KUALA LUMPUR: Kerja-kerja menaik taraf Jalan Alor di kawasan Bukit Bintang akan dilakukan secara berperingkat.
Datuk Bandar Kuala Lumpur , Datuk Seri Ahmad Phesal Talib berkata, ia dilakukan agar tidak menganggu aktiviti perniagaan di kawasan berkenaan.
"Kita akan buat secara berfasa untuk memastikan tidak ada penempatan semula komuniti di situ, cuma apa yang kami (DBKL) perlukan adalah kerjasama mereka untuk membolehkan kerja menaik taraf dijalankan.
Katanya, Jalan Alor yang menjadi tumpuan pengemar masakan cina akan dinaik taraf sebagai syurga makanan bertaraf antarabangsa
Ia membabitkan penyusunan semula gerai makanan dan menyediakan laluan pejalan kaki.
Selain itu, DBKL juga akan menyediakan tempat letak kereta yang lebih sistematik bagi mengatasi masalah lalu lintas di kawasan berkenaan.
AMRAYY
No comments:
Post a Comment
http://Amrayy Lensa Assault.blogspot.com/ tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui ruang komen blog ini. Ia adalah pandangan peribadi MEREKA dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian AMRAYY.