Sunday 13 July 2014

[PHOTO] PROGRAM KAMI PRIHATIN @NajibRazak @azwanbro @Khairykj @selawatperdana


Anjuran: @brigedkesatriamuda ,Pemuda Wilayah/ Selangor, @SAM1MSIA ( Suara Anak Muda 1Malaysia), Riders United, Yayasan Pertanian 1Msia, Selawat Perdana, PVTM, MJMM , Biro Ta'lim Al-aly Dan Rakan2 Bloggers Serta Media


Wednesday 2 July 2014

TEROWONG BAWAH TANAH RUNTUH LAGI BRO...


KUALA LUMPUR: Sebuah terowong bawah tanah yang sedang dalam pembinaan di persimpangan lampu isyarat Jalan Imbi berhampiran Jalan Pudu di sini, runtuh jam 10.38 pagi tadi, menyebabkan laluan di situ jerlus sepanjang hampir 19 meter.

Wednesday 25 June 2014

MUG DARI TULANG BABI.!! AWAS.!!

Cube check gelas atau mug yang digunakan dalam seharian kita. Check bahagian bawah gelas atau mug... pastikan bukan jenama "Fine Yiyun Bone China".. Kalau gelas yang anda guna sekarag ni.. berjenama Fine Yiyun Bone China.. Sila Istirgfar banyak-banyak dan buang dengan segera gelas tu.. sebab gelas tu diperbuat daripada tulang babi.. Astargfirullahhalazimm.. Ramai yang tak perasan perkara ni, diharap semue masyarakat islam lebih berhati-hati selepas ni..

 Rujuk logo pada belakang gelas atau mug

Monday 23 June 2014

MUKTAMAD-Mahkamah Persekutuan tolak permohonan gereja Katolik

MUKTAMAD-Mahkamah Persekutuan tolak permohonan gereja Katolik merayu keputusan Mahkamah Rayuan tolak guna perkataan Allah dalam The Herald. KEPUTUSAN Mahkamah Persekutuan tadi bermakna keputusan KDN larang The Herald guna perkataan Allah KEKAL.Gereja Katolik TAK BOLEH merayu lagi.

Seorang Peguam/hakim islam sokong gereja guna Kalimah Allah

Kira-kira 300 ahli pelbagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islamberhimpun di luar Istana Kehakiman

PUTRAJAYA: Kira-kira 300 ahli pelbagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam berhimpun di luar Istana Kehakiman sebagai tanda sokongan hak kalimah Allah bagi umat Islam.
Kumpulan yang diketuai Pengerusi Perkasa, Datuk Ibrahim Ali, dilihat berselawat beramai-ramai sementara menunggu keputusan.
Sementara itu, pekarangan Istana Kehakiman mula dipenuhi ahli NGO dan orang ramai bagi mengikuti keputusan Mahkamah Persekutuan mengenai kes penggunaan kalimah ALLAH, hari ini.
AMRAYY

Saturday 21 June 2014

SIAPA BANGSA MELAYU??


INFO PANAS !!!: KAJIAN MITOCHONDRIA DNA MEMBUKTIKAN BANGSA CHINA DAN INDIA BERASAL DARI BANGSA MELAYU


1. Satu strategi yang digunakan penjajah untuk menghalalkan tindakan menjajah sesebuah negara ialah dengan mereka-reka teori asal usul kewujudan bangsa yang mendiami negara tersebut.

Friday 13 June 2014

SPOT PEEL Derma Ceutic didapati beracun.!! Hentikan pembelian produk ini.!!

Orang ramai yang telah membeli produk ini sila hentikan...
Bahaya utk kesihatan ...
Barangan Kesihatan ini didapati berbahaya untuk kesihatan, kalau nak mati cepat boleh teruskan.
Bila larangan dah keluar cuba ikut, jangan main-main bro..Pendek umur nanti.!!

Thursday 12 June 2014

[PHOTO] PPIM VS YUSERI YUSOFF DI BERNAMA RADIO 24

Isu Cadbury bagi aku dah selesai. Namun bagi aku PPIM perlu memainkan peranan yang lebih berani terhadap isu-isu berkaitan tentang hak-hak pengguna Islam lebih serius. Dari padangan aku PPIM tidak boleh duduk diam sehinggakan terpaksa menanti isu-isu penting dibangkitkan oleh pihak tertentu dan baru nak bertindak..Bagi aku juga perlaksanaan terhadap penguatkuasan harus ditekankan bagi melindungi hak-hak pengguna Islam terbela..

Apapun layan dulu gambar yang sempat aku rakamkan sewaktu aku berada di Bernama radio24 di jalan Tun Razak. Nantikan video yang aku rakamkan secara LIVE di Bernama Radio24 dan nilaikan sendiri.!!!
Layan bro.!!

Wednesday 11 June 2014

[PHOTO] ABBY ABADI DAH BERCERAI DI MAHKAMAH GOMBAK


Abby Abadi dan suaminya, Muhammad Noor Farhan Che Bakar sah bercerai talak satu selepas Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur mensabitkan lafaz cerai luar mahkamah melalui SMS yang dihantar Muhammad Noor Farhan, Mei lalu.

Hakim Syarie Shaiful Azli Jamaludin membuat keputusan itu selepas meneliti semua dokumen & mendengar keterangan kedua-dua pihak.



 Bagaimanapun, cerai pertama pada Januari lalu yang dihantar Muhammad Noor Farhan melalui SMS kepada rakannya, mahkamah tidak mensabitkan jatuh talak berikutan SMS itu adalah lafaz yang tidak sah kerana tidak memenuhi rukun dan syarat sah talak.

Pasangan itu mendirikan rumah tangga secara rahsia pada 9 Julai tahun lalu di selatan Thailand setelah berkenalan selama dua minggu.



AMRAYY

Tuesday 10 June 2014

Ibu Dua Anak Dipenjara Lakukan Seks Dengan Remaja 15 Tahun


Helen Cartwright. Foto mailonline
SEORANG ibu berusia 42 tahun yang melakukan hubungan seks dengan seorang remaja 15 tahun dipenjara selepas hakim dimaklumkan bahawa wanita itu telah melahirkan anak kepada remaja berkenaan.
Helen Cartwright yang merupakan wanita berkahwin dan mempunyai dua anak melakukan hubungan itu dengan seorang remaja yang 27 tahun lebih muda, selepas kedua-dua mereka mulai rapat sejak beberapa bulan.

Menerusi pendengaran kes di Mahkamah Wolverhampton Crown, wanita itu turut membuat pengakuan kepada polis bahawa dia mengetahui remaja berkenaan masih di bawah umur.
Hubungan mereka pada awalnya hanya sekadar "berpelukan dan bercumbuan" sebelum mereka akhirnya melakukan hubungan seks di kediaman wanita itu di Dudley, West Midlands, pada Mei tahun lalu.
Mereka kemudiannya menjadi pasangan kekasih ketika remaja itu berusia 16 tahun dan selepas wanita tersebut meninggalkan suaminya.

Dia dijatuhi hukuman penjara selama dua tahun, selepas mengaku melakukan hubungan seksual bersama seorang 'kanak-kanak' di bawah usia 16 tahun, kepada Mahkamah Wolverhampton Crown.
Dia turut diberikan perintah pengawasan selama dua tahun.

Hakim, Judge John Warner memberitahu Cartwright: "Anda bukanlah seorang yang sofistikaed dan adalah jelas tidak mengetahui implikasi terhadap perbuatan yang anda lakukan.
"Anda tidak sepatutnya membenarkan meneruskan perkara yang anda telah lakukan.
"Adalah jelas terdapat perbezaan dari segi usia," katanya.
AMRAYY