Tuesday, 28 October 2014

Tasha Shilla Tidak Selesa Bicara Gosip Yang Mengaibkan Orang


rtis ini seringkali dilanda gosip dan terbaru ada yang mengatakan bahawa dia melakukan perkara tidak senonoh bersama kekasihnya di lokasi penggambaran. Tetapi setelah itu dia yang mengambil sikap terbuka menafikan kontroversi tersebut.

Tasha Shilla yang kini bergelar hos bersama Ajak Shiro dalam program hiburan Galaksi meluahkan isi hatinya yang tidak gemar bercakap mengenai gosip sesama rakan artis dan menerima tawaran ini sebagai satu titik mula untuknya melangkah lebih jauh dalam bidang pengacaraan.

“Saya sendiri rasa tak selesa bercerita perihal artis dekat dalam industri yang sama. Sebagai hos dan penyampai diberi tanggungjawab untuk mengemudi Galaksi, Tasha takkan terbawa-bawa seperti ambil tahu pasal apa dan kenapa benda itu terjadi”

“Team Galaksi sudah sediakan semuanya apa yang diperlukan saya untuk mengacara tanpa menyentuh mana-mana nama. Tasha dan Ajak kami sama-sama bercerita tetapi janganlah sampai mengaibkan nama orang,” katanya.

Tasha Shilla turut memberitahu bahawa dia juga tidak terkecuali apabila dia dilanda gosip dan turut ditanyakan perkara yang sama oleh wartawan.

“Saya tak terkecuali, dan tak marah orang nak bertanyakan. Bila orang tanya kita bagi tahu, tetapi tidaklah sampai nak terbawa-bawa balik ke rumah. Dunia selebriti dan seni masing-masing kita perlukan sesama sendiri,” ujarnya.

Sekiranya ada kontroversi, jangan cepat melatah dan cuba mengawalnya secara positif, dan itulah membuatkan pelakon 鈥楰asih Berbisik鈥� ini bertahan dan masih diterima ramai walaupun kontroversi dan dugaan datang satu per satu menimpanya.

“Kontroversi untuk publisiti seseorang itu ada positif dan negatif. Kena tahu mengendali sesuatu isu, jangan cepat melatah, atau terasa hati. Niat kita biar ikhlas untuk bekerja. Sesetengah selebriti cepat melatah. Salah atau tak salah, kita kena relax, orang nak bekerja dengan kita pun senang”

Kecewa Digelar Gadis Liar, Serah Soal Kahwin Kepada Takdir

Gelaran ‘gadis liar’ yang diberikan padanya itu, agak kecewa baginya kerana Tasha berpendapat setiap manusia ini tak sempurna dan baginya apa yang dilakukannya adalah bergantung pada niat dan kontroversi baru-baru amat memeranjatkannya sekali. Walaubagaimana pun, dia berpendapat perkahwinan bukanlah jalan untuk menutup segala kontroversi yang ada.

“Memang tak nafikan kahwin itu sebagai jalan yang terbaik tetapi kita usaha siapa yang tentukan?”

Dalam perkembangan lain, Tasha Shilla telah terpilih sebagai salah seorang pengacara Anugerah Skrin 2014 (ASK 2014) disamping Fahrin Ahmad, Amyra Rosli, Nabila Huda, Shukri Yahya, Zul Ariffin, Fiza Sabjahan dan Fara Fauzana.
AMRAYY

No comments: