Thursday, 15 November 2012

Pedang Asli Puteri Hang Li Po Menjadi Simpanan Peribadi Ku Shah Di Janda Baik


Aku ke Janda Baik lagi,kali ini aku diperlihatkan koleksi simpanan peribadi Ku Shah yang mungkin harganya kalau dinilai dari firasatku mencecah jutaan ringgit.
   Ku Shah memiliki sesuatu yang selama ini aku dan seluruh  rakyat Malaysia ingin lihat,iaitu peninggalan sejarah jika dinilai dgn wang ringgit, aku ingat tidak ternilai harganya..So kali ini aku akan semadikan barang-barang simpanan peribadi kepunyaan Ku Shah di dalam blog aku ini.

Ku Shah 
Raja Shahruzzaman Ibni Sultan Idris Shah
Anak keempat Sultan Perak 
(Sultan Idris al-Mutawakkil Alallahi Shah ibni al-Marhum Sultan Iskandar Shah Kadasallah)

PEDANG PUTERI HANG LI PO

Pedang Naga Kerinchi Dari Negara Cina





Puteri Hang Li Po
Hang Li Po (bahasa Cina: 漢麗寶) ialah isteri kelima kepada Sultan Mansur Syah (1456 - 1477), sultan Melaka yang memerintah dari tahun 1456 hingga tahun 1477. Walaupun beliau merupakan puteri kepada Maharaja Yongle, [1] maharaja Wangsa Ming di China, namun tidak terdapat sebarang rujukan kepadanya sebagai puteri dalam abad Wangsa tersebut.(Copy jer )

 Bahagian Pangkal Pedang Yang Terukir Naga Dan 7 Butir Bintang

Terdapat Tulisan Bahasa Cina 

 Gambar Tulisan Cina Yang Cuba Aku Zoom Dekat.
\
 Bahagian Pemegang Pedang Yang Disaluti Kulit Ular

 Bahagian Atas Sarung Pedang Disaluti Tembaga Tulin Dan Kulit Ular

Bahagian Bawah Sarung Pedang Yang Mempunyai Ukiran Yang Sangat Halus Buatannya

Cerita Ringkas Tentang Kerajaan Melaka
Menurut Sejarah Melayu, karya Tun Seri Lanang daripada abad ke-17, apabila Sultan Mansur Shah hendak menjalin hubungan diplomatik dengan China, baginda menghantar Tun Perpatih Putih sebagai utusannya, dengan sepucuk surat untuk Maharaja Yongle. Tun Perpatih berjaya menarik hati Maharaja China dengan kemasyhuran dan ketersergaman Kesultanan Melaka sehingga Maharaja tersebut menghadiahi puterinya, Hang Li Po, untuk dijadikan isteri Sultan.

Li Po datang ke Melaka bersama-sama 500 orang pengiring perempuan dan selepas memeluk agama Islam, berkahwin dengan Sultan Mansur Syah. Selepas perkahwinan mereka, Sultan Mansur Syah membina sebuah istana untuk Li Po, dengan pengiring-pengiringnya diberikan tempat tinggal yang tetap di Bukit Cina. Pengiring-pengiring Li Po kemudian berkahwin dengan pegawai-pegawai Sultan Mansur Syah. Li Po kemudian dikenali sebagai Hang Li Po selepas dianugerahkan dengan gelaran "Hang" oleh Sultan Mansur Syah.

Perkahwinan Hang Li Po dengan Sultan Mansur Syah dikurniakan seorang anak lelaki yang dinamai baginda sebagai Paduka Mimat.

Bukit Cina akhirnya menjadi sebuah kawasan perkuburan untuk orang Cina tempatan. Perkuburan Bukit Cina dan Perigi Hang Li Poh masih ada di Melaka hingga ke hari ini.

Cerita seterusnya tentang koleksi peribadi Ku Shah boleh pergi ke blog uncleseekers-v2.blogspot.com ,aku sebenarnya tak pandai nak ceritakan, cuma pandai ambil gambar jer...hehehehe


FOTO BY : AMRAYY



No comments: