Tuesday 26 November 2013

KEPUTUSAN PEMILIHAN BAGI JAWATAN TIMBALAN PRESIDEN PAS 2013-2015@MUKTAMAR TAHUNAN PAS KALI KE-59

CALON-CALON BAGI JAWATAN TIMBALAN PRESIDEN PAS 2013-2015
HJ. MOHAMAD SABU VS YB. DATO' HJ. MOHD AMAR ABDULLAH..

KEPUTUSAN PEMILIHAN BAGI JAWATAN TIMBALAN PRESIDEN PAS 2013-2015
Haji Mohamad Sabu mendapat undi sebanyak 588 manakala YB. Dato' Mohd Amar Abdullah mendapat sebanyak 490 undi..Jawatan Timbalan Presiden PAS 2013-2015 dimenangi oleh Haji Mohamad Sabu dengan perbezaan sebanyak 98 undi..


-AMRAYY-

SIDANG MEDIA MUKTAMAR TAHUNAN 2013 BERSAMA SALAHUDDIN AYUB NAIB PRESIDEN PAS

SIDANG MEDIA

SIDANG MEDIA MUKTAMAR TAHUNAN PAS 2013

Sidang Media bersama Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang
Stadium Melawati Shah Alam

\

Tuesday 12 November 2013

MIC AKAN BERGABUNG DENGAN PAKATAN PEMBANGKANG UNTUK PROTES JALANAN.???PERINGATAN PADA PEMIMPIN.!! @NajibRazak @TengkuAdnanReal

MIC Dah pandai main ugut-ugut pemimpin kerajaan. Apa riaksi Tengku Adnan?? Mereka dah bersatu UMNO bagaimana? Adakah bangsa melayu hanya tengok, duduk diam dan tunggu bila kaki dah naik ke kepala..??? Akhirnya nanti kepada semua orang melayu juga akan dipohon pertolongan(Bukan melayu kroni ek.!!)
Lupikir lah bro.!!

Gua dah lama tengok Kuil-kuil Hindu dibina di kawasan yang tidak sesuai..Habis tu kaum Hindu ni nak salahkan kerajaanpun tak bolehlah bro..!! Kaum Hindu lu kena pakai akal lah bro.!!




AMRAYY

Monday 11 November 2013

DIMANA SUSPEK PEMBUNUH PEGAWAI AMBANK BERSEMBUNYI SELAMA INI.???



KUALA LUMPUR – Suspek kes bunuh dan rompak pegawai AmBank di Subang Jaya menjadikan bangunan serta rumah kosong sebagai lokasi persembunyian selama 19 hari ketika dalam buruan polis.

Mengesahkan perkara itu, Ketua Polis Selangor Datuk Mohd Shukri Dahlan berkata suspek bersembunyi di beberapa buah rumah serta bangunan kosong sekitar Lembah Klang dan Johor.

“Bagaimanapun, suspek dipercayai melarikan diri menggunakan pengangkutan awam seperti bas dan teksi untuk keluar dari Lembah Klang menuju ke Johor sejurus selepas kejadian pada 23 Oktober lepas.

“Ketika berada di sana (Johor), suspek juga cuba mendapatkan bantuan sindiket pemalsuan dokumen pasport bagi melarikan diri ke negara jiran,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Suspek ditahan di Kampung Belungkor, Kota Tinggi, Johor pada kira-kira 7 pagi tadi.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar, dalam twitter beliau hari ini, memaklumkan bahawa suspek ditahan di Johor serta mengucapkan terima kasih kepada rakyat Malaysia yang membantu polis.

Dalam kejadian 23 Oktober lepas, pegawai AmBank Subang Jaya Norazita Abu Talib, 37, maut ditembak suspek ketika membuka peti besi dalam bilik kebal bank berkenaan, menurut sumber Bernama.

Mangsa, yang berkhidmat selama 16 tahun dengan bank itu, meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala setelah ditembak dengan ‘pump gun’ oleh suspek.

Suspek turut melarikan diri dengan hasil rompakan wang tunai RM450,000.

AMRAYY

Sunday 10 November 2013

Pelawak terkenal Ahmad Busu atau dikenali sebagai "MAT DERIS" meninggal dunia di Klang.

Terkini..!!! Pelawak Pi Mai Pi Mai Tang Tu, Hj Ahmad Busu telah kembali ke rahmatullah..
Arwah adalah ahli kariah Tmn Andalas Klang...
Al-Fatihah..

Arwah Hj. Ahmad Busu bersama teman-teman seperjuangan..
Gua juga terasa kehilangan "Mat deris" sebab gua membesar dengan drama-drama Pi Mai, Pi Mai Tang Tu...






AMRAYY

VIDEO LIVE DAN GAMBAR PENJENAYAH KES TEMBAK PEGAWAI AMBANK TELAH DIBERKAS


Ini gambar masa lu tengah senyum, tapi lepas kena tangkap lu boleh senyum ke lagi bro??


AMRAYY

Thursday 7 November 2013

Gugur Perkataan Islam: Percayalah, PAS Akan Lemau Macam Itu Juga


PENULIS tak nampak macam mana PAS akan bertindak ke atas Pengerusi DAP, Karpal Singh berikutan cadangan tua Jelutong itu agar parti politik di negara ini tidak dibenarkan menggunakan nama yang ada kaitan dengan agama dan perkauman.

Termasuklah PAS.

Banyak dah berlaku sebelum ini membabitkan Karpal Singh dan isu-isu sensitif membabitkan PAS, tapi apa haram tindakan pun tidak pernah diambil parti yang kononnya memperjuangkan Islam tersebut.

Kalimah Allah, hudud, negara Islam dan macam-macam perkara lain menyakitkan hati PAS yang disebutkan Karpal, setakat mengundang degang degung macam itu sajalah dari pemimpin mereka, tapi PAS tetap nak jadi anjing suruhan DAP.

Sehinggakan bila PAS jadi parti paling corot dalam Pakatan pembangkang semasa PRU13 yang lepas, pun dia masih menagih kasih sayang DAP, taknak dilepaskan parti yang asalnya berseteru dulu ni.

Macam itulah kasih sayang PAS pada DAP terutama sejak ‘dikahwinkan’ secara paksa oleh Anwar Ibrahim pada April 2008. so takkanlah sebab satu kenyataan Karpal yang menggesa supaya digugurkan perkataan Islam dari PAS, parti itu nak lepaskan DAP, mana boleh.

Nanti Mat Sabu nak makan apa pulak kalau Guan Eng pecat dia dari lembaga pengarah Perbadanan Air Pulau Pinang? 4 ekor ADUN PAS yang jadi Exco di Selangor nak bermewah-mewah macam mana tanpa jawatan tersebut kalau PAS tidak bersama DAP dalam Pakatan?

Cakap pasal itu (Islam pada nama PAS), Karpal pun tahu PAS tidak akan terjejas kalau perkataan Islam digugurkan. Nama itu (PAS), tidak menggambarkan Islam langsung sebab Parti Islam Semalaysia sepatutnya disebut pendeknya sebagai PIS, bukan PAS.

Apa huruf ’A’ buat dalam parti yang mahu dikenali sebagai Parti Islam Semalaysia?

Penulis pernah tanya pada orang PAS dulu, dia cakap ’A’ tu ganti huruf Aliff (I), tapi undang-undang mana tulis rumi dan jawi sekali? Undang-undang orang bodoh? Jawi, jawi sajalah, rumi, rumi sajalah.

Sebab itu penulis kata, Karpal ni mungkinlah OKU, tua dan bongkak, tapi dia bukan bodoh. Bila dia sebut tu, mestilah dia dah fikir semua perkara, soal sama ada yang dia fikir tu relevan tak relevan, itu cerita lain, tapi satu yang pasti, dia tahu apa yang dia buat.

Penulis tak pasti kemana akhirnya polemik ini, tapi satu yang nyata, PAS akan selamanya jadi parti lemau, lembik, parti pengikut, dipimpin bukan memimpin dan segala macam yang lain.

Mungkinlah PAS ini ada jentera akar umbi paling kuat di kalangan 2 parti pembangkang yang lain, tapi kalau pemimpin di atas lemau macam biskut masuk angin, tak guna juga.


AMRAYY

Friday 1 November 2013