
Blog ini adalah blog tentang kehidupan rakyat Malaysia dan apa sahaja yang admin rasa nak tulis dan sunting mengikut citarasa pemikiran admin. Pengunjung perlu menyelami jiwa admin dan penulis, baru boleh layan blog Amrayy Lensa Assault. Blog ini akan sentiasa diperbaiki dari masa ke semasa untuk kepuasan penonton. Jangan lupa komen yang baik dan teguran yang membina, supaya admin akan lebih bersikap positif di masa yang akan datang. terima kasih
Saturday, 30 November 2013
Friday, 29 November 2013
KEBENARAN TERBONGKAR..!!! PUNCA SEBENAR PENGANTIN MUDA BERCERAI
PENGANTIN CILIK DIROGOL SEBELUM DKAHWINKAN - BAPA

Pengantin Cilik Dirogol Sebelum Dkahwinkan - Bapa| Bapa kepada remaja perempuan Nor Fazira Saad, 13 tahun yang baru diceraikan talak 1 oleh suaminya, Mohd Fahmi Mohamed Alias, 20 berkata punca mereka berkahwin adalah kerana Fahmi telah merogol Fazira sebelum berkahwin.
Bapa Nor Fazira, Saad Mustafa, 44 tahun, membongkar kepada surat khabar The Star ekoran kisah penceraian pasangan muda tersebut yang tersebar luas di media.
Menurut Saad, dia terpaksa memberi izin pernikahan anaknya dengan Mohd Fahmi kerana Nor Fazira telah diperkosa oleh MohdFahmi dan dua kawannya empat bulan sebelum perkahwinan itu dilangsungkan.
Saad memberitahu The Star bahawa dia telah membuat laporan kepada polis pada 15 Julai 2012, namun dia dirayu oleh ibu bapa Mohd Fahmi agar laporan itu ditarik balik kerana tidak mahu Mohd Fahmi disabit kesalahan dan menerima hukuman penjara.
Kerana rayuan berterusan yang dibuat, dia sebagai bapa bersetuju untuk menarik balik laporan polis yang dibuat serta menikahkan anaknya dengan Mohd Fahmi yang ketika itu berusia 19 tahun sementara anaknya baru menjengah usia 13 tahun, pada 17 November 2012.
Nor Fazira turut menceritakan kepada ayahnya pada Oktober yang lalu bahawa dia tidak tahan dengan layanan keluarga mertuanya dan memutuskan untuk meminta cerai. Saad turut menceritakan bahawa keluarga besannya itu tidak menyukai anaknya dari mula perkahwinan. Dia juga mendakwa Fazira telah didera mental dan fizikal, sehingga satu tahap tidak diberi makan oleh mertuanya.
APA KATA FAHMI?
Bekas suami Fazira yang ditemui oleh The Star pula telah sekeras-kerasnya menolak dakwaan bekas bapa mertuanya itu dan berkata dia tidak merogol Fazira.
Dia berkata dia mengambil keputusan menceraikan Nor Fazira kerana bekas isterinya itu mempunyai hubungan sulit dengan seorang lelaki lain selain biadap terhadap keluarganya. Fahmi juga mendakwa bekas isterinya itu tidak pernah memasak selain kerap keluar rumah sesuka hati.
Remaja berusia 20an itu menafikan Fazira didera dan tidak diberi makan dan berkata keluarganya melayannya baik-baik sahaja.
Sumber dari kemenyanberasap
-AMRAYY-
Tuesday, 26 November 2013
KEPUTUSAN PEMILIHAN 60 CALON BAGI JAWATAN AJK PAS PUSAT 2013-2015@MUKTAMAR TAHUNAN PAS KALI KE-59
KEPUTUSAN PEMILIHAN 60 CALON BAGI JAWATAN AJK PAS PUSAT 2013-2015
Nama calon yang ke 5 tidak kelihatan di screen..Siapa yang harus dipersalahkan??? Adakah pihak urusetia Muktamar Tahunan PAS atau pihak SPR yang harus di persalahkan diatas kejadian ini??? Wujud kah calon yang ke 5 ini??? Kalau calon yang ke 5 ini tidak wujud,itu bermakna tidak lah cukup calon seramai 60 orang yang merebut jawatan sebagai AJK PAS PUSAT 2013-2015...
-AMRAYY-
KEPUTUSAN PEMILIHAN BAGI JAWATAN TIMBALAN PRESIDEN PAS 2013-2015@MUKTAMAR TAHUNAN PAS KALI KE-59
CALON-CALON BAGI JAWATAN TIMBALAN PRESIDEN PAS 2013-2015
HJ. MOHAMAD SABU VS YB. DATO' HJ. MOHD AMAR ABDULLAH..
KEPUTUSAN PEMILIHAN BAGI JAWATAN TIMBALAN PRESIDEN PAS 2013-2015
Haji Mohamad Sabu mendapat undi sebanyak 588 manakala YB. Dato' Mohd Amar Abdullah mendapat sebanyak 490 undi..Jawatan Timbalan Presiden PAS 2013-2015 dimenangi oleh Haji Mohamad Sabu dengan perbezaan sebanyak 98 undi..
-AMRAYY-
SIDANG MEDIA MUKTAMAR TAHUNAN PAS 2013
Sidang Media bersama Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang
Stadium Melawati Shah Alam
\
Saturday, 16 November 2013
JAWAPAN TENGKU ADNAN BERKENAAN TENTANG ISU KUIL HINDU DI JALAN P.RAMLEE YANG INGIN DIROBOHKAN PEMBINAANNYA
Tahniah Tengku Adnan Jawapan ini yang rakyat tunggu selama ini.!!
''DAH BAGI DUIT PUN DAN DAH AMBIL DUIT PUN''
''DAH BAGI DUIT PUN DAN DAH AMBIL DUIT PUN''
\
AMRAYY
Tuesday, 12 November 2013
MIC AKAN BERGABUNG DENGAN PAKATAN PEMBANGKANG UNTUK PROTES JALANAN.???PERINGATAN PADA PEMIMPIN.!! @NajibRazak @TengkuAdnanReal
MIC Dah pandai main ugut-ugut pemimpin kerajaan. Apa riaksi Tengku Adnan?? Mereka dah bersatu UMNO bagaimana? Adakah bangsa melayu hanya tengok, duduk diam dan tunggu bila kaki dah naik ke kepala..??? Akhirnya nanti kepada semua orang melayu juga akan dipohon pertolongan(Bukan melayu kroni ek.!!)
Lupikir lah bro.!!
Gua dah lama tengok Kuil-kuil Hindu dibina di kawasan yang tidak sesuai..Habis tu kaum Hindu ni nak salahkan kerajaanpun tak bolehlah bro..!! Kaum Hindu lu kena pakai akal lah bro.!!
Monday, 11 November 2013
DIMANA SUSPEK PEMBUNUH PEGAWAI AMBANK BERSEMBUNYI SELAMA INI.???
KUALA LUMPUR – Suspek kes bunuh dan rompak pegawai AmBank di Subang Jaya menjadikan bangunan serta rumah kosong sebagai lokasi persembunyian selama 19 hari ketika dalam buruan polis.
Mengesahkan perkara itu, Ketua Polis Selangor Datuk Mohd Shukri Dahlan berkata suspek bersembunyi di beberapa buah rumah serta bangunan kosong sekitar Lembah Klang dan Johor.
“Bagaimanapun, suspek dipercayai melarikan diri menggunakan pengangkutan awam seperti bas dan teksi untuk keluar dari Lembah Klang menuju ke Johor sejurus selepas kejadian pada 23 Oktober lepas.
“Ketika berada di sana (Johor), suspek juga cuba mendapatkan bantuan sindiket pemalsuan dokumen pasport bagi melarikan diri ke negara jiran,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
Suspek ditahan di Kampung Belungkor, Kota Tinggi, Johor pada kira-kira 7 pagi tadi.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar, dalam twitter beliau hari ini, memaklumkan bahawa suspek ditahan di Johor serta mengucapkan terima kasih kepada rakyat Malaysia yang membantu polis.
Dalam kejadian 23 Oktober lepas, pegawai AmBank Subang Jaya Norazita Abu Talib, 37, maut ditembak suspek ketika membuka peti besi dalam bilik kebal bank berkenaan, menurut sumber Bernama.
Mangsa, yang berkhidmat selama 16 tahun dengan bank itu, meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala setelah ditembak dengan ‘pump gun’ oleh suspek.
Suspek turut melarikan diri dengan hasil rompakan wang tunai RM450,000.
AMRAYY
Subscribe to:
Posts (Atom)
Artikel,Video Dan Foto Mungkin Membantu Anda Dalam Pencarian Maklumat..!!!
-
►
2012
(59)
- ► September 2012 (16)
- ► October 2012 (18)
- ► November 2012 (11)
- ► December 2012 (14)
-
►
2013
(261)
- ► January 2013 (19)
- ► February 2013 (23)
- ► March 2013 (10)
- ► April 2013 (48)
- ► August 2013 (22)
- ► September 2013 (8)
- ► October 2013 (19)
- ► November 2013 (15)
- ► December 2013 (44)
-
►
2014
(113)
- ► January 2014 (30)
- ► February 2014 (15)
- ► March 2014 (26)
- ► April 2014 (16)
-
►
2019
(1)
- ► August 2019 (1)