am Thursday, Nurul Izzah's phone rang twice and the line was cut after which the phone was switched off.

Around noon, Nurul Izzah had tweeted that she was attending the Asli's the 16th Malaysia Strategic Outlook Conference.

Nurul Izzah and Raja Ahmad Shahrir Iskandar were married on May 9, 2003.

The marriage ceremony was held at the residence of Nurul Izzah's father Datuk Seri Anwar Ibrahim at Bukit Damansara.

The couple has a seven-year-old girl and four-year-old boy.

Sumber : The Star Online
AMRAYY

Kes Bunuh Budak Di Terengganu #amrayylensa

Kes bunuh Nursyafiqah Abdullah: Ibu dan teman lelaki ditahan

KUALA TERENGGANU: Polis telah menahan ibu Nursyafiqah Abdullah, 2, yang ditemui mati di dalam sebuah rumah kosong di Taman Perumahan Permint Seberang Paka, Terengganu pada Selasa untuk siasatan.

Menurut polis, teman lelaki ibunya Rabiatul Adawiyah Mamat, 28 merupakan suspek utama yang ditahan kira-kira 1.30 tengah hari Selasa di Kuala Paka, Dungun.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri ACP K. Manoharan berkata selain Rabiatul dan teman lelakinya, dua lagi suspek telah ditahan untuk membantu dalam siasatan kes bunuh kanak-kanak itu.

Dua suspek itu masing-masing berusia 25 tahun dan diberkas antara 10.30 malam Selasa hingga 1.30 pagi Rabu di sekitar Paka.

Menurut Manoharan, mayat Nursyafiqah hanya ditemui selepas teman lelaki itu ditahan.

Selapas dia ditahan, barulah dua suspek lain dan Rabiatul ditahan untuk membantu siasatan, kata Manoharan dalam satu sidang media.

Menurutnya, ketika teman lelaki itu ditahan, suspek berusia 25 tahun itu berada dalam keadaan khayal, di bawah pengaruh dadah.

Siasatan polis mendapati teman lelaki itu merupakan individu terakhir yang bersama dengan mangsa setelah Rabiatul membenarkannya keluar dengan lelaki itu pada kira-kira jam 11 pagi, Jumaat.

Bapa kandung Nursyafiqah kini masih menjalani hukuman di penjara atas kesalahan dadah.

Manoharan memberitahu pemberita bahawa hasil siasatan polis mendapati laporan Rabiatul pada hari Jumaat adalah palsu dan dipercaya dibuat atas paksaan teman lelakinya.

Katanya, teman lelaki itu telah memaklumkan kepada Rabiatul bahawa Nursyafiqah telah hilang dan memaksanya untuk membuat laporan polis.

Memandangkan kesemua suspek yang ditahan merupakan penagih dan pengedar dadah, polis masih menyiasat sama ada rabiatul terlibat atau tidak dalam kes kematian itu.

Manoharan berkata polis juga telah merampas kenderaan yang digunakan oleh teman lelaki itu untuk membawa keluar Nursyafiqah sebelum dia ditemui mati dibunuh.

Nursyafiqah yang dilaporkan hilang sejak 17 Januari lalu, ditemui oleh seorang pengawal keselamatan dalam keadaan separuh bogel dan mula mereput selain ada kesan darah kira -kira jam 3.30 petang.

Rabiatul, sebelum itu dilaporkan meninggalkan kanak-kanak itu didalam keretanya yang tidak berkunci, untuk bertemu dengan rakannya di sebuah restoran di Kuala Paka.

Apabila dia kembali ke keretanya, anaknya itu didapati hilang.
Rabiatul yang membuat laporan polis kemudiannya, memberitahu pihak polis yang dia pernah mendapat ugutan bunuh sebelum ini.

Berita mula diterbitkan pada: Januari 22, 2014 17:36
Astro Awani | Kemas kini: Januari 22, 2014
GAMBAR SUSPEK YG DITUDUH




AMRAYY

Wednesday, 22 January 2014

Terjemahan Surat Al Fatihah Lengkap dengan Maknanya

Bagi kamu yang ingin memahami surat Al Fatihah lebih dalam, di bawah ini kami sajikan surat Al Fatihah dalam bahasa arab dan juga latin lengkap dengan terjemahan dan penjelasan makna lebih dalam. Semoga Alloh SWT mengizinkan kita memahami ayat-ayat suci di bawah ini :


1.

Latin : Bismillah Hirrahman Nirrahim

Artinya : Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Maksud dari ayat pertama ini adalah : saya memulai membaca al-Fatihah ini dengan menyebut nama Allah. Setiap pekerjaan yang baik, hendaknya dimulai dengan menyebut asma Allah, mulai dari pekerjaan ringan seperti makan, minum, bepergian, belajar, dan sebagainya. Allah adalah nama zat yang Maha Suci, yang berhak disembah dengan sebenar-benarnya, yang tidak membutuhkan makhluk-Nya, tapi makhluk yang membutuhkan-Nya. Ar-Rahmaan (Maha Pemurah): salah satu nama Allah yang memberi pengertian bahwa Allah melimpahkan karunia-Nya kepada makhluk-Nya, sedang ar-Rahiim (Maha Penyayang) memberi pengertian bahwa Allah senantiasa bersifat rahmah yang menyebabkan Dia selalu melimpahkan rahmat-Nya kepada makhluk-Nya.

2.

Latin : alhamdu lillaahi rabbil aalamiina

artinya : Segala puji {2} bagi Allah, Tuhan semesta alam. {3}

Maksud ayat kedua surat Al Fatihah adalah : {2} Alhamdu (segala puji). Memuji orang adalah karena perbuatannya yang baik yang dikerjakannya dengan kemauan sendiri. Maka memuji Allah berarti: menyanjung-Nya karena perbuatan-Nya yang baik. Lain halnya dengan syukur yang berarti: mengakui keutamaan seseorang terhadap ni’mat yang diberikannya. Kita menghadapkan segala puji bagi Allah ialah karena Allah sumber dari segala kebaikan yang patut dipuji.

{3} Rabb (Tuhan) berarti: Tuhan yang ditaati Yang Memiliki, Mendidik dan Memelihara. Lafadz “rabb” tidak dapat dipakai selain untuk Tuhan, kecuali kalau ada sambungannya, seperti rabbul bait (tuan rumah). ‘Alamiin (semesta alam): semua yang diciptakan Tuhan yang terdiri dari berbagai jenis dan macam, seperti: alam manusia,alam hewan, alam tumbuh-tumbuhan, benda-benda mati dan sebagainya. Allah pencipta semua alam-alam itu.

3.

Latin : arrahmaanirrahiim

Artinya : Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Untuk ayat ketiga dalam surat Al FAtihah ini maksudnya hampir sama dengan ayat pertama, Ar-Rahmaan (Maha Pemurah): salah satu nama Allah yang memberi pengertian bahwa Allah melimpahkan karunia-Nya kepada makhluk-Nya, sedang ar-Rahiim (Maha Penyayang) memberi pengertian bahwa Allah senantiasa bersifat rahmah yang menyebabkan Dia selalu melimpahkan rahmat-Nya kepada makhluk-Nya.

4.

latin : maaliki yawmiddiin

Artinya : Yang menguasai {4} di Hari Pembalasan {5}

{4 }Maalik (Yang Menguasai) dengan memanjangkan “mim”, yang berarti: pemilik. Dapat pula dibaca dengan (dengan memendekkan mim), artinya: Raja.

{5} Yaumiddin (hari pembalasan): hari yang di waktu itu masing-masing manusia menerima pembalasan amalannya yang baik maupun yang buruk. Yaumiddin disebut juga yaumulqiyaamah, yaumulhisaab, yaumuljazaa’ dan sebagainya.

5.

latin : iyyaaka na’budu wa-iyyaaka nasta’iin

Artinya : Hanya Engkaulah yang kami sembah {6}, dan hanya kepada Engkaulah kami meminta pertolongan. {7}

{6} Na’budu diambil dari kata ‘ibaadat: kepatuhan dan ketundukkan yang ditimbulkan oleh perasaan terhadap kebesaran Allah, sebagai Tuhan yang disembah, karena berkeyakinan bahwa Allah mempunyai kekuasaan yang mutlak terhadapnya.

{7} Nasta’iin (minta pertolongan), terambil dari kata isti’aanah: mengharapkan bantuan untuk dapat menyelesaikan suatu pekerjaan yang tidak sanggup dikerjakan dengan tenaga sendiri.

6.

Latin : ihdinaash shiraathaal mustaqiim

Artinya : Tunjukilah [8] kami jalan yang lurus,

[8] Ihdina (tunjukilah kami), dari kata “hidayaat”: memberi petunjuk ke suatu jalan yang benar. Yang dimaksud dengan ayat ini bukan sekedar memberi hidayah saja, tetapi juga memberi taufik.

7.

Latin : shiraathalladziina an’amta ‘alayhim ghayril maghdhuubi ‘alayhim walaadhdhaalliin

Artinya : (yaitu) Jalan orang-orang yang telah Engkau beri ni’mat kepada mereka; bukan (jalan) mereka yang dimurkai dan bukan (pula jalan) mereka yang sesat. {9}

{9} Yang dimaksud dengan “mereka yang dimurkai” dan “mereka yang sesat” ialah semua golongan yang menyimpang dari ajaran Islam.

Semoga artikel islami yang berisi mengenai terjemahan surat Al Fatihah beserta maksudnya di atas bisa bermanfaat bagi kita semua.
Semoga Allah senantiasa memberi kita ilmu-ilmu yang bermanfaat bagi dunia dan Akhira, dan melindungi kita dari ilmu-ilmu yang tidak bermenfaat dan menyesatkan. Aamiin.

Wabillahi taufik wal hidayah, wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

referensi : alquran-indonesia.com
Sember : ceritaislami
P/S : Aku dah beberapa hari tak update blog ini sebab ada sedikit masalah teknikal yang tak dapat dielakan. Pada mulanya aku nak tutup je blog ini kerana, rasa kecewa pada sekelompok kumpulan media sosial ni, namun setelah aku berfikir panjang, aku mengambil satu keputusan untuk teruskan berblogging sehingga satu hari nanti sampai dikenali oleh Perdana Menteri..huhuhu..Jauhnya cita-cita aku ni kan..!! Namun bagi aku pejalanan yang aku buat ini kerana Allah taala..Amin
AMRAYY

Sunday, 19 January 2014

Orang-orang Syariat dan orang-orang Hakikat @NajibRazak




Perbezaan antara orang-orang syariat dan orang-orang hakikat dalam memahami agama Islam dan kenapa ilmu hakikat tidak berkembang luas

Assalamualaikum. Pertama2, tulisan ini bukanlah dibuat oleh saya, tetapi telah pun di copy dari berbagai laman web. Jadi, saya hanya copy dan paste kan saja sebagai renungan kita semua bersama.

Credit goes to original poster. -Kain Putih

Terjadi suatu peristiwa, seorang pemuda telah bertanya kepada guru tasawufnya tentang perbezaan antara orang-orang syariat dan orang-orang hakikat dalam memahami agama Islam dan kenapa ilmu hakikat tidak berkembang luas. Kemudian sang guru berkata..

“Untuk aku menjawab soalanmu itu wahai muridku, pergilah bertanya kepada kedua mereka akan dua persoalan ini iaitu yang pertama, adakah Allah itu berkuasa dan yang kedua, sembahyang itu apa hukumnya? Pergilah ke kampung sebelah kerana disana kamu akan menemui ulama syariat dan ulama hakikat. Bertanyalah kepada orang-orang kampung disana untuk mencari mereka.”

Akur atas arahan gurunya itu lantas si pemuda tanpa banyak bicara terus ke rumah ulama syariat yang terkenal dikampung sebelah dengan bertanya-tanya arah rumahnya kepada orang kampung. Sesampainya si pemuda itu dirumah ulama syariat tersebut dengan ramah mesra si pemuda diajak masuk ke dalam rumah yang serba sederhana itu. Sang ulama syariat kelihatan kemas berjubah putih dan berserban, ditambah raut wajahnya yang bersih tanda beliau seorang yang soleh. Si pemuda dilayan seperti anak sendiri dengan dijamu makan malam sebelum sesi dialog dijalankan. Usai makan malam terus sahaja sang ulama syariat memulakan bicara.

“Ada urusan apa sehingga kamu bertandang ke rumah saya ini wahai anak muda?”

Tanya sang ulama syariat dengan nada yang redup.

“Sebenarnya saya ingin mendapatkan jawapan diatas dua persoalan yang ingin saya ajukan berkenaan dengan agama Islam kita ini kepada ustaz. Soalannya ialah adakah Allah itu berkuasa dan yang kedua, sembahyang itu apa hukumnya?”

Setelah diam sejenak lalu sang ulama syariat menarik nafas dalam-dalam dan dengan tenang memberikan jawapannya.

“Ya, Allah itu memang berkuasa dan sembahyang itu hukumnya adalah wajib.”

Setelah mendapatkan jawaban daripada ulama syariat itu maka pemuda itu pulang sambil hatinya berazam untuk bertemu dengan ulama hakikat pula. Keesokkan harinya si pemuda mula merayau-rayau dikampung itu untuk mencari sang ulama hakikat. Puas bertanya dengan orang kampung maka tengah hari itu si pemuda bertemu dengan seorang makcik yang akhirnya bersetuju menunjukkan beliau dimana sang ulama hakikat berada.

Sesampainya ditempat yang dituju kelihatan seorang lelaki tua sedang membersihkan halaman rumahnya yang luas dihiasi taman bunga yang cantik. Rumahnya begitu besar dan mewah. Sang ulama hakikat yang berkulit gelap itu kelihatan memakai pakaian yang agak lusuh berbanding rumahnya yang begitu mewah. Sudah sepuluh minit si pemuda berbual-bual ringan dengan sang ulama hakikat namun kelihatan seolah-olah tiada tanda-tanda sang ulama hakikat mahu menjemput beliau masuk ke dalam rumahnya yang mewah itu.

“Ada apa urusan nak jumpa saya ini?”

Tanya sang ulama hakikat itu sambil tersenyum. Kemudian si pemuda bertanyakan soalan yang sama sebagaimana yang ditanyakan kepada sang ulama syariat.

“Sebenarnya saya ingin mendapatkan jawapan diatas dua persoalan yang ingin saya ajukan berkenaan dengan agama Islam kita ini kepada ustaz. Soalannya ialah adakah Allah itu berkuasa dan yang kedua, sembahyang itu apa hukumnya?”

Kelihatan sang ulama hakikat tersenyum sahaja mendengar soalan itu lantas dengan tahkik beliau menjawab..

“Wahai anak muda ketahuilah yang sebenarnya bahawa Allah itu tidak berkuasa dan sembahyang itu hukumnya adalah haram.”

Terperanjat besar si pemuda mendengar jawapan sang ulama hakikat yang bersahaja itu. Sukar rasanya si pemuda mahu menghadam jawapan yang baru disampaikan kepadanya itu. Tanpa berlengah-lengah maka si pemuda itu mohon undur diri kemudian pulang ke rumahnya dengan seribu persoalan yang berlegar-legar dibenak kepalanya.

Sebagai seorang muslim taat yang baru hendak menjinak-jinakkan diri dengan dunia tasawuf, si pemuda berasa keliru dengan jawaban yang diberikan oleh sang ulama hakikat. Setahu beliau pelajaran tasawuf itu bersangkutan dengan ilmu hakikat dan ma’rifat. Mendengar jawapan daripada sang ulama hakikat itu membuatkan si pemuda berasa takut untuk meneruskan pelajaran tasawuf dengan gurunya dan mengambil keputusan untuk tidak lagi berguru dengan guru tasawufnya lantas mengambil keputusan untuk berguru dengan sang ulama syariat. Beliau mulai meragui perjalanan ilmu hakikat dan dalam hati beliau bergumam..

“Kalau nak dibandingkan dari segi akhlak pun akhlak sang ulama syariat lebih bagus daripada akhlak sang ulama hakikat. Walaupun sang ulama syariat hidup dalam keadaan sederhana namun aku dijemput masuk ke dalam rumahnya lantas dijamu dengan makanan yang enak berbanding sang ulama hakikat yang kedekut.. sudahlah tidak dijemput masuk ke dalam rumahnya, setitik air pun tidak diberinya malah dengan dirinya sahaja pun sudah kedekut. Lihat sahaja pakaiannya yang lusuh itu.”

Keesokkannya, si pemuda dengan tergesa-gesa menuju ke rumah sang ulama syariat dan menceritakan kepada beliau hasil dialognya dengan sang ulama hakikat. Mendengar penjelasan si pemuda, sang ulama syariat berasa marah lantas mengarahkan anak-anak muridnya untuk menangkap sang ulama hakikat. Maka dengan sekejap sahaja penduduk kampung itu digemparkan dengan cerita bahawa sang ulama hakikat itu telah membawa ilmu sesat dikampung itu.

Sang ulama hakikat dapat ditangkap dengan bantuan orang-orang kampung. Tangannya diikat dibelakang lalu dipaksa untuk berjalan. Kelihatan terdapat segelintir dari orang-orang kampung yang bertindak memukul muka dan badan beliau serta tidak kurang juga ada yang melempari beliau dengan batu-batu kecil kerana tidak dapat menahan rasa marah. Pun begitu sang ulama hakikat tetap berdiam namun air matanya tak henti-henti mengalir. Mungkin beliau menahan sakit.

Tiba dihalaman rumah sang ulama syariat lalu dengan kasar tubuh sang ulama hakikat yang sudah tua itu ditolak dengan keras lantas beliau terdorong ke depan lalu jatuh tersungkur. Si pemuda yang sedari tadi menunggu dirumah sang ulama syariat terkejut dengan situasi itu. Beliau tidak menyangka sampai begitu malang nasib yang menimpa sang ulama hakikat sehingga diperlaku begitu. Namun apalah dayanya untuk mengekang kemarahan orang-orang kampung yang sedang meluap-luap itu. Kemudian setelah meredakan suasana, sang ulama syariat menghampiri sang ulama hakikat lalu bertanya kepada beliau..

“Benarkah anda menjawab ‘Allah itu tidak berkuasa dan sembahyang itu hukumnya adalah haram’ sebagai menjawab pertanya pemuda ini?” sambil jari telunjuknya diarahkan tepat pada si pemuda.

Dengan tenang sang ulama hakikat menjawab “Ya”.

Kemudian sang ulama syariat bertanya lagi.

“Adakah anda masih dengan pendirian anda atau anda mahu bertaubat?”

Tanya sang ulama syariat tegas. Lalu dijawab dengan tenang oleh sang ulama hakikat..

“Untuk kesalahan yang mana lalu saya perlu bertaubat wahai hakim?”

“Untuk kesalahan anda yang mengatakan Allah tidak berkuasa dan sembahyang itu hukumnya haram!”

“Oh begitu.. beginilah tuan hakim, pada saya jawapan saya itulah yang teramat benar namun jika tuan hakim tidak menyetujuinya tidak apa-apa dan terserahlah kepada kebijaksanaan tuan hakim untuk mengadili saya kerana tuan adalah hakim dinegeri ini.”

Habis sahaja sang ulama hakikat berkata begitu lantas beliau dilempari dengan puluhan sepatu oleh penduduk kampung dan ada juga yang berteriak agar beliau dibunuh. Sang ulama syariat terdiam dan merenung dalam seolah-olah memikirkan sesuatu yang berat. Akhirnya sang ulama syariat membuat keputusan agar sang ulama hakikat diberi tempoh sehingga esok untuk bertaubat dan jika tidak beliau akan dihukum bunuh. Setelah itu sang ulama hakikat diikat pada sebatang pokok nangka yang berada dihalaman rumah sang ulama syariat dalam posisi duduk menghadap kiblat sambil dikawal oleh beberapa orang-orang kampung.

Kini, saatnya pun telah tiba namun sang ulama hakikat tetap tidak mahu bertaubat daripada pendiriannya. Ramai yang merasa pelik dengan pendirian sang ulama hakikat dan yang lebih kusut lagi ialah fikiran si pemuda itu. Tiba-tiba si pemuda merasa kasihan dan merasa bersalah mengenang keadaan malang yang menimpa sang ulama hakikat adalah hasil daripada perbuatannya. Namun nasi sudah menjadi bubur. Perlahan-lahan si pemuda mendekati sang ulama hakikat untuk memohon maaf. Aneh.. kelihatan sang ulama hakikat itu hanya tersenyum dan dengan senang hati mahu memaafkan si pemuda. Ketika si pemuda itu mahu beredar tiba-tiba ia mendengar sang ulama hakikat membacakan sepotong ayat Al Quran dengan nada yang riang..

“Wa qul jaa alhaq wazahaqol baathil innal baathila kana zahuuqo.”

Ucap beliau berulang-ulang sambil memandang kearah seseorang lantas mukanya tiba-tiba kelihatan berseri-seri dalam senyuman yang menggembirakan. Si pemuda lantas menoleh kearah orang itu dan apa yang beliau lihat ialah kelibat bekas guru tasawuf beliau diantara celahan penduduk kampung yang ingin menyaksikan hukuman pancung yang bakal dijalankan. Tak lama kemudian hukuman bunuh pun dilaksanakan maka tamatlah riwayat sang ulama hakikat dibawah mata pedang sang algojo. Seluruh penduduk kampung bersorak gembira tanda kemenangan dipihak mereka yang berjaya membunuh seorang pembawa ajaran sesat.

Selang beberapa hari oleh kerana rasa ingin tahu yang meluap-luap maka si pemuda bersegera mengadap bekas guru tasawufnya. Si pemuda berasa hairan mengapa sang ulama hakikat membacakan ayat 81 daripada surah al-Isra’ seraya melihat kelibat bekas guru tasawufnya itu?.

“Wahai muridku, marilah duduk dihadapanku ini.”

Ujar guru tasawuf seraya melihat kedatangan muridnya itu. Si pemuda terkedu.. tidak tahu apa yang hendak dikatakan. Fikiran terasa kosong dan segala persoalan yang hendak diajukan terasa tiba-tiba hilang entah tertinggal dimana.

“Baiklah muridku, atas persoalanmu yang dahulu itu maka akan aku jawab sekarang ini.”

Lembut sahaja bicaranya.

“Adapun persoalanmu tentang perbezaan antara orang-orang syariat dan orang-orang hakikat dalam memahami agama Islam akan aku jawab seperti berikut. Yang pertama, orang syariat akan menjawab setiap persoalan melalui ‘bahasa’ ilmu syariat manakala orang hakikat akan menjawab setiap persoalan melalui ‘bahasa’ ilmu hakikat. Jawaban sang ulama syariat adalah benar menurut ‘bahasa’ ilmu syariat dan jawaban sang ulama hakikat juga benar menurut ‘bahasa’ ilmu hakikat.”

“bagaimana begitu wahai tuan guru?” Tanya si pemuda.

“Begini… adalah benar apabila sang ulama hakikat memberitahu kamu bahawa Allah itu tidak berkuasa sebab melalui peraturan ilmu hakikat, perkataan ‘Allah’ itu adalah dirujuk semata-mata sebagai isim bagi zat tuhan kita sahaja. Ini bermakna yang berkuasa pada hakikatnya adalah zat tuhan kita dan bukannya yang berkuasa itu isimNya. Perkataan ‘Allah’ itu pada hakikatnya adalah gelar bagi zat tuhan kita. Adapun gelaran itu hakikatnya adalah khabar maka khabar tiada ain wujud. Jika sesuatu itu tiada ain wujudnya maka mustahil dikatakan ia mempunyai kuasa. Adakah kamu faham?”

Si pemuda mengangguk lemah sambil merenung lantai.

“Adalah sesuatu yang benar juga apabila sang ulama hakikat memberitahu kamu bahawa sembahyang itu hukumnya adalah haram.”

“bagaimana begitu wahai tuan guru?” Tanya si pemuda.

“Begini… sebenarnya tiada ibadat sembah-menyembah dalam agama Islam namun yang ada Cuma ibadat solat. Ya, ianya adalah solat dan bukannya sembahyang. Cuba kamu fahamkan betul-betul maksud firman Allah dalam surah al-Kafirun ayat 6 yang bermaksud “Bagi kamu agama kamu dan bagiku agamaku”. Ini menunjukkan cara ibadat orang kafir tidak sama langsung dengan cara ibadat orang muslim. Perkataan sembahyang itu adalah asalnya terbit daripada upacara ibadat masyarakat hindu-budha untuk menyembah tuhan yang bernama Hyang. Maka upacara ibadat itu dinamakan upacara sembahHyang. Solat itu bukan sembah dan tuhan kita bukannya Hyang tetapi Allah. Jadi kita sebagai orang muslim adalah haram sembahHyang kerana itu adalah ibadat penganut hindu-budha. Sesungguhnya solat itu bukan sembah tetapi solat itu ialah sebagaimana yang disabdakan oleh Rasulullah SAW yang bermaksud, “Apabila seseorang kamu sedang solat sesungguhnya dia sedang berbicara dengan tuhannya…”.

Si pemuda semakin tertunduk.

“Jadi, adakah kamu sudah faham mengapa sang ulama hakikat itu berkata bahawa Allah itu tidak berkuasa dan sembahyang itu hukumnya adalah haram?”

“Ya tuan guru, sekarang barulah jelas.”

“Yang kedua, orang-orang syariat mempelajari ilmu-ilmu hukum maka mereka menyelesaikan sesuatu masalah juga dengan hukum sementara orang-orang hakikat mempelajari ilmu-ilmu ma’rifatullah maka mereka menyelesaikan sesuatu masalah juga dengan Allah.”

Ketika ini lamunan si pemuda menyorot kembali peristiwa yang telah berlaku dimana kata-kata guru tasawuf itu ada benarnya juga. Memang benar sang ulama syariat telah menyelesaikan masalah yang berlaku dengan hukuman bunuh terhadap sang ulama hakikat sedang sang ulama hakikat menyelesaikan masalah antara dia dan si pemuda itu dengan kemaafan sesuai dengan sifat tuhan yang Maha Pemaaf dan Maha Pengampun.

“Adapun persoalanmu tentang kenapa ilmu hakikat tidak berkembang-luas maka akan aku jawab seperti berikut. Tidak berkembang-luasnya ilmu hakikat adalah disebabkan masih adanya orang-orang yang seperti kamu!”

Bentak sang guru tasawuf yang membuatkan darah si pemuda berderau.

“bagaimana begitu wahai tuan guru?” Tanya si pemuda.

“Kerana kejahilan kamu dalam memahami hal-ehwal hakikat terus sahaja kamu tanpa usul periksa menghukum sang ulama hakikat sebagai tidak betul dan berburuk sangka terhadap beliau lalu kamu memfitnahi beliau dihadapan sang ulama syariat sehingga sang ulama hakikat tertangkap lalu diseksa dan dipancung oleh kalian. Jika semua ulama hakikat sewenang-wenangnya dibunuh tanpa usul periksa justeru kerana itulah ilmu hakikat tidak berkembang-luas.”

“Tapi tuan guru, bagaimana saya tidak terkhilaf sedang akhlak sang ulama hakikat itu tidak mencerminkan beliau sebagai orang yang beragama! Sang ulama hakikat langsung tidak menjemputku masuk ke dalam rumahnya yang besar lagi mewah itu dan langsung tidak memberiku walau setitik air bahkan dengan dirinya sahaja pun amat kedekut. Lihat sahaja pakaiannya yang lusuh itu.”

“Awas lidahmu dalam berkata-kata wahai anak muda! Telahku katakan tadi bahawa kamu memiliki sifat buruk sangka. Ketahuilah bahawa rumah besar lagi mewah yang kamu lihat itu bukanlah milik sang ulama hakikat tersebut sebaliknya adalah milik majikan beliau dan beliau hanya mengambil upah sebagai tukang kebun disitu. Adapun pakaiannya yang lusuh itu maka itu sahajalah harta benda yang beliau ada dan beliau hidup hanya untuk mengabdikan dirinya kepada Allah.”

“Bagaimana tuan guru boleh tahu segala yang terperinci tentang sang ulama hakikat itu?”

Tanya si pemuda hairan.

“Kerana orang yang kalian bunuh itu adalah guru tasawufku maka dengan itu sebutir lagi permata yang indah telah hilang. Telahku jawab semua persoalanmu maka pergilah kamu kepangkuan guru syariatmu iaitu sang ulama syariat.”

Si pemuda itu terkejut lantas berkata…

“Tapi wahai guruku, aku telah insaf dan ingin kembali berguru denganmu wahai guruku.. terimalah aku kembali wahai guruku!!”

“Ketahuilah wahai anak muda, aku enggan mengambilmu adalah semata-mata kerana keselamatanmu dan bukan kerana aku membencimu.”

“Aku tidak faham akan maksud tuan guru??”

“Pergi sahajalah kembali kepangkuan sang ulama syariat kerana kamu akan selamat disana dan jangan kamu sesekali mengaku aku adalah gurumu kelak kamu akan mengerti akan maksud tindakanku ini.”

Dengan hati yang berat dan sayu si pemuda berjalan menuju ke rumah sang ulama syariat untuk berguru dengannya dan beliau diterima sebagai murid. Selang beberapa hari, keadaan kampung tiba-tiba kecoh kembali. Dengar khabarnya seorang lagi pengamal ilmu sesat telah ditangkap dan kali ini pengamal ajaran sesat itu berasal dari kampung sebelah. Dari kejauhan kelihatan berbondong-bondong orang ramai sedang dalam perjalanan menuju ke rumah sang ulama syariat sambil menyungsung seorang lelaki yang telah dikenalpasti sebagai pengamal atau guru ajaran sesat. Dari jauh si pemuda dapat saksikan lelaki itu dipukul dan ditendang malah ada yang membalingnya dengan batu-batu kecil sehingga pakaiannya koyak-rabak. Rupa-rupanya lelaki yang pakaiannya telah koyak-rabak itu adalah sang guru tasawufnya.

Maka mengertilah si pemuda itu akan maksud tindakkan sang guru tasawuf yang tidak mahu mengambil beliau sebagai anak murid dan beliau hanya mampu mengalirkan air mata sambil menahan sebak melihat sang guru tasawuf itu diperlakukan seperti itu. Esoknya hukuman pancung terhadap sang guru tasawuf itu dilaksanakan maka sebutir lagi permata yang indah telah hilang sirna dari negeri itu……… Didalam hati si pemuda merintih..

“Ya Allah.. berapa ramaikah lagi ahli tasawuf yang mesti dikorbankan semata-mata mahu membuatkan aku mengerti mengapa ilmu hakikat tidak dapat berkembang-luas? Cukup Ya Allah cukup kerana sekarang aku sudah mengerti….”
AMRAYY

PROGRAM TINJAUAN KE PREMIS PERNIAGAAN OLEH YAB TPM SABTU, 18 JANUARI 2014

ATURCARA PERJALANAN TPM
8.30am: Pasaraya NSK Selayang Batu Caves, Selangor
9.10am: Tapak Pasar Harian, Pasar Borong Selayang
9.50am: Pasar Mini Snofa, Taman Greenwood
10.30am Restoran Sri Ayu Tomyam Batu Caves, selangor.



















P/S: Apa yang dibisik-bisikan tu.???
AMRAYY

Thursday, 16 January 2014

PUAK PENCACAI PAKATAN SEMAKIN KURANG AJAR.!!!!

NAJIB MASIH PERDANA MENTERI MALAYSIA
 (BELIAU BERBANGSA MELAYU DAN BERAGAMA ISLAM)


Yang Amat Berhormat Datuk Seri Najib Razak, Perdana Menteri Malaysia. Beliau Perdana Menteri untuk kira-kira 28 juta rakyat negara ini.
Jika pemimpin pembangkang diajukan soalan oleh individu dari luar negara, siapakah Perdana Menteri Malaysia? Dia akan berkata, Datuk Seri Najib Razak. Bukan Datuk Seri Anwar Ibrahim, bukan Tan Sri Khalid Ibrahim atau Lim Guan Eng.

Isu kangkung nampaknya kini diapi-apikan sebilangan individu dan kumpulan.

Kepada orang Melayu, usah lupa, Najib berbangsa Melayu dan beragama Islam seperti kita SEMUA.
Hemat saya, 'mengusik' Perdana Menteri berhubung isu kangkung itu, biasa tetapi tidak sehingga sampai ke tahap menghina beliau. Najib Razak tetap Perdana Menteri kita.



Tindakan Ahli Dewan Undangan Negeri PKR Machang Bubuk, Bukit Mertajam, Pulau Pinang , Lee Khai Loon, bersama sebilangan penyokong saya anggap keterlaluan.


Tindakannya menyumbatkan sayur ke mulut replika Najib diliihat sebagai tindakan biadab. Tidak hairan jika Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Pulau Pinang, Rafizal Abd Rahim mengeluarkan kenyataan akhbar dan memberikan amaran kepada Lee.

"Akhir sekali Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Pulau Pinang ingin memberi amaran dan pilihan kepada PKR Machang Bubuk untuk tidak lagi melakukan penghinaan kepada pemimpin negara atau mereka perlu berdepan dengan Pemuda UMNO jika masih berdegil"

Baca laporan di blog Dr MiM, klik di sini.


Bagaimanakah perasaan pemimpin muda Cina itu andai dia melihat mulut replika 
Lim Guan Eng atau Lim Kit Siang disumbat model kereta MercedeS Benz S300L?

Mungkin marah dan berasa bangsanya dihina. Begitu juga perasaan majoriti masyarakat Melayu.
Berikut pula, gambar penerbit lagu remix kangkung, Wong Yu-Ri, dikatakan menyindir sehingga tahap
 menghina Najib.

Siapakah Wong? Klik di sini


Cepat benar dia menghasilkan lagu remix itu. 

I wonder why?
Ingin saya mengingatkan, di kalangan masyarakat Melayu, mengusik secara sederhana boleh diterima
 TETAPI usah sampai menghina.
Najib masih Perdana Menteri Malaysia, Melayu dan beragama Islam. Berhentilah menghina pemimpin MELAYU itu.
SUMBER: Bersama Mazidul Klik di sini

P/S: Hari ni aku takde mood, so aku share je artikel yg boleh menjadi panduan kita semua...

AMRAYY

Wednesday, 15 January 2014

[VEDEO] UCAPAN DS @NajibRazak SEMPENA PENYAMPAIAN BANTUAN 32,000 MANGSA BANJIR SELURUH NEGARA DI BANDAR CUKAI TERENGGANU

Lokasi : PADANG ASTAKA BANDAR CUKAI KEMAMAN TERENGGANU

Acara : MAJLIS PENYAMPAIAN BANTUAN 32,000 MANGSA BANJIR SELURUH NEGARA

Tarikh : 12/01/2014 10:00AM



Salam kepada semua pembaca blog Amrayy_Lensa_Assault.. mungkin semua tertanya-tanya mengapa video ini lambat keluar di blog Amrayy.?? Di sini aku jelaskan..!!
labtop aku semakin uzur, line internet terlalu slow, dan terdapat masalah kecil yang biasa aku lalui sewaktu ingin menerbitkannya.
Video ini adalah sumbangan iklas aku kepada DS Najib Bin Abdul Razak kerana tidak pernar kenal erti penat dan lelah dalam progaramnya membantu semua rakyat Malaysia yang dalam kesusahan.
Bagi aku, setelah aku menilai dari kaca mata aku keiklasan terpancar di wajah DS Najib. Walaupun aku amat mengerti rintangan demi rintangan dilalui oleh DS Najib beliau tetap meneruskan tugasnya sebagai seorang pemimpin. Jika aku sendiripun diuji sedemikian rupa, aku bertanya kepada diriku, adakah aku mampu melaksanakannya.???
Aku juga bersyukur kepada Allah, kerana diberi peluang menyubangkan tenaga untuk berkerja sebagai sukarelawan media sosial yang tidak perlu dibayar oleh mana-mana agensi.
Peringatan aku kepada rakan-rakan blogger yang lain, janganlah suka menyampaikan fitnah yang boleh mengaibkan sesama kita yang beragama islam..
Akhir sekali aku juga ingin mendoakan kalian semua rakan-rakan blogger yang lain sentiasa dimurahkan rezeki oleh Allah Taala....

AMRAYY

Tuesday, 14 January 2014

MARI KITA BELAJAR SESUATU DARI CERITA INI.!!

Ramai orang melihat sebuah cerita hanya sebagai hiburan, namun bagi aku sebuah cerita yang di tonton di kaca TV bukan hanya hiburan..Mari kita renungkan bersama.!!
Layan dulu cerita ni ok, sebelum aku sambung dengan cerita yang lagi menarik.!!!

AMRAYY