LIVE – KEPUTUSAN TIDAK RASMI PRN SABAH
Tidak Rasmi:
Warisan : 10
GRS (BN/PN/PBS): 12
17.00 : Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah telah menamatkan pengundian sebentar tadi jam 5 petang. Kiraan undi dijangka akan dibuat mulai jam 5.30 petang di pusat pengundian daerah sebelum keputusan dihantar kepada pusat perjumlahan undi.
Beberapa peti undi yang ditutup seawal jam 3 telah pun memulakan kiraan awal. Keputusan-keputusan awal tidak rasmi dijangka akan mula diketahui sekitar jam 6.30 petang. Kami akan cuba membawa keputusan-keputusan tidak rasmi dari semasa ke semasa.
PRN kali ini menyaksikan 73 kerusi dipertandingkan. Parti yang mahu membentuk kerajaan memerlukan sekurang-kurangnya sokongan 37 Ahli Dewan Undangan Negeri.
19.40 : DAP dilaporkan mengekalkan kerusi DUN Luyang, Kapayan, Elopura, Sri Tanjong
19.43 : Gabungan Rakyat Sabah (GRS) terdiri dari BN, PN dan PBS menang di N39 Tambunan, N12 Sulaman dan N32 Klias
19.44 : Kerusi DUN Sukau dan Tanjung Batu dimenangi calon GRS (BN)
19.47 : Calon Warisan dilaporkan mendahului pengiraan undi di DUN Tanjung Keramat
19.48 : Calon GRS (PN) dilaporkan menang di kerusi DUN Paginatan
19.50 : Timbalan Presiden Warisan Darrel Ignatius Leiking mendahului kiraan tidak rasmi DUN Moyog, diikuti PN (Star) dan calon PBS.
19.54 : Calon GRS (BN) dilaporkan merampas kerusi DUN Pantai Manis yang sebelum ini dikuasai Warisan pada PRU14 lalu.
20:01 : Presiden UPKO (Warisan Plus) dilaporkan tewas kepada PBS di kerusi DUN Kiulu
20:06 : GRS (PN) menang kerusi DUN Bandau
20:09 : Setakat ini dilaporkan GRS terdiri dari BN, PN dan PBS dilaporkan menang di 12 kerusi DUN seperti berikut; – Lamag, Sukau, Sg Manila, Sugut, Pantai Manis, Darau, Karambunai, Pantai Dalit, Tg Batu, Usukan, Sulaman dan Bandau.