Friday, 29 November 2013

KEBENARAN TERBONGKAR..!!! PUNCA SEBENAR PENGANTIN MUDA BERCERAI



PENGANTIN CILIK DIROGOL SEBELUM DKAHWINKAN - BAPA


Pengantin Cilik Dirogol Sebelum Dkahwinkan - Bapa| Bapa kepada remaja perempuan Nor Fazira Saad, 13 tahun yang baru diceraikan talak 1 oleh suaminya, Mohd Fahmi Mohamed Alias, 20 berkata punca mereka berkahwin adalah kerana Fahmi telah merogol Fazira sebelum berkahwin.

Bapa Nor Fazira, Saad Mustafa, 44 tahun, membongkar kepada surat khabar The Star ekoran kisah penceraian pasangan muda tersebut yang tersebar luas di media.

Menurut Saad, dia terpaksa memberi izin pernikahan anaknya dengan Mohd Fahmi kerana Nor Fazira telah diperkosa oleh MohdFahmi dan dua kawannya empat bulan sebelum perkahwinan itu dilangsungkan.

Saad memberitahu The Star bahawa dia telah membuat laporan kepada polis pada 15 Julai 2012, namun dia dirayu oleh ibu bapa Mohd Fahmi agar laporan itu ditarik balik kerana tidak mahu Mohd Fahmi disabit kesalahan dan menerima hukuman penjara.

Kerana rayuan berterusan yang dibuat, dia sebagai bapa bersetuju untuk menarik balik laporan polis yang dibuat serta menikahkan anaknya dengan Mohd Fahmi yang ketika itu berusia 19 tahun sementara anaknya baru menjengah usia 13 tahun, pada 17 November 2012.

Nor Fazira turut menceritakan kepada ayahnya pada Oktober yang lalu bahawa dia tidak tahan dengan layanan keluarga mertuanya dan memutuskan untuk meminta cerai. Saad turut menceritakan bahawa keluarga besannya itu tidak menyukai anaknya dari mula perkahwinan. Dia juga mendakwa Fazira telah didera mental dan fizikal, sehingga satu tahap tidak diberi makan oleh mertuanya.

APA KATA FAHMI?
Bekas suami Fazira yang ditemui oleh The Star pula telah sekeras-kerasnya menolak dakwaan bekas bapa mertuanya itu dan berkata dia tidak merogol Fazira.

Dia berkata dia mengambil keputusan menceraikan Nor Fazira kerana bekas isterinya itu mempunyai hubungan sulit dengan seorang lelaki lain selain biadap terhadap keluarganya. Fahmi juga mendakwa bekas isterinya itu tidak pernah memasak selain kerap keluar rumah sesuka hati.

Remaja berusia 20an itu menafikan Fazira didera dan tidak diberi makan dan berkata keluarganya melayannya baik-baik sahaja.
Sumber dari kemenyanberasap

-AMRAYY-

No comments: