Biro Agama, Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia telah memulakan hari pertama tahun baru 2014 ini dengan membuat laporan Polis berhubung satu artikel mengenai kegunaan Kalimah Allah oleh sebuah gereja katolik di Selangor yang telah dikeluarkan dalam akhbar The Malaysian Insider baru-baru ini. Laporan polis yang dibuat di IPD Putrajaya itu merupakan reaksi lanjutan kepada kenyataan yang dibuat oleh paderi Father Lawrence Andrew, yang juga merupakan pengarang mingguan Katholik The Herald yang bertegas bahawa pihak Gereja Katholik di Selangor akan terus menggunakan kalimah Allah dalam perhimpunan mingguan yang menggunakanBahasa Melayu.
AMRAYY