Saturday 5 October 2013

Pemilihan UMNO: Ada peraturan yang kurang bijak - Mohamad Hasan






SEREMBAN: Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hasan menyifatkan ada sebahagian peraturan dalam pemilihan Umno kali ini kurang bijak dan boleh membantutkan proses pemilihan.

Antara peraturan itu katanya ialah calon tidak boleh berkempen secara bersendirian bagi bertemu dengan anggota Umno akar umbi dan memperkenalkan diri.

"Kalau jadi calon tapi tidak pergi berkempen, bagaimana mahu menang? Kalau bertanding jawatan ketua kelas pun kena kempen inikan pula mahu jadi anggota Majlis Tertinggi dan sebagainya," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Dewan Undangan Negeri Belia Negeri Sembilan, di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas mengenai reaksi beberapa calon yang berhadapan kesulitan untuk menjalankan kempen dan menganggap syarat yang ditetapkan oleh pucuk pimpinan itu terlalu ketat.

Antara syarat terbabit ialah calon tidak boleh menggunakan mana-mana penerbitan atau media massa untuk berkempen, atau menggunakan ejen, pelobi, pengurus kempen dan perayu.

Calon juga tidak dibenar berkempen secara bersendirian dan hanya boleh mempromosi diri melalui majlis rasmi yang diatur badan perhubungan Umno setiap negeri.

Bagaimanapun jawatankuasa pemilihan baru-baru ini memberi kebenaran kepada calon-calon yang bertanding untuk berkempen melalui media sosial seperti Facebook.

Mesyuarat perwakilan dan pemilihan sayap Wanita, Pemuda dan Puteri Umno peringkat bahagian akan diadakan serentak pada 12 Okt sementara mesyuarat perwakilan dan pemilihan peringkat bahagian serta jawatan Majlis Tertinggi pula dijadual 19 Okt.2013

AMRAYY

Tuesday 1 October 2013

VIDEO: HUKUM MAIN FOREX - USTAZ AZHAR IDRUS







REAKSI PEMIMPIN SEMPENA PEMBENTUKAN MALAYSIA 1963





AMRAYY

PEMILIHAN UMNO PERLU DILIHAT BERSIH DAN SIHAR - NAJIB.RAZAK






NEW YORK: Presiden Umno Datuk Seri Najib Tun Razak berkata pemilihan Umno pada tahun ini perlu dilihat sebagai satu proses yang bersih dan sihat.

Beliau berkata pemilihan kali ini akan didasarkan kepada kewibaan calon untuk menyandang apa jua jawatan dalam Umno, sama ada di peringkat nasional ataupun di peringkat bahagian.

Najib, yang juga perdana menteri berkata Umno telah cuba memperkenalkan perlembagaan baharu yang memberi peluang demokrasi yang lebih terbuka dan lebih luas kepada anggota parti.

Dengan perlembagaan baharu ini, bilangan yang memilih mencecah kira-kira 150,000 orang, kata Najib kepada wartawan Malaysia yang membuat liputan lawatan kerja beliau ke San Francisco dan New York dari 22 Sept lepas hingga semalam.

"Dengan ini kita cuba untuk melihat keberkesanan sistem pemilihan yang baharu," kata beliau.

Najib berkata setakat ini proses pemilihan Umno berjalan lancar.

"Saya berharap bukan sahaja semua berjalan lancar tetapi (pemilihan kali ini) dilihat sebagai satu proses yang bersih.

"Ini bererti bahawa ahli-ahli Umno perlulah memainkan peranan supaya sistem pemilihan ini benar-benar membawa kepada transformasi yang diharapkan oleh parti kita," katanya.

Diminta mengulas cakap-cakap politik yang tersebar kononnya beliau merestui calon tertentu, Najib berkata walau apapun kenyataan beliau mengenai perkara itu, orang tetap akan mentafsirkannya mengikut tafsiran mereka masing-masing.

"Maka, saya fikir lebih baik saya katakan bahawa apa yang penting ialah para perwakilanlah yang akan menentukan barisan kepimpinan parti yang terbaik untuk memperkukuh dan memajukan parti.

"Itulah yang saya harapkan akan berlaku pada pemilihan Umno kali ini," katanya.

Umno mula melaksanakan kaedah baharu dalam pemilihan parti Oktober tahun ini selepas membuat pindaan dalam perlembagaannya, yang melibatkan pindaan, penambahan dan pemansuhan beberapa fasal.

Mengikut perangkaan parti, seramai 146,500 perwakilan Umno dari 191 bahagian di seluruh negara akan memilih pada kali ini. --

SUMBER BERNAMA
AMRAYY