Thursday, 12 December 2013

NKP @Azwanbro Tak Profesional, Guna Blogger Macam Lampin Pakai Buang! @khairykj



Gua bengang dengan sikap pegawai Naib Ketua Pemuda UMNO Khairul Azwan yang melayan blogger seperti lampin pakai buang. Pagi tadi pegawai NKP menjemput gua untuk membuat liputan mengenai satu yang dihadiri oleh Khairul Azwan di dalam program Nelson Mandela Remebered - Tribute & Celebration Of Madiba's Life di KLCC.

Panggilan tersebut meminta gua hadir dalam program tersebut untuk merakam ucapan dari Khairul Azwan, gua tanpa banyak tanya terus hadir di KLCC seawal jam 12.00 tengah hari. Tunggu selama dua jam barulah NKP Pemuda UMNO Khairul Azwan dan terus masuk Dewan tanpa menandatangani buku memperingati Nelson Mandela.

Gua tak kisah dia lewat hadir, cuma selepas selesai kerja merakam ucapan dari NKP dan tamat program tersebut. NKP serta pegawainya terus meninggalkan gua terkapai-kapai di dewan tersebut. Inilah bodohnya NKP serta pegawai yang berlagak sombong melayan blogger ibarat lampin pakai buang.

Apa pun gua tetap jalankan tugas gua, di bawah adalah gambar-gambar NKP Khairul Azwan Harun di dalam program tersebut :






















P/S : Lain kali jemput blogger bersalaman la jangan berlagak sombong. Bukan besar sangat duit RM200 bayaran utk gambar dan rakaman bro. Betul la org cakap lu ni sombong macam beruk elok panggil Azwanberuk! Nothing personal just bussiness macam kata sahabat blogger aku.

[VIDEO] JAMAL ABDILAH DI MAJLIS MAKAN MALAM BERSAMA PERDANA MENTERI. @NajibRazak


LAYAN BRO.!!
 Video ni hasil kerja tangan aku sendiri, walaupun ianya tidak sebagus profisional, namun aku bangga menjadi salah seorang yg terlibat dalam majlis bersama pembesar negara.





AMRAYY

[VIDEO] PERMATA SENI TARI NEGARA - BEBERAPA VIDEO MENARIK DARI ANAK-ANAK DI BAWAH NAUNGAN PERMATA NEGARA #PAU2013. @NajibRazak

Program PERMATA merupakan program Asuhan dan Didikan Awal Kanak - kanak. Program PERMATA dirancang dan dilaksanakan untuk memberi fokus kepada perkembangan pendidikan kanak-kanak. Kanak-kanak merupakan pemangkin pembangunan sesebuah negara dalam membina khazanah ilmu serta kepakaran bagi menjamin kemajuan sesebuah bangsa. Kecemerlangan ini mencakupi pelbagai bidang termasuk bidang seni.

Anak-anak yang berbakat dalam bidang seni ibarat kuntuman bunga yang belum mekar. Justeru dalam usaha membajai tumbesaran kuntuman tersebut; serta memastikan kuntuman tersebut mekar dan menyebarkan keharumannya ke seluruh pelusuk alam, PERMATA mengambil langkah untuk menyediakan persekitaran yang kondusif bagi membentuk bakat mereka ke peringkat lebih cemerlang.









AMRAYY

BENA YANG MENYIMPAN 1001 CERITA

Aku tertarik degan bena yang dibuat oleh ''BroApA'' ni. Memandangkan kerja-kerja aku dari semalam tak sudah-sudah, apa kita layan video yang boleh menghilagkan stress.!!
layan bro.!!!

BOHONGLAH KALAU KO ORANG TAK GELAK.!!!

AMRAYY

Tuesday, 10 December 2013

PENGUMUMAN: PANGGILAN UNTUK PERSERTA




MGPS adalah program latihan bersama dua minggu antara Universiti Muhammadiyah Yogyakarta- Indonesia, Perdana Global Peace Foundation -Malaysia dan Institut Diplomasi dan Hubungan Luar -Malaysia. Program ini direka untuk membawa bersama-sama aktivis bersemangat muda dan pelajar yang berminat untuk resolusi keamanan dan konflik untuk bekerjasama dan mengembangkan pengetahuan mereka untuk menjadi pembuat keamanan aktif. MGPS adalah program latihan keamanan interaktif dan menarik mendedahkan anda dengan dinamik dengan peperangan dan konflik perkauman yang berlaku di Asia Tenggara dan seterusnya.

MGPS membolehkan peserta untuk meneroka pelbagai di seluruh kes, merangka pelan tindakan strategik keamanan , serta membina dan mengukuhkan kerjasama masa depan dalam menggalakkan keamanan global. Program ini melengkapkan anda dengan pelbagai -a pengetahuan dalam memahami isu-isu seperti konflik global , pengurusan konflik , cadangan strategik damai , campur tangan kemanusiaan, hak asasi manusia, antara agama dan dialog antara budaya , dan kemahiran komunikasi pasca konflik .

PERSERTA:
Panggilan untuk peserta terbuka kepada aktivis muda sosial, pembuat keamanan, NGO sukarelawan dan pelajar lepasan ijazah dari negara-negara Asia Tenggara dan seterusnya.
Para peserta bertanggungjawab untuk perbelanjaan perjalanan domestik dan antarabangsa mereka sendiri. Walau bagaimanapun, MGPS menyediakan perumahan , makanan dan pengangkutan tempatan sepanjang dua minggu di Kuala Lumpur.
Para peserta akan dipilih berdasarkan kriteria tertentu manakala geografi , jantina dan keseimbangan pengalaman di kalangan peserta juga mengambil kira.

TARIKH:
17 Februari - 1 Mac 2014

TEMPAT:
Semua program dalam MGPS 2014 akan dijalankan di Institut Diplomasi dan Hubungan Luar Malaysia (IDFR)

PROSEDUR PEMOHONAN:
Aplikasi , CV pemohon ringkas ( maks. 300 perkataan) dan 1 Surat halaman Motivasi mesti dihantar secara online melalui http://mgps.umy.ac.id/registration/
P/S:Jika anda mempunyai sebarang soalan atau pertanyaan, sila drop e-mel kepada mgps@umy.ac.id

AMRAYY

VIDEO ANWAR IBRAHIM BUAT PERTUNJUKAN DI LUAR NEGARA - United States..LAWAK DOHH.!!!


Para penyokong Pakatan Rakyat yang begitu bijak mencari salah dan mengintai setiap orang pemimpin UMNO dan Barisan Nasional dalam isu banjir. Semua pemimpin UMNO dipersoalkan kerana banjir yang melanda Pantai Timur serta sebahagian Negeri Sembilan dan Johor, sewaktu UMNO sedang mengadakan Persidangan Agung di PWTC.
 EHH...!!! NI SAPE EK??? BANJIR SEKARANG BRO.!! RAKYAT SENGSARA.!! LU PERGI LUAR NEGERI BERSUKARIA KAT LUAR NEGARA.!! ADAKAH PATUT.?? LU PIKIRLAH BRO.!!



AMRAYY

VIDEO: Menteri Besar Pahang Bawa Helikopter Bantu Mangsa Banjir Pahang

NAK BUKTI PEMIMPIN TAK MEMBELA RAKYAT LAGI KE???
Puak-puak Pakatan Pembangkang buka mata besar-besar sikit.!!!
Layan bro.!!! Lu pikir lah sendiri .!!!
"Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini - dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan." 
(AL-Hujuraat Ayat 6)

AMRAYY

Monday, 9 December 2013

Bila Raja Pahang Mencemar Duli Turun Ke Padang Membela Rakyat


"Raja dan Rakyat Berpisah Tiada" Tengku Puan pahang Masak Tengku Mahkota Pahang Edarkan.

"Raja dan Rakyat Berpisah Tiada" satu ungkapan yang sangat indah bagi menggambarkan betapa kita orang-orang Melayu bertuah kerana mempunyai Raja-Raja Melayu yang tidak menjadikan "DARJAT" sebagai penghalang kepada mereka untuk mendekati dan bersama membantu rakyat yang dalam kesusahan.
Menjadi satu kewajipan bagi mereka untuk turut serta dalam usaha-usaha yang dilakukan untuk membantu rakyat yang dalam kesusahan.
Tengku Mahkota Pahang dan Tengku Puan Pahang sendiri sebagai contoh, langsung tidak berasa kekok untuk turut serta. Tengku Puan boleh memasak untuk rakyat dan Tengku Mahkota pula boleh turut sama mengagihkan makanan. Tiada perasaan jijik dalam diri mereka kerana bagi mereka rakyat adalah sebahagian dari hidup mereka.



Gambar-gambar yang diambil bukanlah dilakonkan atau diedit tetapi adalah gambaran sebenar kejadian dan gambar sebenar kehidupan seorang Anak Raja yang selama ini menjadi bahan hinaan Cina-Cina DAp yang kurang ajar.

Bangsa melayu sendiri hari ini terpengaruh dengan "MISI-MISI GELAP" pembangkang yang mahu menjatuhkan Institusi Raja Melayu yang mereka tahu selagi ianya tegak berdiri selagi itulah mereka tidak akan dapat merampas negara ini dari tangan Orang Melayu.

Mereka menjadikan hak Raja-Raja itu sebagai bahan fitnah meraka untuk memberi kepada rakyat khususnya Bangsa Melayu yang Raja-Raja Melayu ini membazir dan bermewah-mewahan menghisap darah dan titik peluh rakyat.
Biar apapun kata mereka, biar apapun fitnah mereka, biar apapun rancangan mereka, kita sebagai Orang Melayu, Bangsa Melayu Beragama Islam tetap akan akan mempertahankan Kedaulatan Raja-Raja Melayu.

Biar Hancur Badan Dikandung Tanah, Mengundur Pantang Sebelum Ajal Menjemput!! 
Daulat Tuanku!! Daulat Tuanku!! Daulat Tuanku!!

Sumber;Pena Dari Tanah Melayu
P/S: Atas pemintaan sahabat penulis untuk dikonsi ke dalam blog Amrayy_Lensa_Assault

AMRAYY





''GEMPAR BRO'' PERJUMPAAN PERTAMA PENGERUSI BIRO MEDIA BARU DENGAN BLOGGER DI NZ MALAM INI JAM 8.00MLM

Kepada yang berminat nak makan roti canai #lifestyle #BedilTheLoser marilah ke NZ jalan Ampang Jam 8.00mlm 9.12.2013


Malam tadi aku terima jemputan saperti diatas melalui tweeter dari "Raja Instagram"#BedilTheLoser Pengerusi Biro Media Baru Pemuda Umno Malaysia untuk satu sessi pertemuan dengan penggiat media baru yang dia dah HINA semasa Persidangan Agung UMNO berlangsung baru baru ini.
BACA LAGI DI BLOG BROAPA KLIK

AMRAYY

Sunday, 8 December 2013

KENYATAN IBDILAH ISHAK PENGERUSI BIRO MEDIA BARU (BMB) YANG MENYINGGUNG PERASAAN PENGAMAL MEDIA BARU

LU FIKIRLAH BROO.!!

2 kenyataan yang dikeluarkan oleh beliau telah mendatangkan kemarahan kepada blogger dan facebooker yang bersekang mata demi mempastikan kemenangan BN dalam PRU13 lalu. Ini kenyataan pertama yang dikeluarkan oleh beliau yang melambangkan tahap KEBEBALAN melampau beliau.
" Kita rasa satu kesilapan kerana membayar blogger, kalau tak dibayar mereka akan hentam kita pula. Sekarang BMB akan cari sukarelawan yang sanggup berkhidmat pada parti secara sukarelawan tetapi mereka tiada platform"

Adakah si mangkuk hayun ni tahu berapa ramai Facebooker, Blogger, Youtuber bukan mengharapkan duit UMNO untuk membantu UMNO? 

Ini pula kenyataan kedua yang dikeluar si bahalol ini, yang pastinya melambang tahap otak singkat seorang Pengerusi Media Baru Pemuda UMNO.
"Kita akan perluaskan media maya, INSTAGRAM, twitter merupakan saluran untuk kita menyebarkan maklumat. Dan kita harap selepas ini, pengamal media maya tidak sibuk berpolitik sangat. Kita kena tunjuk pada rakyat, UMNO bekerja. Sebab kalau pembangkang hentam pun, rakyat akan tak endah sebab kerajaan buat kerja "
AMRAYY