Wednesday 29 October 2014

SYED ALI INGATKAN ANWAR, BERANI TANGGUNG DAN USAH KABURI MATA RAKYAT

Kuala Lumpur – Ketua Umno Bahagian Cheras, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee menengaskan kepada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya “Berani buat berani tanggung, tak usah nak mengaburi mata rakyat.”

Demikian tegasnya kepada Ketua Pembangkang itu yang dalam proses rayuan akhir untuk mengetepikan hukuman penjara lima tahun atas kesalahan meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Syed Ali mengingatkan Anwar seharusnya menggunakan mahkamah untuk mempertahankan diri dan bukannya mengheret orang ramai supaya bersimpati dengan nasibnya.

“Buat apa nak menyalak di luar, gunakanlah mahkamah untuk pertahankan diri, tak perlu nak heret orang ramai supaya simpati, itu masalah peribadi beliau,” tegasnya.

Menurut beliau, orang yang baik akhlaknya tidak akan mendabik dada mengatakan dirinya adalah terbaik dan sempurna.

“Hanya orang yang buruk tingkah laku dan moralnya sahaja yang akan menjerit memberitahu dunia kononnya diri baik dan bersih,” tegasnya lagi.

Syed Ali berkata, Anwar tidak sewajarnya memperalatkan golongan mahasiswa untuk terpedaya dengan ‘lakonan akhir’ Ketua Pembangkang itu dalam ceramahnya di Universiti Malaya (UM) malam Isnin.

“Tindakan itu bukan setakat mencemarkan nama baik universiti malah turut mengecewakan orang ramai kerana kampus telah dipolitikkan untuk kepentingan peribadi,” katanya.

Sebaliknya, jelas beliau, Anwar harus belajar menerima kenyataan dan bukannya terus menunding jari kepada pihak lain di atas kesalahannya.

“Terimalah hakikat, terima ketentuan Allah S.W.T, kalau tak buat, buat apa nak takut, tak payah nak bagi tahu kononnya diri tidak bersalah.

“Saya harap Anwar boleh terima apa jua keputusan mahkamah, kerana semua itu adalah ketentuan Illahi,” tegasnya.

Beliau turut menasihati penyokong Anwar supaya bersikap terbuka dan rasional apabila keputusan penghakiman terhadap kes tersebut diumumkan nanti.

“Tak payah nak buat kecoh, terimalah realiti sebenar bahawa Tuhan itu tahu segala-galanya,” ujar beliau.

Pada Selasa, Mahkamah Persekutuan mula mendengar rayuan akhir Anwar berhubung sabitan kes liwatnya terhadap Mohd Saiful pada 26 Jun 2008.

Mahkamah Persekutuan akan membuat keputusan sama ada hukuman penjara lima tahun terhadap Anwar dikekalkan atau beliau dibebaskan.

Hari kedua pendengaran rayuan akan bersambung Rabu pada pukul 9.30 pagi yang juga merupakan hari terakhir pendengaran namun berkemungkinan besar ia akan berlanjutan sehingga Khamis.Demikian tegasnya kepada Ketua Pembangkang itu yang dalam proses rayuan akhir untuk mengetepikan hukuman penjara lima tahun atas kesalahan meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Syed Ali mengingatkan Anwar seharusnya menggunakan mahkamah untuk mempertahankan diri dan bukannya mengheret orang ramai supaya bersimpati dengan nasibnya.

“Buat apa nak menyalak di luar, gunakanlah mahkamah untuk pertahankan diri, tak perlu nak heret orang ramai supaya simpati, itu masalah peribadi beliau,” tegasnya.

Menurut beliau, orang yang baik akhlaknya tidak akan mendabik dada mengatakan dirinya adalah terbaik dan sempurna.

“Hanya orang yang buruk tingkah laku dan moralnya sahaja yang akan menjerit memberitahu dunia kononnya diri baik dan bersih,” tegasnya lagi.

Syed Ali berkata, Anwar tidak sewajarnya memperalatkan golongan mahasiswa untuk terpedaya dengan ‘lakonan akhir’ Ketua Pembangkang itu dalam ceramahnya di Universiti Malaya (UM) malam Isnin.

“Tindakan itu bukan setakat mencemarkan nama baik universiti malah turut mengecewakan orang ramai kerana kampus telah dipolitikkan untuk kepentingan peribadi,” katanya.

Sebaliknya, jelas beliau, Anwar harus belajar menerima kenyataan dan bukannya terus menunding jari kepada pihak lain di atas kesalahannya.

“Terimalah hakikat, terima ketentuan Allah S.W.T, kalau tak buat, buat apa nak takut, tak payah nak bagi tahu kononnya diri tidak bersalah.

“Saya harap Anwar boleh terima apa jua keputusan mahkamah, kerana semua itu adalah ketentuan Illahi,” tegasnya.

Beliau turut menasihati penyokong Anwar supaya bersikap terbuka dan rasional apabila keputusan penghakiman terhadap kes tersebut diumumkan nanti.

“Tak payah nak buat kecoh, terimalah realiti sebenar bahawa Tuhan itu tahu segala-galanya,” ujar beliau.

Pada Selasa, Mahkamah Persekutuan mula mendengar rayuan akhir Anwar berhubung sabitan kes liwatnya terhadap Mohd Saiful pada 26 Jun 2008.

Mahkamah Persekutuan akan membuat keputusan sama ada hukuman penjara lima tahun terhadap Anwar dikekalkan atau beliau dibebaskan.

Hari kedua pendengaran rayuan akan bersambung Rabu pada pukul 9.30 pagi yang juga merupakan hari terakhir pendengaran namun berkemungkinan besar ia akan berlanjutan sehingga Khamis.

8 comments:

Zainuddin Idris said...

Ketua Umno Bahagian Cheras, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee. Kamu ni baik sesangat ke nak perli Anwar pasal apa.

otaklunyai said...

satu-satunya keturunan syed yang bahalollll...

Anonymous said...

Wahai arab yang ngaku pembela melayu,adakah adr berasal dari tanah mulanya Islam?
Tahukah sdr menyebarkn berita yang tak pasti kesahihannya adalah fitnah!
Tolong huraikan apa ajaran islam dalam hal sedemikian.

xmau sama2 fitnah said...

syed ali ni orang yg mengetahui segala2nya...taraf sngt tinggi...

Unknown said...

Masalahnya mahkamah cuma untuk beruk2 umnu saja, contoh curi diut masjid rm 2 kena penjara 2 tahun umnu balun rm juta2 kena setahun tapi tak masuk2 jel pun iniun ketentuan allah juga ke? Mana kepala hotak kamu,akal kamu tu sejak kecik dah biol ke?

Anonymous said...

dh kecewa kes fitnah liwat akan kalah, maka diseru pula anwar utk terima kenyataan.

kenyataannya fitnah liwat adalah konspirasi politik umnu.

dungu punya Syed Aliwat

Unknown said...

Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
Jika ya, silahkan kunjungi website ini www.kumpulbagi.com untuk info selengkapnya.

Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)