Thursday 7 March 2013

MENGAPAKAH POLIS BUKAN TENTERA KINI MENANGANI KES DI LAHAD DATU?



1) Jika Malaysia menggunakan tentera dalam menangani kes di Lahad Datu, bermakna kita berperang dengan Sultan Sulu.

2) Pada masa sama kita mengiktiraf Sultan Sulu secara langsung sebagai kerajaan sah yang mengistiharkan perang terhadap Malaysia. 


3) Jka peperangan berlaku, perperangan itu tertakluk kepada Geneva Convention dan beberapa protokol antarabangsa.
Jika Polis berfungsi sebagai pemerintah operasi bermakna ...



1) Malaysia masih menganggap penceroboh itu sekumpulan penjenayah dan bukan pejuang perang.

2) Polis ditugaskan untuk menangkap dan menahan penceroboh ( terma digunakan oleh polis ialah menahan bukan menawan. Menawan ialah perkataan tentera dan terdapat perbezaan maksud di antara kedua terma itu).




3) Untuk mengelakkan mereka menjadi tawanan perang, cukup sekadar menahan mereka sebagai penjenayah. Maka tuduahn di mahkamah awam boleh dilakukan, sama seperti tuduhan dibuat kepada lanun Somalia yang ditahan sebelum ini. Mereka tidak di anggap sebagai tawanan perang.



4) Penjenayah boleh di ektradisikan dengan lebih mudah ke Filipina. Kalau tindakan ketenteraan atau kita anggap tahanan perang maka susah hendak dibicarakan dan di mana harus ditempatkan mereka dan apakah status klasifikasikan mereka ini? Maka jadilah macam kisah CIA dan Black Sitenya untuk WAR on TERROR mereka. Kita kena la buat macam Guantonamo BAy juga. 

Itu antara sebab utama Malaysia mengambil langkah menjadikan polis sebagai pemerintah operasi. 

Jika keadaan tidak boleh di kawal lagi maka LOCAL AREA EMERGENCY (darurat setempat) boleh di isytiharkan. Contohnya tatkala darurat waktu ribut banjir New Orleans dahulu, tentera Amerika Syarikat mengambil alih tugasan bukan lagi polis tempatan)



Dalam keadaan ini bermakna bukan seluruh negara darurat dan bukanlah bermakna perang kerajaan Malaysia dan Sultan Sulu. Darurat hanya untuk keselamatan sahaja dan daerah tertentu sahaja. Rasanya bukan seluruh Lahad Datu pun. Hanya kawasan pencerobohan berlaku sahaja. Nampak betapa berhati-hatinya dan telitinya pihak kerajaan dalam menangani hal ini? Menurut langkah satu persatu?



Nota Tambahan : Ingat kes Al- Maunah dahulu? Mula-mula polis bertindak. Kemudian Tentera mengambil alih. Dan setelah tentera ambil alih tuduhan kepada Mohd Amin (ketua Almaunah) yang membawa hukuman mati ialah tuduhan mengistiharkan perang kepada Yang Di Pertuan Agung. Dia tidak di tuduh sebagai orang awam iaitu tuduhan Membunuh (i.e; Bunuh polis SB tu). Beliau di tuduh sebagai pejuang perang.

Persoalan sempadan bolos? Mereka memasuki Sabah sedikit demi sedikit menggunakan bot pancung melalui sempadan kabur dan menjadi tradisi penduduk tempatan berulang-alik. Lagi pun kawasan perairan Laut Sulu, luas.

Tiada negara di dunia tidak di tembusi sempadannya. Paling sukar ialah Israel dan Vatican. Israel kerana temboknya dan Vatican City sebab di dindingnya di kepung oleh bandar Rom. Hatta Amerika Syarikat pun sering di cerobohi sempadannya oleh rakyat Mexico. Negara China terkenal dengan Gerat wall juga sering di cerobohi orang nomad berbangsa Mongolia atau bangsa padang steppe yang berulang-alik (serupa dengan kes Lahad Datu - golongan yang tidak mempunyai sempadan).


VIDEO POLIS MENJALANKAN TUGAS

Komen : Pasukan keselamatan terlibat di Lahad Datu bukan daripada unit biasa. Unit komando PDRM ialah attachment A-Unit Tindakan Khas (UTK), attachment B-Very Able Trooper 69 (VAT69) di bawah Pasukan Gerakan Khas (PGK). UTK lebih menyerupai polis SWAT manakala VAT 69 lebih kepada peperangan hutan dan gerila. Komando PGA dikenali sebagai Tiger Platoon dari Batalion 2 Pasukan Gerakan Am. Komando di bawah Angakatan Tentera Malaysia adalah Gerup Gerak Khas (GGK) iaitu 21 RGK, 22 RGK, 11 RGK dari tentera darat. PASKAL pula dari TLDM..PASKAU dari TUDM.. Semua pasukan itu tertakluk di bawah Majlis Keselamatan Negara (MKN) arahan NO 18. Pihak keselamatan lebih mengetahui apa yang terbaik dan modus operandi dilaksanakan.


lagi artikel klik jer 1,klik jer 2

Amrayy


1 comment:

Unknown said...

LOL! That was really funny! YcDress and DressesForBest